baiknyer~ diorg nieh~

Januari 26, 2012

Review ::: Awak Suka Saya Tak? By ::: Melur Jelita






Oh My~~~ Rasa terketar-ketar pulak tangan nak menaip review cerita yang sangat BANYAK peminatnya ini.... Rasanya tak keterlaluan Nemo katakan cerita ini cukup berHANTU kerana mampu menghimpunkan satu kumpulan peminat KIPAS-SUSAH-MATI yang sangat GAH!!! <=== Wah Nemo, kamu mahu menempah maut? 

Okey, drop the merepek tu Nemo. Sangat hancus kamu ini sejak akhir-akhir ini. Hahahah.... <=== (gelak besau-besau cover gugup sebenarnya)

Kita mulakan dengan SINOPSIS yang dibelakang buku dulu ya :::




Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha




Fahamkah kalian? Faham kut kan apa yang cuba untuk disampaikan oleh buku ini sedikit sebanyak sipi-sipi boleh tangkap jalan cerita kisah ini kan? 
hohohoho~~~ macam mana Nemo mahu mulakan ya?

Sebenarnya, Nemo beli nocel ASST? ni dah lama. Sangat lama sejak novel ini mula bertapak dalam kedai buku sebelum dipromosikan oleh warga-warga blogger dan FACEBOOKer sekalian. Cuma, maaf Nemo katakan, Nemo tak berNAFSU untuk membaca novel yang "kalau dibaling pada anjing gila yang dok meliar kat klinik tempat Nemo kerja pagi-pagi tu, mahu koma sebulan" ni. Tak tahu kenapa, walaupun ketebalan novel ini sangat mengujakan, dan semestinya harganya pun SANGAT mengujakan adrenalin, tapi serius, novel ini tidak mampu menarik perhatian Nemo untuk membuka plastiknya. <== mungkin ketiadaan mood pada masa itu.

Oleh itu, Novel ini dirasmikan oleh kawan-kawan Nemo di klinik terlebih dahulu. <== Mencemar duli betul Nemo bagi depa baca novel yang belum bukak plastik untuk dibaca sebelum empunya novel. Cheis!!

Dan hasilnya, masing-masing sibuk mengendeng dan berkisah tentang novel yang kononnya "MAHAKARYA CINTA" terbaik diantara novel-novel yang pernah dibaca sebelum ini. Ditambah pula dengan review-review yang sangat memBERANSANGkan di blog dan Facebook membuatkan Nemo menggagahkan diri untuk membaca novel ini. 

Permulaan novel ::: 

Nemo rasa Nemo dapat tangkap apa yang Penulis cuba terapkan dalam novel dia ini. Dan sememangnya, novel ini mampu memberi SAHAM untuknya di "SANA" nanti. Thumbs up untuk Penulis yang mampu menerapkan nilai cinta yang suci, dan dengan gaya bahasanya yang sangat-sangat santai, Nemo berpendapat Penulis mampu memberi impak yang sangat besar dalam membetulkan ideologi CINTA yang di amalkan oleh anak-anak muda sekarang yang seperti lupa cinta itu hadir dari mana dan dengan kehendak siapa.

Pertengahan Novel :::

Ketidakjayaan Cinta antara Intan Zulaikha dan Hilman Yong itu memberi kesan yang bagus untuk permulaan episod cinta baru mereka dia resort kepunyaan Hilman Yong. Plot dan time-frame yang digambarkan serta input-input menunggangan dan penjagaan kuda digarap dengan baik walaupun ada yang kurang berkenan pada mata Nemo, tapi sekali lagi gaya bahasa yang santai itu menutup kekurangan dalam menyampaikan input oleh penulis. <== Suka juga belajar perkara yang baru, cuma serasa input itu tidak cukup dan banyak tanda soal. Mungkin akan datang, Penulis boleh memberi penjelasan yang lebih bagi setiap input yang cuba disampaikan, kena sangat dengan gaya penulisan Penulis yang tidak memberatkan kepala.

Sepertiga Novel ::::

Sekali lagi Nemo dikecewakan dengan ketidakjayaan cinta antara Intan Zulaikha dan Hilman Yong. Malah, terus terang Nemo katakan, Nemo agak kecewa dengan cara penyampaian Penulis yang seakan sudah terdesak untuk terus mencapai target memandangkan novel itu sudah menjangkau jumlah mukasurat yang agak banyak. Sepertiga novel ASST? ini jelas dan sangat nyata membuka kelemahan penulis dengan gaya bahasanya yang sudah tidak sesantai bab-bab sebelumnya. Sudah hilang nilai estetika yang Penulis cuba binakan dipermulaan novel ini. Maaf buat peminat kipas-susah-mati ASST? di luar sana, andai kalian merasakan Nemo memperlekehkan atau memperkotak-katikan Penulis kesayangan kalian ini. Nemo berhujah pendapat Nemo dari sudut seorang pembaca yang mahukan yang terbaik dan berbaloi dengan apa yang Nemo laburkan. Plot cerita yang berulang membuatkan momentum pembacaan Nemo merundum jatuh. secara ringkasnya plot cerita ASST? ini boleh Nemo katakan seperti :---

1) Heroin bertemu dengan Hero dan membuahkan bunga-bunga suka 
 ::
::
::
2)Hero dan Heroin masing-masing mengaku perasaan hati masing-masing, namun masih takut mahu mengakui secara lisan.
::
::
::
3)Hero dan Heroin mula adegan-adegan mengejar cinta secara main tarik tali 
::
::
::
4)Perasaan suka dan cinta mula hadir 
::
::
::
5)Salah faham menjadikan hubungan mereka terputus.
::
::
::
6) Hero membawa diri. Heroin menyesal.
::
::
::
7) Hero dan heroin bertemu kembali di tempat lain
::
::
::
8) Ulang bahagian (3)
::
::
::
9) Mula kembali menyambung cinta
::
::
::
10) Ulang bahagian (5) <== cuma ditambah dengan kehilangan ingatan
::
::
::
11) Proses berbaik dan menyedarkan bermula seperti bahagian (3) dan so on... 

Jadi boleh nampak tak dimana momentum penulis sudah mula menyusut?

Pengakhirkan Novel ::::

Seperti sepertiga novel ini, pengakhiran noverl ASST? ini juga mengecewakan. Sudahlah estetika bahasa menjadi tunggang-langgang, gaya santai penulis pula menjadi haru-biru. Seperti terdapat dua penulis yang berbeza dalam proses menyiapkan novel ini. Maaf sekali lagi, sejujurnya Nemo katakan, Nemo K.E.C.E.W.A dengan novel ini. Pengakhiran novel ini jelas menunjukkan Hilman Yong tidak sabar mahu menjadikan Intan Zulaikha HALAL untuknya. Tanpa perancangan yang sepatutnya, persiapan dibuat ala kadar yang sangat berbeza dengan adat dan budaya kita. 

Ya, sememangnya dalam Islam hanya kenduri kesyukuran saja yang diperlukan untuk mengwar-warkan pernikahan agar mengelakkan fitnah. Namun, seperti si Penulis lupa adat dan adap kita sebagai orang melayu dan sebagai rakyat Malaysia. Sememangnya tidak salah cara pemikiran begitu, namun ia seakan menggalakan kahwin koboi pula. Kerana apa Nemo berkata demikian? Kerana, selepas membaca ASST? ini, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun mengatakan kepada ibunya yang sedang menyiapkan majlis perkahwinan adiknya " Ibu, novel ni kata, berdosa kahwin buat besar-besaran. Majlis kahwin sepatutnya buat kecil-kecilan, jemput keluarga je. Tak bayah membazir panggil jiran-jiran." Bukan itu sudah menjadi satu kesilapan dalam menyampaikan maklumat?

Okeylah, Nemo suka la dengan garapan watak untuk Hilman Yong yang sangat sempurna dan sememang itu sifat-sifat terpuji dan paling sesuai untuk mencari calon SUAMI. Namun, Hilman Yong turut merupakan satu watak yang tidak sempurna kerana dia juga bukan sempurna. <== Suka sangat percaya kata hati yang belum tentu betulnya lelaki ni...  Tapi, bagi Nemo, apabila watak yang Neutral yakni Sifat POSITIF + Sifat NEGETIf dalam diri dia menjadikan watak itu PALING SEMPURNA. Fahamkah kalian? Tak faham PM Nemo okey?



Okey, just drop about adat istiadat, sempurna tak sempurna semua. Lain orang lain pendapat. Bagi Nemo, terpulang pada kemampuan masing-masing dan pilihan terbaik cara menyebarkan sesebuah perkahwinan mengikut kemampuan diri bagi mengelakkan fitnah. Lain orang lain pula penilaian pada sesuatu watak. Tepuk dada tanya selera. Namun taksub pada suatu watak itu adalah sejenis PENYAKIT JIWA. Ingat ya kalian....  Itu yang paling penting. 

Jadi...

KESIMPULANnya :::

Untuk novel Awak Suka Saya Tak? karya Melur Jelita ini, Nemo katakan BUKAN GENRE Nemo. 

Thumb up untuk Permulaan cerita yang bagus.

Double thumbs up untuk cara bercinta yang bagus. Input cerita dan pengolahan cinta yang diBERKATi <== hendaknya

Tapi, Nemo berharap untuk Penulis Melur Jelita ini pada masa akan datang dapat mengekalkan momentum penulisannya dalam setiap novel beliau dari awal hingga ke aksara terakhir. Dan bukan lagi satu cerita yang mempunyai plot yang lebih kurang. Plot yang berulang akan membuatkan pembaca seperti Nemo yang sangat cerewet dalam mengeluarkan modal terasa seperti menyesal. Seandainya plot yang berulang itu boleh digabungkan menjadi satu, Nemo yakin dan teramat yakin momentum Penulis akan terus meningkat dan seterusnya menjadikan momentum pembaca seperti Nemo sangat TERUJA untuk menghabiskan novel yang sangat tebal ini, dan bukan terdetik dalam hati " Gr.... Bila cerita ni nak habis?"

Dah, dah... cukup la melalut. Sekali lagi Nemo katakan, ini pandangan Nemo dari sudut pembaca. Segala ketidakpuasan hati, atau surat - menyurat tidak akan dilayan. <== Plus, Nemo ada dengar yang peminat kipas-susah-mati ASST? ini pernah menghentam seorang pembaca dengan segala hadis-hadis yang Nemo memang kompom angkat tangan la dek kerana pembaca itu mengatakan penulisan Penulis ASST? ini biasa-biasa saja. 

P/s :: Agak-agak  nemo pun bakal menempuh nasib yang sama dengan pembaca itu kut~~~

P/S::: Nemo tak pasti Nemo pernah dengar atau pernah baca atau ada orang cakap pada Nemo, " Apabila menulis, pastikan kamu menyampaikan sesuatu yang berguna kepada pembaca kerana setiap apa yang kamu sampaikan akan memberi SAHAM pada kamu di akhirat nanti. Namun, jangan dilupa pula, dalam kamu mengejar SAHAM akhirat itu, aku terlupa selera dan kehendak pembaca. Pastikan setiap sen yang pembaca laburkan untuk membeli hasil tulisan kamu setanding dengan nilai aksaranya kepada penulis kerana ia juga satu SAHAM untuk kamu kelak....

13 ulasan:

noni berkata...

yeaa..akhirnya! ada jugak yg sependapat dgn sy.mmg sy pon kecewa dgn novel ni tp i diam je cos bnyk review yg puji melambung cakap novel ni best.act,at 1st crita ni mmg best jugak tp tgh2 tu i skip almost 40% of the story n terus jump pegi last chapt. its kinda makin boring dbaca. anyway cerita ni mmg bagus n islamik cuma beberapa kelemahan buat cerita ni bosan dbaca. n i dunno y ramai yg cakap crite ni best. dorang sangat penyabar i guess :)

Tanpa Nama berkata...

setuju! saya juga sependapat dgn anda. bc separuh mmg mengujakan...tpasik xjd kawen jer..malas der nak bc....huhu. rugi la jugak beli. kau yg aku tinggalkan is the best la stakat ni..(utk novel2 enovel yg dibukukan la)

Nora Wahid berkata...

selalunya yang terlalu dipuji melambung-lambung ni hanya indah khabar dari rupa. Nak tambah panas kipas kipas tu, novel macam ni selalunya memang digemari oleh budak-budak yang baru nak membesar dan baru-baru nak belajar bercinta jer... :p

Nemo^0^eriMo berkata...

Noni ::: Hu~~~ sebagai pembaca kita berhak memberikan pandangan dan kritikan yang membina. Kritikan akan menjadikan Si Penulis lebih berhati-hati dan lebih banyak membuat rujukan untuk novel-novel akan datang. Lepas ni jangan takut untuk komen kepada Penulis kerana Penulis memerlukan pembaca yang PANDAI mengkritik untuk karya mereka.

P/S::: Noni nak kritik hentam Nemo pun boleh... huhuhuh

Nemo^0^eriMo berkata...

Tanpa Nama :::

Setiap novel ada kelemahan dan kelebihan masing-masing kerana Penulis juga insan biasa yang tidak sempurna. Maafkan mereka, dan sokonglah mereka dengan kritikan yang membina. Itu lebih membantu mereka.

Nemo^0^eriMo berkata...

Nora Wahid :::

Er... Patut Nemo setuju tak? SETUJU rasanya. Bukan mahu mengata, tapi mereka-mereka ini lebih FANATIK dan kurang menggunakan akal fikiran apabila berhujah. Kerana itu, setiap novel harus memikirkan hal-hal sebegini sebelum menghasilkan novel. Bahang novel ini sama kuat dengan media elektronik yang makin canggih hari demi hari.

intan berkata...

bg sy novel asst ni sy bg 4*..ok la dia pnye cite 2 wpun kdg2 agk boring gak

tanpa nama>> kau yang aku tinggalkn @ aku yg kau tingglkn?? klu tajuk novel yg sama mcm yg sy baca bg saya novel tu 3* je..gaya bhsa yg kurg menarik n jln cerita pon x sdp sgt..sory juz my opinion x da niat nk burukkn cite 2

Syah Kinabalu berkata...

Hai pemilik blog. Singgah komen ya. Bagi saya pula ASST ni antara novel terbaik yang saya pernah baca. Saya faham, bukan semua yang boleh menyukai satu benda. Awak suka pau, saya suka karipap.. begitulah sebaliknya.

Kepanjangan novel ini mungkin boleh membuatkan orang boring saat menyentuhnya, tapi tak kenal maka tak cinta kan? Saya pun terkejut, kamus dewan pun saya skip2... tapi saya cuba belek satu2.

Banyak yang cuba disampaikan penulis dalam novel ini, sarat pengajaran dan penghayatan yang secara spontan. Graf sebuah novel memang akan turun naik dan membuatkan pembaca seakan tidak sabar mahu mengetahu kesudahan. Tapi ingatlah, dalam sebuah perjalanan, bukan pengakhiran yang penting tetapi cabaran dalam perjalanan itu.

By the way, setiap novel bergenre romantaik cinta akan berakhir dengan HAPPY ENDING, itulah yang penerbit mahukan. Kadang-kadang walau berjela macamana sekalipun endingnya, tetap juga mereka bertaut..

Sekadar pendapat saya..^___^

qminz berkata...

so in short cite ni overrated lah? uhuhu... *menjeling novel yang tergolek atas katil*

nak bce ke tak??? hurm....

Tanpa Nama berkata...

sy pun sm pndapat dgn awak....smua org trlalu memuji novel ni....bg sy terlalu biasa kerana watak hilman digambarkan terlalu berlebihan smpurnanya.....
jujur cakap saya terasa muak membaca bila masuk di suku cerita,,, rasanya penulis terlalu melebihkan ciri fizikal hilamn & intan...x slah memberi gambaran krana sy sndiri akan putus selera jika hero di gambar kan seperti 'hampeh'...tp cukuplah dgn gmbaran kacak @ cntik...jln cerita juga sprti brulang2....
yes!!! awak bgitahu ada bdak ckp x elok brlebihan dlm prkahwinan.....d'sini pnulis buat satu kesilapan....memng betul x elok brlebihan ttapi bila pnulis masukkan cerita hnymoon yg terlalu byk negara d'masukkan sy x psti d'mana sederhananya cerita ini...
lastly....apa2 pun nvel ni ttp boleh dilayan krana anda akan trbuai dgn kta2 romantik hilman...ermmmmm

Athira berkata...

Novel ASST ni mempunyai byk pengajaran n mesej yg hndk dsmpaikan oleh penulis. Penulis mggayakan tulisan n gaya penceritaan yg sempoi namun terselit makna yg mndlm. Penulis juga suka mgikut cita rasenya sndri kerana tu novel karyanye sndri, kita sndri mgkinx mampu nk buat novel setebal itu. Ini boleh dbuktikan lgi dgn novel penulis spt ilus n mypi. Ambillah moral. Tq

Tanpa Nama berkata...

Nk jg bg pndpt pasal ASST..da lama jg baca novel ni..bermula dri online ke buku dan skrg drama pula. Pd sya jln cerita sprti jg novel lain tp yg buat sy respect dgn novel ni ialah penulis itu sendiri. Pestaim sy baca novel romantik tp msh bercirikan islamik. Smpai sy tertanya2 adakah wujud insan seperti hilman yg hdup dlm zaman moden ini.seorang yg kaya,berketurunan cmpuran dan mualaf pula..tp boleh mencintai Allah Dan Islam begitu mendalam. Sy respect dgn penulis sbb dia ingin mngajak pembaca menghayati keindahan ajaran Islam. Menerapkan nilai murni trutama mnjaga maruah diri,menutup aurat Dan mengelakkan sentuhan dan fitnah sblm perkahwinan serta mengaitkan dgn perjuangan rasulullah saw dlm mnyebarkan Islam. Sy menganggap ASST sbg Satu naskhah yg sgt brguna utk diri sy sendiri. Byk ilmu yg sy dpt dan sy terhibur dgn watak2 dlm crita ni trutamanya 'hilman'.Tak taula org lain.sy skdr bg pndpt jer.. Wallahualam..

xanthiecabrera berkata...

Citizen EcoDrive Titanium Watch
Citizen EcoDrive titanium blue Titanium Watch by Tioguroco is the ultimate watch. The ford ecosport titanium ultimate source of quality information titanium rainbow quartz and titanium sheet a huge range of possibilities ford focus titanium hatchback for sale.

(^0^) ErimO pAda SeOranG Nem0 (^0^)