baiknyer~ diorg nieh~

Mei 28, 2009

SEBENING KASIH TOK AKI

“ Kan aku dah kata, aku tak makan la. Suruh aku makan saja. Ingat aku ni perut tong sampah ke apa? Kalau sedap takpe la jugak. Ni tawaq habiaq cam tuh. Kucing pun tak lalu nak telan la.” Melengking suara Tok Aki. Aku terdiam apabila mangkuk yang berisi soto ayam itu di tolak kasar. Memang soto itu sengaja di masak tawar, kurang garamnya, kurang perasanya. Itu semua untuk tidak memburukkan keadaan Tok Aki yang lumpuh separuh badan akibat angin ahmar.

“ Habis tu, tak Tok Aki tak nak makan. Sikit pun jadilah.” Pujuk aku. Seboleh – bolehnya aku menahan sabar. Jika tidak difikirkan permintaan ayah dan umi, dah lama aku membawa diri keluar dari rumah ‘klasik’ ni. Sememangnya Tok Aki, bapa pada ayah kategori orang yang senang. Rumah kampung itu terlalu besar untuk Tok Aki tinggal bersama Maksu Sirah, adik bongsu ayah yang bekerja sebagai guru di sekolah berhampiran.

“ Suka hati Tok Aki lah. Saya dah tak tahu nak pujuk macam mana.” Aku dah surrender apabila berkali-kali tanganku ditepis kuat oleh Tok Aki apabila aku cuba untuk menyuapkan orang tua itu.

“ Bagus la. Aku tak suruh pun kau pujuk aku. Aku pun tak hingin mat salleh celup menyemak depan aku. Pergi kau.” Kasar ucapan Tok Aki. Aku bangun lalu meninggalkan Tok Aki berseorangan di beranda rumah. Sambil tangannya membasuh mangkuk soto ayam yang isinya sudah menghuni tong sampah aku mengeluh berat. Buntu dengan sikap Tok Aki. Atas alasan apa yang membuatkan Tok Aki begitu membenci, jangan tanya aku. Aku tidak mampu menyuarakan sebab musababnya. Yang pasti, Tok Aki begitu benci dengan aku disebabkan ibu, Camiliya, wanita Portugis yang dikahwini ayah dulu sebelum dia pergi menyambut seruan Illahi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sirah memandang anak muda itu dengan nada simpati. Remaja berusia 17tahun itu terpaksa menerima bahana atas sikap konservatif ayahnya. Rasa kasihan membuak-buak dalam dirinya melihat Lukman Hafiz ditengking, diherdik malah dimaki oleh ayahnya sendiri. Perlahan-lahan diam menghampiri Lukman Hafiz yang khusyuk melukis pada sketchbook di pondok dihadapan rumah.

“ Cantik lukisan Hafiz.” Teguran Sirah membuatkan anak muda itu terkejut, pantas mengangkat wajah. Wajah yang putih kemerahan itu bertambah merah. Mungkin malu. Getus hati Sirah.

“ Eh… Maksu. Mana ada cantik. Lukisan Tok Aki lagi cantik.” Ucap Lukman Hafiz membuatkan Sirah terpana. Betapa baiknya budi bicara anak muda itu. Biarpun sering dimaki hamun, namun ternyata rasa hormat dan budaya ketimuran menebal dalam dirinya. Kak Camie, betapa beruntungnya akak punya anak sebaik Hafiz. Gumam Sirah sendirian.

“ Maksu…. Kenapa ni?” tangan digawang-gawangkan dihadapan muka Sirah membuatkan Sirah kembali kea lam nyata lalu tersenyum.

“ Hafiz suka dengan lukisan Tok?” Pertanyaan Sirah dijawap dengan senyuman lebar dari Lukman Hafiz.

“ Suka. Lukisan Tok Aki cantik. Bermaya. Seolah-olah bernyawa.” Ucap Lukman Hafiz dengan wajah yang bersinar-sinar. Sirah tersenyum. Wahai Abah, andai abah tahu cucunya yang seorang ini sangat-sangat menyanjungi dirinya. Tidak seperti cucu-cucu yang lain. Alangkah bagusnya kalau abah tahu.

“ Kalau macam tu, kenapa Hafiz tak belajar dengan Tok? Mana tahu satu hari nanti boleh buka galeri sendiri?” Sengaja Sirah memancing Lukman Hafiz dengan soalan itu. Lukman Hafiz terlalu baik. Tidak pernah sekali pun dia merungut semasa menjaga Tok Aki. Sedangkan, Suria, Maizurah? Cucu-cucu kesayangan Tok Aki jangankan menjaga, menjengah pun sekejap-sekejap saja. Tak sampai 5minit sudah panas punggung.

“ Tak bekesempatan lagi la maksu. Tok Aki kan tak sihat. Tak kan hafiz nak bebankan dia dengan engajar Hafiz pulak.” Ucap Lukman Hafiz sambil ketawa kecil. Biarpun ketawa itu ternyata sumbang bunyinya.

“ Tak sihat, tapi masih mampu nak menengking-nengkin orang? Daripada maki hamun orang baik curah ilmu. Ada juga la faedahnya.” Tutur Sirah sinis.

“ Mana ada maki hamun maksu. Pandai aje maksu ni. Tak baik buruk sangka pada bapa sendiri.” Balas Lukman Hafiz sambil tersenyum. Aduhai abah. Bukalah matamu ini.desis hati sirah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wajah tua yang sedang asyik membaca buku ditangannya itu di tatap dari jauh. Lukman Hafiz menghela nafas berat. Buntu dengan sikap endah tah endah Tok Aki. Setelah sekian lama aku menahan sabar, akhirnya soalan yang bermain dalam kepalanya dijawap oleh Maksu, itupun setelah didesak berkali-kali. Teringat lagi bagaimana rupa maksu yang serba-salah untuk bercerita.

“ Maksu faham perasaan Hafiz. Tapi maksu tak sanggup nak sakitkan hati Hafiz. Kenyataan Hafiz, bukan selalunya menyenangkan. Kadang-kala kenyataan semakin membebankan.” Ucap maksu sambil mengusap kepala anak saudaranya yang seorang ni.

“ Hafiz tahu maksu. Tapi, dari Hafiz berburuk sangka dengan Tok Aki, lebih baik Hafiz tahu kenyataannya biarpun menyakitkan.” Gumamku perlahan. Maksu menghela nafas berat sebelum memulakan ceritannya. Detik itu barulah aku tahu bahawa ibu merupakan punca sikap Tok Aki menjadi seperti itu.

Menurut maksu, Tok Aki marah betul pada ayah apabila ayah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan ibunya sewaktu mereka masih belajar. Bertahun-tahun mereka berkahwin tanpa restu Tok Aki. Ditambah pula apabila ibunya masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk hamil biarpun setelah 3 tahun berkahwin. Tapi, Allah itu maha adil, setelah ibu mengandung sikap Tok Aki mula berubah. Mula menerima keluarga itu.

“ Namun, kita hanya mampu merancang. Semua kebahagiaan itu diragut apabila timbul fitnah kononnya Kak Camie mempunyai hubungan luar dengan kawan baik ayah, Doktor John. Dan Tok Aki salah faham dengan Kak Camie. Masa tu Hafiz baru berusia 5 tahun. Tok Aki marah betul pada Kak Camie masa itu. Selepas Kak Camie meninggal, barulah maksu tahu Kak Camie ada barah. Dan Doktor John tu doctor peribadi Kak Camie.” Kata – kata Sirah membuatkan aku membungkam.

“ Tok Aki tak tahu ke ibu sakit?” Pertanyaanku maksu jawap dengan gelengan lembut.
“ Ayah Hafiz tak bagi maksu bagitahu Tok. Ayah kata, biarlah tok fikir dengan apa yang tok fikir.” Aku mengeluh berat.

“ Takpelah Maksu. Sekarang Hafiz faham kenapa Tok Aki marah betul dengan Hafiz. Padahal, masa kecik dulu Tok Aki okey aje. Walaupun Tok Aki garang.” Ucap Lukman Hafiz sambil ketawa hambar. Hati Sirah tersayat. Wahai anak, tabahnya hatimu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kalender yang tergantung pada peti ais itu aku tenung dengan penuh khusyuk aku rasa. Lusa 2hb. Keputusan SPM keluar. Aku kene balik K.L la kan? Tapi nanti kalo aku balik K.L, siapa yang akan jaga Tok Aki nanti? Kalau dah balik ke K.L, koman-koman mau 2 3 hari jugak. Aku nak la jugak jumpa member-member kan? Adoi la…. Aku memicit pelipis kepalanya yang tiba-tiba pening-pening lalat. Ah… apa salahnya. Buk Jah kan ada? Petang maksu dah balik. Hm…. Aku tersenyum lega sambil berlalu masuk ke dalam bilik tanpa disedari ada mata yang memandang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Petang itu angin bertiup sepoi-sepoi. Suasana rumah papan serperti istana lama itu redup saja. Namun, tida pula menunjukkan tanda-tanda untuk hujan. Di pamkin rumah Lukman Hafiz hanya memandang Tok Aki yang sedang khusyuk membaca. Lalu dia menatang keledek goring bersama kopi untuk minum petang.

“ Minum Tok Aki.” Aku meletakkan dulang yang berisi dengan keledek goreng. Kedengaran Tok Aki berdengus kasar tanda pembacaan diganggu.

“ Tok, saya nak cakap dengan tok ni.” Tok Aki meletak bukunya. Aku dipandang tajam. Tiba-tiba aku terasa air liur berpasir. Aiyo… Tok Aki keluar aura membunuh dah ni…

“ Kau nak cakap apa?” Kasar pertanyaan itu dilempar padaku. Aku selalu pening, bukan ke kita diajar beradap. Tapi bukan ke kita seharusnya menunjukkan teladan yang baik pada generasi muda. Tapi kenapa dalam hal aku ni keadaan bertentangan pulak?

“ Esok result SPM keluar. Saya nak balik K.L sekejap. Boleh?” Aku cakap perlahan. Tak tahu kenapa bulu roma terasa meremang.

“ Balik ajelah. Yang kau sibuk-sibuk tanya aku ni kenapa?” Ya Allah, kuatkan iman aku ya Allah. Kenapa aku di uji sebegini? Kalaula Tok Aki ni baya-baya aku je, kalau la Tok Aki ni Haziq ke, Gen ke, agak-agak boleh dah kut aku ketuk aje. Sabar Luke, sabar. Aku mengurut dada.

“ Takpelah kalau macam tu Tok Aki.” aku berlalu masuk ke dalam rumah. Baik aku kemas barang sikit.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“ Abang, how’s Tok Aki?” Pertanyaan Ayah aku jawap dengan dengus lembut. Tak baik berkasar dengan orang tua. Hehehe….

“ Macam tu aje. Makin sihat.” Aku jawap sejujurnya. Memng Tok Aki tak pulih lagi. Tapi betul kan Tok Aki makin sihat. Orang sakit mana boleh marah – marah, tengkin-tengking orang. Siap maki hamun segala. Mujur takde humban barang lagi. Kalau tak memang lengkap satu pakej tu.

“ Tak, maksud ayah, abang deng Tok. Okey?” Pertanyaan ayah kali ini aku jawap dengan gelak besar. Ayah ni buang tabiat ke? Macam la dia tak kenal abah kesayangan dia yang keras kepala macam kerikil campur dengan konkrit.

“ Kenyataan tetap kenyataan ayah. Tok tetap benci pada abang. Dah tak boleh buat apa dah.” Aku jawap hambar. Memang aku terkilan dengan sikap Tok Aki. Tipu la kalau aku kata aku tak kisah. Sedangkan, aku dengan Tok Aki punya minat yang sama. Kami suka dengan lukisan. Tapi sayangnya, aku bukan saja dibenci, tapi, bilik lukisan Tok Aki diharamkan dari aku menjejaki masuk. Keras sungguh kati orang tua tu.

Aku lihat ayah dah menggeleng kepala. Mungkin pening kepala dengan sikap abah kesayangan dia atau pening kepala dengan pe’el aku yang endah tak endah ni.ape-ape la ayah. Selagi abang kuat, abang tak kan sampai hati nak tinggal Tok Aki macam tu aje. Selagi keadaan mengizinkan.

Yer yer… aku bukan cucu yang baik. Tapi aku tak nak jadi anak derhaka. Aku tahu, niat ayah suruh aku jaga Tok Aki lepas SPM hari tu untuk menjernihkan kembali hubungan kami. Tapi, apakan daya. Selagi kenyataan tak terurai, aku berani potong jari, Tok Aki tak kan berubah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setelah seminggu berada di Kuala Lumpur, aku pulang kembali ke kampung. Mana la tahu, kut – kut hati Tok Aki berubah. Rindu kat aku ke kan? Heh… angan-angan la kau Luke. Sesampai saja di tangga, belum sempat aku beri salam, suara maksu menjengah telinga.

“ Hah Hafiz… camne result? Ok? Brapa A? ada kantoi tak?” Adoi la maksu aku ni. Tak sabar-sabar. Aku tak sempat bukak mulut lagi.

“ Maksu, cikgu memang macam ni ke? Tanya orang mengalahkan M16. Takde salam, takde mukadimah. Terus terjah aje ke? Tak keje ke hari ni?” hambik ko. Bukan setakat pulang balik, siap peril dengan soalan lagi. Maksu aku tengok dah tersengih-sengih. Hiks, nasib la maksu. Anak sedara maksu ni memang nakal.

“ Sabtu ari tu hari sukan, jadi hari ni cuti la. Cepat la. Apa result?” huhuhu… bernafsu sungguh maksu aku ni.

“ Hm… boleh la. So and so aje.” Ucapku. Aku tengok maksu dah berkerut dahi. Ya ampon maksu. Bowok la buat cam tuh. Adeh la….

“ Teruk bunyinya…” Tutur maksu. Perlahan. Aih… sedih aku tengok maksu aku ni. Nak bagitau pun serba salah. Ye la, dia cikgu. Mesti la nak yang terbaik kan?
“ Takper la maksu. Takde rezeki. Nak buat camne.”

“ Hm… tak kan takde kredit langsung?” maksu ni nak main tarik tali pulak. Aku pun bawa turun beg yang aku sandang, mencari result Spm aku tu. Aku bawa sebab nak isi borang UPU dengan SPA. Aku tengok muka maksu dah curios giler.

“ Nah, maksu tengok aje lah. Hafiz masuk dulu.” Aku meletakkan SPM slip tuh pada tangan maksu. Maksu dah terkebil-kebil bila tengok aku terus saja berlalu masuk bilik. Tiba-tiba aku terasa rumah macam nak roboh dengan jeritan maksu.

“ Lukman Hafiz……….!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Maksu mencekak pinggang depan aku.Aku tersengih.

“ How dare you.??? Maksu mati – mati ingat Hafiz punya result teruk. But… damn… you not human. 17A1? Nak jadi best student Malaysia ke?” tanya maksu buat aku ketawa. Merapu aje makcik ni.

“ Normal la maksu. Ada je yang lagi bagus.” Aku Cuma tersengih saja dengan maksu. Sekarang ni aku tengah pening kepala nak amik kursus ape kat U nanti. Kalau boleh aku tak nak studi kat overseas. Malaysia pun banyak pe U yang bagus-bagus.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Suasana di ruang makan itu sunyi saja. Masing-masing sibuk mengunyah. Sesekali aku lihat maksu menjeling ke arahku. Nak suruh aku bagitau Tok Aki la tu. Eleh, bukan Tok Aki nak dengar pun. Aku buat tak layan aje. Tiba-tiba maksu tending kakiku. Adoi… maksu ni, nama saja dh tua, umur dah dekat 27, tapi pe’el macam budak-budak.

“ Abah, Sirah ada benda nak bagitahu abah ni.” Maksu memulakan bicara. Aku menjegil biji mata. Ala maksu ni, tak payah la bagitahu Tok Aki. Bukan dia ambil kisah pun. Aku menggeleng kepala pada maksu. Tapi maksu Cuma sengih saja.

“ Apa dia?” Tok Aki mengangkat kepala memandang maksu. Maksu tersenyum manja.

“ Abah tau kan, result SPM keluar hari tu.” Tutur maksu perlahan. Aku kira dia mengambil langkah berhati-hati.

“ Abis tu kenapa?” pertanyaan Tok Aki yang kasar itu membuatkan aku rasa tidak sedap hati. Cepat – cepat aku habiskan nasi dalam pinggang dan berlalu ke sinki.

“ Hafiz dapat 17A la abah. Terer kan dia?” Aku Cuma dengar maksu berceloteh. Sambil membasuh pinggang, aku tersenyum.

“ Apa kena mengena dengan aku?” Kali ini aku langsung tidak berkutik dengan kata-kata Tok Aki. Aku memang dah agak dah Tok Aki akan cakap macam tu. Kali ini, kata-kata Tok Aki tidak member kesan lagi padaku. Aku rasa aku dah cukup penat untuk melayan kerenah Tok Aki. Biarlah. Andai benar Tok Aki membenci aku, aku rasa sudah tidak ada apa-apa yang boleh aku buat. Cukuplah lebih 10tahun aku berusaha untuk mendapat kasih Tok Aki.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

7tahun berlalu pantas. Sedar atau tidak, setelah 7tahun, barulah kini aku pulang kembali di bumi Malaysia. Kononnya dulu tak sambung belajar di oversea, alih-alih aku terima jugak tawaran Mara untuk belajar ke Jepun dalam bidang Kejuruteraan.

Kesempatan itu juga, aku sambung hingga ke peringkat Master. Seksa tu memang satu kemesti bila belajar di tempat orang, tapi aku tak pasti apa yang membuatkan aku bersemangat untuk terus berada di bumi matahari terbit ini. Mungkin aku menyarakan rasa tidak puas hati dengan Tok Aki kot. Mungkin.

Tahun ke 3 aku di sana, aku menerima telegram dari ayah, Tok Aki meninggal dunia. Tapi tidak punya kesempatan untuk pulang. Maklumlah, belajar di Negara orang, aku bukannya orang senang. Tambah pula aku tak mahu menyusahkan ayah. Berkali – kali juga ayah dengan umi pujuk aku balik. Tapi aku degil. Akhirnya, aku langsung tak jumpa dengan Tok Aki lagi.

Bohong kalau aku kata aku tak terkilan, aku memang menyesal giler sebab terlalu ikut kata ati aku yang sedikit sebanyak menyambah benci pada Tok Aki. Mungkin sudah terlewat untuk aku menyesal.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“ Bila kamu nak berangkat ke sana Hafiz?” maksu menyuarakan pertanyaan sambil tangannya menolong aku mengangkat barang masuk ke dalam bonet kereta ayah.

“ Kalau ikutkan ada kursus persediaan dulu, 6bulan. Kalau Fiz lulus, insya allah hujung tahun Fiz berangkat la ke sana.” Ucapku.

“ Mesti lama kan kamu kat sana?” Tutur maksu perlahan. Aku pula yang cuak dengan sikap maksuku yang tiba-tiba terlebih emosi itu.

“ ikut kursus mungkin 4 atau 5 tahun, tapi tengok keadaan la maksu.” Bonet kereta aku tutup. Aku lihat ayah sudah bersedia menunggu aku.

“ Tak payah la kau sibuk-sibuk nk bertanya itu ini pada dia Sirah. Bukan bagi manfaat pun kalau dia ada kat rumah ni.” Keras suara Tok Aki. Aku mengeluh. Benci sungguh Tok Aki pada aku. Aku berjalan perlahan pada Tok Aki. tangan tua itu aku capai untuk bersalam. Belum pun sempat aku mencium tangann itu, tanganku ditepis kasar. Apa lagi yang mampu aku lakukan?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Suasana rumah kampung itu masih seperti dulu. Tenang dengan pokok – pokok. Buaian kayu masih terletak ditempat yang sama. Pamkin tempat aku melayan perasaan masih berkeadaan baik. Mesti maksu jaga dengan elok. Aku mengambil tempat di buaian kayu itu. Jika dulu, dari sini aku akan lihat Took Aki yang khusyuk membaca di beranda rumah. Kini, apa yang aku lihat Cuma kosong. Takde lagi suara Tok Aki marah-marah, tiada lagi suara Tok Aki menengking, tiada lagi suara Tok Aki maki hamun. Semuanya sunyi saja.

“ Hafiz?” Suara lembut mengejutkan aku dari lamunan. Kelihatan maksu berjalan laju menghampiri aku. Tangannya aku capai lalu aku cium.

“ Bila balik?” Tanya maksu. Aku lihat sebelah maksu ada seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan 4 tahun aku kira sedang memegang hujung baju maksu.

“ Pagi tadi. Tak balik K.L lagi. Datang sini dulu.” Ucapku. Sambil tangan aku hulur pada anak maksu. Si comel itu asalnya malu-malu menyambut tanganku akhirnya tersenyum sambil mencium tanganku.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku memandang sampul coklat yang maksu beri pada aku. Aku buka isinya. Tiada surat, tiada kata-kata, tiada apa pun melainkan satu anak kunci. Aku buntu. Aku masih teringat perbualan dengan maksu malam tadi semasa kami dulu berkumpul du ruang tamu.

“ Lama kamu bawa diri ke sana Fiz.” Tutur maksu aku jawap dengan senyuman.

“ Takde la maksu. Tak boleh nak balik. Tak mampu. Hafiz tak nak menyusahkan ayah.”

“ Masih marah pada Tok?” pertanyaan maksu aku jawap dengan gelengan lembut. Tak baik marah-marah. Arwah pun dah takde. Melihat aku berdiam diri, maksu berlalu masuk kedalam bilik, kemudian muncul semual dengan sampul coklat di tangan.

“ Arwah tinggalkan ini untuk kamu.” Ucap maksu sambil menghulurkan sampul itu.

“ Dulu, lepas Fiz tinggalkan rumah ni, abah jadi pendiam. Selalu sangat dia berkurung dalam bilik belakang tu. Banyak kali maksu cuba masuk untuk pujuk dia, tapi abah tak bagi langsung maksu masuk bilik tu. Sampai ke hujung hayat dia, bilik tu sentiasa berkunci. Sampai la abah amanahkan paksu kamu untuk simpan kunci bilik tu untuk serah pada kamu. Kalau ikut maksu, maksu memang nak masuk jugak bilik tu, tapi mengenangkan amanah, maksu tunggu kamu balik.” Tutur maksu membuatkan aku terbungkam

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tangan ini bagai tak mahu bekerjasama dengan aku. Entah kenapa dia mogok nak main Parkinson plak bila aku nak bukak pintu bilik ini. Bilik belakang ini bilik kerja Tok Aki. setelah berkali – kali aku menyeka peluh yang tak henti-henti memercik di dahi aku yang licin ni, aku menarik nafaz panjang. Gaya dah macam nak berhentikan bom aje dah. Bila pintu bilik itu aku bukak, serta-merta aku terbersin. Maklumlah, lebih 3 tahun bilik ini tak diendahkan. Memang habuk dimerata-rata.

Melihat keadan bilik itu membuatkan aku menjadi sebak. Berbingkai-bingkai potret aku bersandar pada dinding bilik. Aku buntu. Apa yang Tok Aki cuba sampaikan.

“ Hafiz… kamu….” Kata-kata maksu yang baru nak menegur aku termati. Perlahan-lahan maksu masuk dalam bilik ini. Raut wajah takjub.

“ Abah…” hanya itu yang mampu maksu suarakan. Aku lihat maksu terduduk ditengah-tengah bilik. Bahunya sudah terhinggut-hinggut menahan tangis. Aku biar saja maksu melayan perasaan. Mataku kini hanya melekat pada bingkai lukisan besar masih pada kakinya, ditutup dengan kain putih. Mengeletar tanganku menarik bidang kain putih itu.

Sebaik saja kain itu menggelungsur jatuh ke lantai, aku terjelepuk. Pada lukisan itu suasana di mana saat aku berangkat ke K.L. saat aku dan maksu sibuk memasukkan beg ke dalam bonet kereta. Saat ini, aku mula resa pandanganku kabur. Rasa menyesal mula memenuhi benak. Ditambah pula di hujung lukisan, berdekatan dengan tanda tangan Tok Aki, tertulis “Buat Cucu Kebanggaan, L.Hafiz, Maafkan Tok.” Aku meraba-raba lukisan itu. Sungguh, aku sayang pada Tok Aki. disebabkan ego, aku abaikan dia.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lukisan besar itu aku tengok tanpa rasa jemu. Memang, lukisan Tok Aki sangat hebat. Hidup dan penuh perasaan. Dengan penggunaan warna air, tampak berbeza banding lukisan yang lain menggunakan cat minyak dan pastel. Lukisan itu tampak lembut namun memilukan. Mataku bagai digam, melekat pada lukisan Tok Aki sehingga aku dikejutkan dengan tangan kecil yang mencuitku.

“ Hye Daniel…” Anak kecil yang berusia 4 tahun itu tersenyum.

“ Askum la abang…” ucapnya. Pelat. Aku tertawa senang. Baru saja aku hendak memangku anak kecil itu, si kecil berlari terkedek-kedek ke arah meja tulis. Lalu tangannya memegang kotak kayu berukir yang usang. Lalu kotak itu dihulur padaku apabila dia tidak mampu membukanya. Nyatalah, kotak kayu itu berkunci. Aku pastas mencari kunci di segenap bilik namun hampa. Barulah aku teringat, dalam sampul coklat Tok Aki ada terselit anak kunci kecil. Terpinga-pinga si kecil itu apabila aku meninggalkan dia berlalu masuk ke bilik mengambil kunci.

Kotok kecil itu aku buka. Didalamnya terdapat surat yang sudah berwarna kekuningan bersama dengan secebis gigi kecil. Aku buntu. Apa motif Tok Aki simpan gigi yang dah rongak ni? Tiba-tiba baru aku teringat. Insiden itu terjadi semasa usia aku 5 tahun. Aku masih ingat bagaimana cuaknya rupa Tok Aki semasa aku menghulurkan gigiku yang ku cabut sendiri. Aduhai, masih terbayang-bayang wajah Tok Aki yang geli-geliman dengan gigiku itu. Alahai…. Nakalnya aku. Aku tersenyum sendiri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum Hafiz,
Tok tahu tok dah tak boleh bertahan lama. Tak sempat tok minta maaf padamu. Hafiz, tok sayang padamu. Tapi tok ego. Tok teringat kisah ibumu. Tapi, kenyataan itu lebih menyakitkan. Tok dengar apa yang Sirah beritahu kepada kamu. Sejak itu tok cuba kuatkan diri untuk berbaik. Tapi tok tak mahu. Tok malu pada kamu. Tok tahu, masa surat ini kamu baca, tok mungkin dah takde di dunia ini. Mungkin dah reput dimamah bumi. Mungkin juga sedang terjerat menjawap soalan Mungkar dan Nakir.

Maafkan tok. Semua lukisan tok dalam bilik ini tok serah pada kamu. Terpulanglah pada kamu hendak menerima atau dibuang sahaja. Semasa pemergian kamu, kotak ini sentiasa kan tok. Setiap kali tok tengok kotak ini, tok akan teringatkan kamu. Nakalnya kamu dulu. Jika tidak disebabkan sikap tok, mungkin kamu tak bawa diri ke sana. Maafkan tok sekali lagi. Semua berpunca dari tok.



Tok Aki,

Aku melipat surat Tok Aki. berteleku ditengah-tengah bilik lukisan Tok Aki. mungkin ditakdirkan hubungan aku dan Tok Aki begini. Aku mengeluh.

“ Abang, umi kata tak baik mengeluh…” Ucap Daniel sambil mengusap belakangku. Konon nak bagi aku kekuatan la tu. Aku Cuma tersengih. Anak kecil itu ketawa mengekek apabila aku mencempung dia keluar dari bilik itu. Tok Aki, Hafiz akan simpan semua hadiah tok pada hafiz. Getus hatiku.

5 ulasan:

Mrs. Shamsul berkata...

best2... yg typing error tu nnt jgn bt lg ek... kdg mcm blh cacatkan karya... klu xslh sy la, sbnrnya bkn pamkin tp pangkin...

missn berkata...

nice story..
really touching...
tp..
part yg gigi tu mcm ade dlm satu komik je...
huhu...
keep it up...

Kak Sue berkata...

Best... Susah jumpa nak cari cerpen macam ini .... TQ

nas @ miss qs berkata...

Ya Allah,sedih cerita ni..ditambah pula dengan soundtrack yang ada...adush..menitis air mata ni..sangat bayak mesej yang hendak dismpaikan...terima kasih...

Unknown berkata...

sokong dgn sue..susah nak jumpa cerpen mcm ni. tp kalau perkataan yg x cukup huruf tu kurangkan sikit, lg ok. hehe. really tousching...

(^0^) ErimO pAda SeOranG Nem0 (^0^)