baiknyer~ diorg nieh~

Mei 26, 2012

REVIEW ::: Erti Cinta ::: Camellia ::: KaryaSeni



Hello~~~ Wah - wah ... Dah lama Nemo tak buat review novel kan? kekeke.... Masih takut-takut mahu review hasil karya orang ternama ni... Yalah, siapalah kita ni. Sekadar pembaca picisan je... <--- er... ada ke pembaca yang picisan?



okeylah, abaikan bahagian yang merapu itu. Nemo terus pada point utama ya.. sebelum tu,, marilah sama-sama kita baca Sinopsis yang ada dibelakang novel ni.... Owh... Lupa, Novel kali ni Nemo nak review novel dari KARYA SENI, hasil tangan kak Maria Kajiwa (MK) atau nama penanya pada Novel kali ni CAMELLIA....

 ::: SINOPSIS :::
ANIS SARINA hanya mahukan sebuah tempat tinggal yang aman. Dia bersama sahabat baiknya, Maria berpindah meninggalkan kediaman kolejnya untuk tinggal di sebuah rumah sewa di tingkat 7, sebuah flat.
Namun ketenangan yang diharapkan tidak kesampaian. Pertemuannya dengan pemuda yang bernama Danny dan Joe membuatkan hidupnya tunggang langgang. Hatinya terpaut kepada Danny pada pandangan yang pertama namun Joe terus menghantui setiap langkahnya.
"Dia handsome lah…cair hati aku."
"Handsome macam mana pun, bukan mata kau seorang aje yang nampak tau. Berduyun lagi girls dalam Kuala Lumpur ni yang nampak. Jangan hati kau cair masuk longkang, sudahlah."
"Hish! Cair masuk longkang katanya. Tak kisahlah tu. Yang pentingnya, tak pernah hati aku cair begitu cepat macam tu. Inilah first time aku rasa, aku jatuh cinta pandang pertama.” Dia menyembamkan muka ke tilam, malu pula mengaku begitu. Nasib baik dengan Maria, kalau dengan orang lain…mana nak letak muka?
"Lain kali jangan nak pakai kawan aje kalau tak pasti. Entah-entah budak datang hisap dadah kat flat ni," bebel Joe lagi. Wajahnya makin garang.
Darah Anis menyirap. "Danny lelaki baiklah, kalau kau tak kenal, janganlah kau tuduh-tuduh pulak. Macamlah kau tu baik sangat."
Joe menggeleng. "Sudahlah, dah nak senja. Naiklah cepat."
"Eh! Joe, kenapa kau suka suruh kami naik bila senja ha? Kau tak ada kerja ke selain jaga kami?" Anis makin menyinga. Maria terlopong.
Joe mengangkat bahu. "Aku tak paksa. Kalau kau nak berkhemah di tangga ni pun boleh." Joe berpaling dan melangkah balik ke kafenya dengan muka yang merah padam.
Anis tergamam, hanya matanya saja merenung setiap langkah Joe. Kalau boleh hendak ditolak-tolak biar lelaki tu jatuh tersembam. Pandai-pandai tuduh Danny budak dadah. Heee… hatinya membentak.
Namun siapakah sebenarnya Danny yang penuh misteri itu? Mampukah Anis menerima hakikat yang sebenarnya? Kenapa Joe sentiasa memerhatikan Anis? Sanggupkah Maria berkorban dan mengalah? Semuanya akan terjawab di dalam novel ini. Empat erti cinta yang mesti diselesaikan…. Siapakah yang akan bahagia?

Tu dia kata-kata sinopsis belakang novel. Bagi Nemo sejujurnya sinopsis novel ni kurang memberangsangkan. Nemo ambil masa untuk beli novel ni. Maaf ya, terus terang Nemo katakan, novel yang bersinopsiskan secebis dari isi novel membuatkan novel itu nampak kurang seri. Ditambah pula dengan terlalu banyak dialog menjadikan Nemo tak nampak tarikan novel ini. Mujur, atas saranan kawan yang mengatakan novel ini lain dari yang lain, membuatkan Nemo mencuba nasib untuk membeli novel ini. Mungkin pihak yag berkaitan boleh menambahbaik sinopsis novel ini disiarkan dengan kerjasama bersama penulis. <== cadangan je tau.... lain orang lain selera...

Sekarang masuk dengan pandangan Nemo tentang Novel ni... <== Psstt.... Kak Maria, Nemo memenuhi permintaan akak untuk review novel ni tau... harap berpuas hati ya~~~

Pertama sekali mestilah Nemo suka gaya bahasa Penulis dalam novel ini. Mungkin Penulis sudah menetapkan target untuk penulisannya kali ini, jadi gaya bahasa yang digunakan mudah dan berkesan. tidak meleret-leret dan tidak terlalu berat. <== Kenapa Nemo cakap macam ni? Kerana Penulis yang Nemo kenal ini, hasil penulisannya BERAT. Bahasa yang digunakan BERAT. Input yang digunakan pun BERAT. Membuatkan orang yang simple minded seperti Nemo pening lalat. Jadi, untuk kali ini, thumb up untuk Penulis yang mencuba untuk keluar dari gaya biasanya. Percubaan yang bagus kiranya untuk Nemo...

Genre Romantik Seram bukan genre pilihan Nemo. Nemo lebih kepada Komedi. Tapi, melalui Penulis ini, Nemo rasa genre sebegini  boleh menjadi halwa mata Nemo. Ditambah pula, tiada adegan-adegan romantik berlebih yang mencacatkan keseluruhan isi cerita. Namun, Nemo rasa Penulis kurang bijak untuk menyuntik elemen seram dalam cerita ini. Macam mana Nemo nak cakap eh? Contoh lah ya, Nemo tak ingat Bab mana satu dalam novel ni, tapi bahagian Anis, si watak utama yang hendak menyiapkan kerja ditengah malam yang mana dia terdengar pintu kaca diketuk dan kaki dibawah bayangan langsir di pintu kaca itu. Memang dah seram dah, tapi andai Penulis meneruskan adegan seram itu dengan insiden lain mungkin elemen seram itu akan bertambah dengan lebih baik. Banyak bahagian seram yang ditarik secara tiba-tiba membuatkan feel untuk seram merundum. Dengan kata lain, Nemo tak sempat nak seram semasa adegan seram tu. <--- er... Faham ke? Tak paham nanti tanya Nemo lain lah... Nemo pun dah pening nak terang macam mana...

Nemo suka pengenalan watak yang simple dan tidak meleret tetapi padat. Novel yang senipis ini cukup menerangkan sisi watak-watak utama dan pembantu dengan baik. Dan Nemo tambah suka dengan penerangan mudah pada watak-watak kecil yang memberi kesan yang bagus dalam novel ini. Contoh watak-watak kecil yang menarik perhatian Nemo ialah hantu kanak-kanak yang menangis depan lif, teman wanita Joe yang Nemo dah terlupa namanya tapi Nemo masih ingat punca kematiaannya, Pea yang baik hati dan Zack yang JAHAT tu.... hihihihihih

Latar cerita yang jelas dan memudahkan Nemo untuk membayangkan keseluruhan jalan cerita novel ini. Angkat ibu jari pada Penulis yang berjaya buat Nemo rasa Nemo berada ditempat yang Nemo tak pernah pergi tetapi langsung tidak asing. Cuma, Nemo kurang berpuas hati kerana Penulis tidak mengambarkan latar masa yang boleh Nemo bayangkan. Time-frame pun Nemo tak dapat nak pastikan. Hm... Tapi ini cuma memberi sedikit kekurangan sedangkan latar tempat sudah menutup kekurangan yang secebis ni... <--- ke Nemo seorang je yang rasa macam ni?

Akhir sekali, Nemo ada katakan Penulis ini yang Nemo kenal seorang yang menggunakan bahasa yang BERAT, jalan cerita yang BERAT dan cara pengolahan dan input yang BERAT. Dalam novel ini, gaya bahasa dan jalan cerita yang BERAT itu sudah pun Penulis letakkan ke tepi. Nemo dapat rasakan Penulis sedah cuba keluar dari keselesaan biasanya. Namun, input yang BERAT masih menjadi permainan pada Penulis. Tak pasti sama ada Penulis perasan atau tidak, ada bahagian yang Penulis sedang memaksa pembaca untuk menerima input yang sedang diperkatakan. Yang ini sukar untuk Nemo huraikan, kerana hanya Nemo yang merasakannya, ada bahagian yang buat Nemo jadi jemu kerana ada banyak perkara yang Penulis cuba sampaikan dalam ruangan yang terhad. Mungkin selepas ini, Penulis boleh cuba dengan memberikan input sedikit demi sedikit, dengan itu input yang cuba disampaikan akan flow bersama cerita. <== Mungkin kerana novel ini nipis menjadikan Nemo terasa demikian.

Keseluruhannya, Nemo masih boleh mengatakan Nemo berpuas hati dengan hasil Penulis kali ini. Dan bagi sesiapa yang ingin mencuba genre yang lain dari romantik, novel ini sangat sesuai. Cubalah....

 

Tiada ulasan:

(^0^) ErimO pAda SeOranG Nem0 (^0^)