baiknyer~ diorg nieh~

Mei 08, 2009

Wafi' & TaufiQ




“ Lea, Wafi’, tunggu la aku.” Bergema suara Taufiq di koridor blok Alfa, SMA itu. Wafi’ menjuling matanya ke atas. Mamat ni lagi. Takde orang lain ke? Adelea tersenyum. Wafi’ mula mengatur langkah meninggalkan Adelean yang setia menunggu Taufiq di koridor itu. Kadang – kadang Wafi’ pelik, kenapa sejak akhir – akhir ini, manusia bernama Taufiq Hakeem itu sering kali menyibukkan diri diantara Wafi’ Audadi dan Adelea Isma. Langkah kaki diatur perlahan menuju ke makmal yang terletak dihujung bangunan.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Wafi’ mengerut dahi menahan sakit apabila bahunya ditepuk kuat. Kepala yang baru saja hendak diletakan di atas meja diangkat rakus. Kelihatan Taufiq tersengih tanpa rasa bersalah. Adelea tersenyum kecil.

“ Sakit la ngok…” Gumam Wafi’ sambil kakinya menyepak kuat kaki Taufiq yang sememangnya berada dekat dengannya. Kali ini giliran Taufiq pula menyeringai kesakitan. Wafi’ tersenyum lebar tanda kemenangan. Adelea hanya menggelengkan kepala melihat tingah laku kedua – dua mereka yang seperti anjing dengan kucing. Seorang suka mengusik, yang seorang lagi pantang di cuit. Bila keduanya bertemu, alamatnya riuh rendah la tingatan 6 Atas 3 itu.

“ Guys, sudah – sudah la tu. Kalau tak bertekak sehari tak boleh ke?” Teguran Adelea menyebabkan kedua mereka yang sedang asyik beradu pandangan mata mengalih wajah sambil berdengus.

“ Menyibuk aje iblis perasan tu. Mana aku pergi mesti kene mencapap muka dia. Naik loya dah tekak.” Dengus Wafi’ biarpun perlahan namun dapat ditangkap oleh Taufiq dan Adelea yang duduk sebaris dengannya.

“ Atleast aku perasan pun aku ada fan club. Kau ada?” Ucap Taufiq sambil tersengih. Adelea tersenyum simpul. Masakan tidak, siapa di SMA tidal mengenali Taufiq? Seorang yang kacak, peramah, dan sangat berkebolehan dalam sukan kriket. Tambah – tambah, saham Taufiq melonjak naik selepas dia dianugerahkan dengan Most Valuable Player (MVP) pada pertandingan peringkat kebangsaan tahun lepas.

“ Huh? Ade aku kesah? Memandangkan Inchi Topec’s kita ni ada fan club, dengan segala hormatnya saya meminta inchi boleh blah pada fan club engkau.” Kata – kata kasar dari Wafi’ hanya disambut dengan ketawa sinis dari Taufiq. Wafi’ menjegilkan matanya. Ya Allah, kuatkan kesabaran aku ya Allah sebelum aku sepak terajang anak orang ni. Doa Wafi’ dalam hati.

“ Kenapa? Kau takut aku kacau Lea?” Wafi’ mengepal tumbukan. Lea yang sebentar tadi hanya mengambil langkah pasif, terus menegakkan kepalanya. Apa yang diajar oleh En. Roslan di hadapan sudah tidak dipeduli lagi apabila dirinya menjadi topic perbalahan.
“ Kau jangan cari pasal dengan aku Taufiq.”

“ Euw…. Takutnya aku pada lelaki tak jadi ni…” Wafi’ mengetab bibir. Adelea menggenggam tangan Wafi’ seakan member kekuatan untuk bersabar.

“ Tak kan kau nak makan sorang aje kan? Lagipun, apa yang mampu kau beri pada Lea sedangkan apa yang dia ada kau pun ada.” Kata – kata Taufiq itu dijawap dengan sebuah tumbukan tepat pada mukanya menyebabkan Taufiq terjatuh dari kerusi. Suasana makmal itu menjadi gamat dengan tiba – tiba disenyapkan dengan jerkahan dari En. Roslan.

“ Taufiq Hakeem, Wafi’ Audadi ke bilik saya sekarang. Awak juga Adelea.” Adelea menghela nafas berat. Ini sudah kali ketiga mereka dihadapkan ke dalam bilik guru disiplin itu atas kesalahan yang sama. Nasib kau la Adelea.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Taufiq membelek pinggir bibirnya yang pecah dan lebam. Adui.. kuat betul minah ni. Lama – lama aku boleh jadi lunyai macam ni. Perangai mengalahkan lelaki. Hah… Padan muka aku. Siapa suruh jolok sarang tebuan. Rasain…. Taufiq tersengih seorang diri.

“ Kau ni sengih sorang – sorang, cakap pun sorang – sorang, kau sihat ke tak ni? Ke Si Wafi’ tu dah hentak kau sampai kau punya skru dah tercicir?” Teguran dari Johan membuatkan Taufiq memaling badannya mengadap pintu bilik.

“ Ntah, aku tak pasti, tapi kau kau nak rasa boleh jugak.” Kata – kata Taufiq yang bersulam dengan sindiran itu membuahkan senyuman kecil dibibir Johan.

“ Fiq, aku tak faham la, kenapa kau suka sangat kacau Wafi’ tu? Bukan dia ada usik kau pun.” Taufiq hanya membungkam. Malas aku nak jawap soalan tu. Aku kan troublemaker, mesti la akku suka kacau orang. Tu pun tak reti nak fikir ke? Belajar aje tinggi – tinggi, otak singkat. Gumam Taufiq perlahan.

“ Hah… aku tau kenapa kau suka kacau Wafi’ tu.” Ucap Johan secara tiba-tiba sambil menjongket kening dengan reaksi nakal. Dahi Taufiq berkerut. Ntah ape –ape ntah mamat ni.
“ Kenapa?”

“ Fiq, kau suka dia kan?” Eik……….??? Tiba – tiba Taufiq terasa sesak nafas.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Adelea memandang Wafi’ yang sedang khusyuk melepas geram pada punching bag dalam gym tempat Wafi’ berlatih tae kwan do. Dari gerak geri Wafi’, Adelea dapat rasakan skala kemarahan kawan baiknya itu mencecah 100 darjah celcius. Tunggu saja masa untuk meletup.

Kalaulah punching bag itu boleh bersuara, nescaya dia akan berkata, “ Aduh tuan hamba, badan hamba ini sudah tidak mampu menanggung beban yang tuan hamba berikan. Pendeklah kiranya riwayat hamba.” Selesai Adelea bergumam sendirian, dia tertawa kecil dek kerana tiba – tiba di terasa skru kepalanya tidak cukup satu.

“ Hah, datang ni nak tengok Wafi’ atau nak ketawakan Wafi’?” Teguran Wafi’ membuatkan sengihan di bibir Adelea tiba – tiba lenyap. Wafi’ mengambil bodot air bersebelahan Adelea lalu diteguk rakus.

“ Kenapa Wafi’ cakap macam tu?” Pertanya Adelea di sambut dengan cebikan di bibir Wafi’. Adelea ketawa. Masakan dia tidak tahu bahawa Wafi’ Audadi seorang yang sangat manja. Mengenali Wafi’ hampir 3 tahun membuatkan dia sangat memahami Wafi’ Seorang yang sangat lutsinar. Perasaannya bagai tertulis dengan terang pada wajahnya. Wajah yang comel itu seakan tidak mahu member kerjasama tatkala tuannya berbohong.

“ Alolo chayang Wafi’… tak merajuk okey? Lea sayang Wafi’. Bila Wafi’ merajuk, Lea tak tahu nak pujuk macam mana.” Ucapa Adelea sambil memeluk bahu Wafi’.

“ Nak gigit…” Tutur Wafi’ tanpa rasa bersalah. Adelea menjegel anak mata.

“ Tak boleh….” Belum pun Adelea habis menuturkan kata – katanya, Wafi’ sudah mengangkat kaki berjalan meninggalkan Adelea. Adelea tersenyum kecil, berlari anka mendapatkan Wafi’ sambil memeluk erkat lengan Wafi’ tanpa memikirkan beberapa mata yang memandang mereka dengan jelek.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Wafi’ memandang tajam pasangan yang tidak jauh dihadapannya itu. Secara tiba- tiba darah panasnya menyirap hingga ke kepala. Nun, tidak jauh di sana, kelihatan Adelea dan Taufiq sedang bergandingan. Mesra.

“ Patutlah sekarang ni buzy nak mati. Sibuk menggatal rupanya.” Gumam Wafi’.Wafi’ menghela nafas berat menahan sabar. Serta merta bibirnya beristighfar panjang.

“ Lah…. Aku patutnya tumpang suka bila Lea dah ada orang yang jaga dia. Atleast, takde la orang lain sibuk-sibuk mengata dia dengan aku.” Gumam Wafi’ untuk menyedapkan hatnya. Bukan dia tak tahu, satu sekolah, sampai ke budak – budak junior dan cikgu – cikgu semua memandang serong hubungan dia dengan Adelea. Sekali lagi Wafi’ menghela nafas. Kaki diatur meninggalkan pemandangan itu.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“ Kenapa tak bagitahu Wafi’?” Pertanyaan pertama sebelum sempat dia meletakkan beg dalam kelas pagi itu membuatkan Adelea tertanya – tanya.

“ Bagitahu apa?”

“ Tentang Lea dengan Taufiq.” Adelea tersenyum kecil. Bagai tersipu – sipu. Wafi’ tersengih. Adelea yang selamba badak tiba-tiba menjadi pemalu. Hahaha… Wafi’ ketawa dalam hati.

“ Takde benda yang patut dibagitahu pun….” Ucap Adelea perlahan. Wafi’ tersengih lagi. Pantas Adelea ditarik dalam dakapannya bersulam dengan ucapan tahniah.

“ Ops… nak buat aksi bukan dalam kelas ek?” Mereka dikejutkan dengan suara yang tidak asing lagi. Wafi’ berdengus. Pantas kakinya diatur mendapatkan Taufiq.

“ Takde maknenya… Malas aku nak layan kau.” Wafi’ berlalu meninggalkan Taufiq yang telah membuat aksi bersedia dengan tindakan drastic dari Wafi’. Melihat Wafi’ berlalu tanpa berbuat apa – apa menimbulkan tanda tanya dalam kepala Taufiq. Pantas pandangan dibuang pada Adelea yang menjongket bahu.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“ Fiq, aku rasa apa yang kau buat ni tak kan jadi apa – apa. Kau jugak yang melangut nanti.” Kata – kata Johan mendapat anggukan tanda setuju dari Adelea.

“ Betul tu, Korang ni dah macam berperang. Masing – masing nak berlawan nak kena kan masing – masing. Bila nak abis ni?” Gumam Adelea. Sebenarnya dia sudah penat berada di antara Wafi’ dan Taufiq.

“ Ish… korang ni tak paham lah. Aku tak puas hati. Tak kan aku pulak nak mula dulu. Mencemar duli betul la korang ni. Dah la dia yang pancitkan dua – dua tayar motor aku. Kenapa aku pulak yang kene beralah.” Jawap Taufiq yang betul – betul tidak puas hati apabila Wafi’ mengambil tindakan memancitkan kedua – dua tayar motorsikal Ducati-nya beberapa hari lepas. Sudah la motor berkuasa tinggi. Berat tuh… berkilo –kilo lemak aku terbakar menolak motor tu ke bengkel.

“ Mencemar duli kepala otak hang. Apa yang Wafi’ buat tu kira kecik aje dengan apa yang kau buat kat dia minggu lepas. Itu bukan mencemar duli dah. Dah kira melanggar hak asasi manusia. Dibuatnye dia saman kau? Nasib baik dia backhand kau aje. Kalau tak?” Kata – kata Johan membuatkan Taufiq mencebik bibir.

“ Eleh, backhand pon aku dah patah riuk. Raksas…” kata – kata itu tak semapat Taufiq habiskan apabila kepalanya diluku dan disekeh serenak oleh Johan dan Adelea disebelahnya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Suasana di Perpustakaan Tun Razak itu sunyi saja. Niat hatinya sekadar untuk menghabiskan masa duduk membaca apa – apa yang patut dalam perpustakaan terbesar Bandar Ipoh itu. Sedang matanya sebuk menyelak buku di tangan, tiba – tiba telinganya menangkap suara yang biasa didengarinya. Matanya melilau mencari punca suara bagi memastikan bahawa dia tidak bermimpi. Nun, tidak jauh dihadapanya, kelihatan Taufiq sedang berbual mesra dengan seorang perempuan.

“ Makaih… Bukan main lagi, bertepuk tampar, berselak – selak rambut. Hah… tengah – tengah orang pun boleh main –main kiss pulak… Melampau la diorang ni.” Wafi’ pantas mengatur langkah mendapatkan pasangan itu. Sesampai dia dibelakang Taufiq, buku berkulit tebal di tangan dihempuk kuat tepat ke kepala Taufiq. Serentak itu suara orang mengaduh kesakitan kedengara. Mujurla suasana tingkat 3 perpustakaan itu lengang sahaja.

“ Apa ni Wafi’. Tak cukup ke nak cari pasal dengan aku kat sekolah, kat sini pun nak bukak medan ke?” Dengus Taufiq sambil mengusap kepalanya yang tiba- tiba menjadi biul sekejap.

“ Cari pasal kau kata? Yang kau buat maksiat tengah – tengah orang ni kenapa? Tak cukup sorang perempuan la kau ni.” Wafi’ sudah menyinga. Kenapa aku boleh lepas Lea untuk mangkuk ayun ni?

“ Suka hati aku la. Aku tak kacau kau pun kan?” Taufiq tak nak mengalah. Masing – masing sudah mengadap bertentangan mata. Dengan ketinggian Wafi’ yang hampir sama dengan Taufiq, biarpun Taufiq mempunyai badan yang tegap, sedikitpun tidak menggentarkan Wafi’ untuk bersaing pandangan mata dengan Taufiq.

“ Kau curang dengan Lea.” Ucapan Wafi’ disambut tawa oleh Taufiq.

“ Apa kene mengena dengan kau?”

“ Lea kawan aku. Kau usik Lea, maknanya kau usik aku.”

“ Lea tak kecoh pun, kau saja yang lebih. Dia faham aku.” Ucapan Taufiq bersulam senyuman yang keji itu menyumbang kemarakan api kemarahan dalam hati Wafi’.

“ Lea tu dah cukup baik terima kau. Tak bersyukur langsung. Aku pun tak faham la apa yang Lea pandang dengan lelaki lembik macam kau ni. Asyik tunjuk lagak dengan perempuan. Padahal, diri tu sifar. Kosong.”

“ Wafi’ kau jangan buat aku naik angin.”

“ Aku pedulik apa dengan angin kau. Ada aku kesah?”

“ Fine, aku memang macam ni. Sekurang – kurangnya Lea faham aku. Tak macam kau. Berperasaan pada kaum sejenis.” Kata – kata Taufiq membuatkan Wafi’ mengetab bibir. Tangan yang dihayun untuk menampar Tuafiq ditahan dengan tangan sasa Taufiq.

“ Sedar diri kau Wafi’. Apa – apa pun kau tetap perempuan.”

“ aku perempuan ke, tak ke, bukan aku usik kau.”

“ Aku ulang Wafi’ jangan cabar aku.” Kata – kata Taufiq membuatkan Wafi’ meronta untuk dilepaskan. Ternyata, biarpun dia mempunyai tali pinggang hitam dalam tae kwan do, namun, tenaga Taufiq jauh lebih kuat.

“ Kau tu pengecut, besar kepala dengan perempuan, dayus, tak reti bersyukur, perasan bagus, tak…” kata – kata Wafi’ terhenti disitu tatkala bibirnya ditutup dengan bibir Taufiq. Wafi’ terkesima. Sejurus kemudian barulah dia mendapat kekuatan untuk mengilas tangan Taufiq lalu dilepaskan tamparan tepat pada wajah itu sebelum berlari keluar. Di pintu itu, dia terlanggar dengan Johan dan Adelea yang memandang mereka dengan reaksi terkejut.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Wafi’ mengesat bibirnya kuat. Terasa seperti mahu dicuci dengan Clorox saja. Dia memandang cermin. Pada biasan wajahnya di cermin itu bagai silih bergani dengan wajah Taufiq tertawa besar.

“ Argh….” Bergema suara jeritan Wafi’ dalam bilik itu. Bodoh punya jantan. Walau aku macam ni, aku ada perasaan lah. Apasal kau bengap sangat? Walau apa yang terjadi pun, walau aku macam mana sekali pun, aku masih perempuan. Dan kau tak patut buat aku macam ni walau kau benci aku. Bodoh.

Wafi’ memeluk lututnya rapat ke dada duduk di penjuru katil bersandar ke dinding sambil matanya meliar dalam biliknya.. Keadaan biliknya sudah seperti tongkang pecah. Bersepah. Namun dia tidak memperdulinya. Sudah seminggu dia berkurung dalam bilik. Sudah seminggu juga dia tidak hadir kesekolah. Sudah seminggu juga Adelea menelefon, dan menghantar mesej, namun tidak dipedulinya. Hatinya berbuku.

Perlahan – lahan jemarinya dibawa kebibir, lalu disentuh. Tak tahu kenapa, kehangatan itu bagai masih terasa. Ntah kenapa, tiba – tiba air matanya mengalir deras. Tak pasti atas alasan apa.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“ Fiq, Lea rasa Fiq patut minta maaf dengan Wafi’ lah.” Kata – kata Adelea tidak disambut oleh Taufiq. Pandangannya kosong sahaja.

“ Oit pakcik, dengar tak ni?” Tumbukan kuat pada bahu oleh Johan menarik Taufiq dari fantasinya. Dahinya berkerut menahan sakit.

“ Fiq, Aku rasa apa yang kau buat pada Wafi’ tu melampau la.” Kata – kata Johan mendapat helaan nafas berat oleh Taufiq.

“ Lea dah cakap dah dari dulu, Fiq suka pada Wafi’ bagitau terus. Yang sengaja cari pasal tu kenapa? Konon nak buat dia cemburu, hah… ambil la. Padan muka.” Bebelan Adelea membuahkan dengusan dari Taufiq. Keadaan menjadi sepi. Seminit, dua minit, 5 minit, sepuluh minit kemudian menjadi sejam.

“ Aku rasa aku nak pergi rumah dia la.” Akhirnya kata- kata dari bibir Taufiq membuatkan mata Adelea bercahaya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“ Didi… Lea nak jumpa ni.” Ketukan bersulamkan suara Puan Hanis membuatkan Wafi’ bingkas bangun dari katilnya. Dia memandang keadaanya pda cermin. Okey lah. Tak serabut sangat. Gumam hatinya. Kemudian mata meliar dalam bilik. Boleh lah. Umi dah kemas semalam. Wafi’ tersengih. Sebolehnya dia tak mahu Adelea melihat keadaanya yang serabut.

“ Didi…”

“Ya umi, kejap.” Panggilan Puan Hanis dijawap laju. Kaki diatur menuju ke pintu. Perlahan pintu dikuak. Serta merta matanya tersembul bagai mahu melompat keluar dari keronsang tengkoraknya. Sendi temporomandibelnya juga bagai tertanggal dari kedudukan. Kelihatan Adelea ditemani dengan Johan dan Taufiq. Cepat – cepat pintu ditutup kembali.

“ Tunggu aku kat bawah.” Ucap Wafi’ kuat. Seraya itu kedengaran ketawa kecil disebalik pintu. Wafi’ menggeleng kepala. Tangannya mencapai sweater dan seluar trek. Malunya aku. Umi patut bagitau ada hamba allah dua ekor tu. Kan aku dah buat aksi pelajar terlampau. Lea pun satu. Wafi’; mengomel sendirian sambil menyarung sweater.

“ Wafi’…” Panggilan pada pintu membuatkan Wafi’ terhenti dari perbuatannya. Suara itu.

“ Wafi’, aku minta maaf. Aku tahu aku salah. Tapi aku buat ni bersebab.” Wafi’ mencebik bibir. Banyak ko punya sebab. Gumamnya seorang diri.

“ Sebab apa?”

“ Aku nak tarik perhatian kau.” Wafi’ menjuling matanya ke atas. Pehal pulak nak tari perhatian aku? Sewel la dah tu.

“ kenapa?”

“ Sebab aku suka kau.” Jawapan itu membuatkan Wafi terjelepuk ke lantai. Umi, tolong Didi. Sendi temporomandibel Didi dah longgar sampai tal boleh nak letak ke tampat asal.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Wafi’ mencebik bibir sementara Adelea ketawa besar. Seronok la tu dapat bodohkan aku. Ei… anak siapa ni? Boleh tak aku nak pijak aje dia ni?

“ Wafi’ jangan cebik macam tu. Wafi’ ni lawak la masa tu. Memang diorang semua tak sangka boleh tengok Wafi’ macam tu.” Wafi’ sudah berura-ura untuk mencekik Adelea. Geramnya aku….

“ So… Sekarang Wafi’ dengan Taufiq macam mana?”

“ Lea dengan Johan macam mana?” Soalan berjawap soalan. Adelea berkerut dahi.

“ Apa kena – mengena Lea dengan Jo?” Wafi’ menjongket kening ala- ala Ziana Zain tak jadi.

“ Okey la, Lea dengan Jo dah lama. Yang Lea dengan Fiq tu, pelan Fiq sebenarnya. Dia nak bagi Wafi’ cemburu kononnya.” Huh? Cemburu taik kucing. Hampeh tol member aku yang sorang ni. Wafi’ mengomel seorang diri. Sedang dia sedap – sedap mengutuk Adelea yang sedag pening – pening lalat dengan sikapnya, telefon bimbit Sony Ericsson C902 itu berbunyi menandakan mesej baru masuk.

Askum… Siapa pulak hamba allah nie?

~wslm… sape nieh?

Taufiq Wafi mengerut dahi. Dia memandang Adelea yang buat muka tak bersalah. Pantas tangannya mencibut peha Adelea.

~ Nak ape?

Marah pada Fiq lagi? Apa kes mamat ni? Ter-emo pulak.

~ Tak kuasa nak layan.

Fiq serius dengan perasaan Fiq Sah, sakit kot.

~ Itu masalah kau

Fiq jujur, dari dulu Fiq suka Wafi’. Tp Wafi’ xpndg Fiq. Hah? Aku rasa skru dia tercabut la. Mata Wafi’ meliar memandang keliling biliknya bagai mencari skru yang tertanggal.

Fiq xpaksa Wafi’. Tp Fiq ikhlas Eh? Dia buat macam aku pulak yang salah. Namun tangannya laju menjawap mesej itu

~Sjk bila?

Sjk kita mula kenal. Lower 6. Lama gak tu. Tapi kenapa aku?pelik la mamat ni.

~owh….

Ok lah. Xnk ggu Wafi’. Just nk bg tau Fiq xmenyesal sker pd Wafi’ bcoz…. Ler… main cakap tergantung pulak. Aku sekeh kang.

~ what?

U r 2 sexy utk lps pd org lain. Hahahah…. Nite baby

“Argh… Wafi’ menjerit kuat sehingga mengejutkan Adelea yang sedari tadi tersengih – sengih memandangnya.

“ Kenapa?” Wafi’ tidak menjawap. Sebaliknya, dia menyerahkan mesej itu pada Adelea untuk dibaca. Serentak itu, tawa Adelea pecah. Masakan tidak, petang itu Wafi Cuma memakai t-shirt sendat tanpa lengan dan seluar pendek pangkal peha. Sememangnya sangat seksi untuk orang yang tomboy sepertinya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“ Hah… sengih sorang – sorang ni karang orang ingat Didi sewel.” Pantas tangan Wafi’ mencubit lengan empunya suara menyebabkan empunya suara mengaduh kuat.

“ Jahat, suka usik Didi.” Wafi’ sudah menarik muka. Taufiq tersenyum. Perlahan tangannya mencapai jemari Wafi’ lalu dikucup lembut.

....

“ Didi ingat apa sampai abang lalu pun tak sedar?” Pertanyaan Taufiq mendapat sebuah sengihan sebagai jawapan.

“ Teringat zaman kebodohan…” Jawapan selamba dari Wafi’ mencetus gelak tawa dari Taufiq.

“ Dalam banyak – banyak kenangan zaman kesengalan tu, Didi ingat yang mana?” Wafi’ hanya tersenyum penuh makna.

“ Abang?” Taufiq menjongket kenin. Timbul reaksi nakal di wajahnya yang kacak itu.

“ Abang paling ingat masa kat library….” Seraya itu dahinya berkerut tatkala lengannya dicubit kuat oleh Wafi’. Wajah Wafi’ sudah kemerah-merahan.

“ Tapi abang paling suka masa abang datang rumah dengan Joe dan Lea…” Sekali lagi lengannya menjadi mangsa. Taufiq ketawa besar.

“ Suka usik Didi. Tak nak dah layan Abang.”

“ Hish… dah nak jadi mak budak pun nak merajuk lagi? Manja betul la baby abang ni.” Wafi’ mencebik bibir sambil membiarkan Taufiq mengusap kandungannya yang baru berusia 3 bulan.

“ Hah…. Buat la bibir macam tu, abang buat macam dalam library macam hari tu nanti….” Kata- kata Taufiq membuatkan Wafi’ mengetab bibir.Taufiq tersenyum bahagia. Wafi’ dipeluk erat. Siapa sangka, lagenda kucing dan anjing SMA membuahkan cinta yang berakhir ke jinjang pelamin. Amin. Semoga hubungan ini berkekalan hendaknya.

1 ulasan:

Kaseh Esmiralda berkata...

Nemo-chan... konichiwa~~

Kaseh nak bagi tau... orang baru je tagged awk... so plz check kat my blog k... http://kasehime-novella.blogspot.com/

(^0^) ErimO pAda SeOranG Nem0 (^0^)