Okeylah, cukup berbasa-basi, Akhir-akhir ini bagai sudah menjadi satu kemestian untuk Nemo REVIEW novel-novel yang Nemo rasa perlu. Hihihi… Bukan semua ya~~~ Almaklumlah, Nemo pun bukan kategori manusia yang RAJIN. Novel-novel yang Nemo review ini novel-novel yang Nemo suka pro dan kontranya. Ada kekuatan dalam kelemahannya, yang sama-samalah kita ambil pengajaran. <== peringatan pada diri sendiri dan penulis-penulis lain, sama-samalah kita belajar dari kesilapan.
Sinopsis:-
Luka lama berdarah kembali apabila Ahmad Firasz kembali dalam hidup Renda. Kisah hitam yang disimpan kejap dalam kamus hidupnya kini terbongkar dek pengetahuan keluarga Ahmad Firasz. Kerana terpaksa, Renda dan Ahmad Firasz hidup bersama. Namun, ikatan pernikahan yang terbina tidak membawa apa-apa makna dalam kehidupan kedua-dua insan ini sebelum Ahmad Firasz mengetahui kebenaran kisah hitam yang dialami oleh Renda. Terbit rasa bersalah Ahmad Firasz terhadap Renda. Bagi melihat kebahagiaan Renda, dia telah mengambil keputusan untuk melepaskan Renda. Namun, tanpa pengetahuan Ahmad Firasz, keputusannya itu telah menghancurkan hati Renda yang telah mula menerimanya dalam hidupnya. Kerana kecewa, Renda pergi membawa diri ke Perancis. Di sanalah dia memulakan hidup yang baharu sehingga menemukannya dengan Raihan Hasyri, insan yang sangat menyayanginya. Namun, mampukah kebahagiaan itu kekal dalam hidupnya? Apakah lagi yang bakal dihadapi oleh Renda?
Untuk novel ini Nemo tak nak lah komen fasal tema dan jalan cerita keseluruhan dia. Sebab, sangat klise novel Melayu yang menerapkan cinta yang penuh ranjau dan onak. Cerita yang klise ini akan jadi menarik apabila Si Penulis pandai menarik minat Si Pembaca dengan lenggok bahasa dan pengamatan watak.
Bagi SSC ini, untuk lenggok bahasa dan latar masa Nemo bagi double tumbs up untuk Cik Ian. Sedari dahulu Nemo memang jatuh hati dengan gaya bahasa Cik Ian yang santai, lembut dan sesekali disulami ke’seksi’an <== dalam ertikata KAMUS NEMO ya… kau orang tak faham bukan masalah Nemo… hahahahha…
Latar masa yang Cik Ian tampilkan pun memadai… Tidak terlalu lama, tidak pula terlalu singkat untuk disogokkan dengan pelbagai insiden yang terjadi pada hero dan heroin cerita. Bukan semua penulis pandai memilih latar masa dan frame masa yang sesuai dengan cerita… Termasuklah yang tengah berceloteh ni….
Dalam SSC ni pun ada menggambarkan suasana Kota Paris dan Jepun walaupun secara tidak meluas. Cukup sekadar memberi gambaran gaya hidup dan suasana dalam keadaan yang paling selamat. Less is more kan?
Yang paling Nemo suka apabila Cik Ian pandai menarik Nemo masuk ke dalam SSc tanpa ketandusan momentum. Suka sangat kerana momentum pembacaan Nemo meningkat selari dengan pertambahan bab yang sipi-sipi nak cecah seratus tu… Senang kira graf pembacaan Nemo meningkat pada satu satah bersudut enam puluh darjah dengan kelajuan enam puluh km/j… Suka suka suka~~~ angkat empat-empat ibu jari… <== sukati kau orang la nak bayang macam mana….
Fasal watak, maaflah, sejak azali Nemo kurang berkenan dengan heroin yang terlampau baik sehingga boleh diklasifikasikan sebagai bodoh pada pandangan Nemo. Maaf, maaf, maaf ya Cik Ian, Renda Ghazali yang berperibadi baik, tulus dan sering teragak-agak dalam mencerakinkan hal-hal penting kerana terlalu ambil berat dengan pandangan orang lain itu tidak memenuhi kriteria watak yang meninggalkan kesan kepada Nemo.
Begitu juga dengan Airel Yuki Hagiwara dan Raihan Hasyri, sangat tipikal watak sebagai seorang lelaki budiman. Tiada x-factor. Hihihihi… Nemo memang memilih watak. Ngeh~~~ tapi… watak-watak budiman ini sangat diperlukan dalam meneutralkan kisah hidup Renda Ghazali yang yang sangat-sangat negetip. Sakit jiwa betul membaca kisah hidup dia, boleh darah tinggi tahu….
Nasib baiklah watak Ahmad Firasz tidak sebegitu. Dia watak yang terbaik dalam SSC ini. Dia itu budiman dalam kekejaman yang ditampilkan. Dia itu lembut dalam kekerasan yang ditonjolkan. Dia sempurna dalam ketidaksempurnaan. Seperti selalu, Nemo lebih tertarik pada watak yang punya pro dan kontra yang jelas seperti yang Cik Ian tonjolkan pada Ahmad Firasz. <== Teringat Nemo pada Nakhaie… Rindu pula pada dia… Cik Ian, pulangkan Nakhaie kepada daku… hihihihi
Namun sayang, ada sedikit kurang berkenan pada Nemo dengan watak Ahmad Firasz ini. Mengikut kefahaman Nemo, Ahmad Firasz digambarkan sebagai seorang anak remaja yang baru meningkat dewasa, yang mana terang-terangan dia digambarkan sebagai seorang lelaki berusia 21 tahun. Tapi, jawatan beliau di syarikat sebagai orang PENTING yang sangat berjaya itu seakan tidak sesuai, memandangkan Ahmad Firasz mempunyai abang dan kakak. Tambah tidak berkenan apabila Ahmad Firasz dikatakan hampir bertunang dengan Shafina ç Tak ingat pula Nemo dengan nama perempuan yang menggeletis ni. Dalam usia yang muda. ( okey… tak pelik la tunang muda, tapi tetap pelik juga pada Nemo. Nampak canggung di situ, tapi tak dapat dikenal pasti pula di mana. )
Mengikut perkiraan logik Nemo la kan, untuk Ahmad Firasz berkelayakan memegang jawatan penting itu memerlukan dia kelulusan yang hebat. Bukan setakat sijil atau diploma saja. Dan seperti mustahil pula Ahmad Firasz memegang ijazah dengan usia semuda itu sedangkan dia digambarkan seperti sudah lama meneraju syarikat tersebut. Okeylah, syarikat tu mak pak dia punya, sukati depa la nak kasi anak depa buat pe pun kan. Tapi tetap tak logik sebab mustahillah mak pak dia nak kasi syarikat gah macam tu pada anak depa nak buat pelingkup, kan? Mungkin Cik Ian terlepas pandang, atau Nemo yang kurang faham, mohon pada sesiapa yang boleh menjelaskan kepada Nemo tampil ke hadapan.
Selain dari kekurangan dalam kepuasan pembaca yang bernama Nemo ni, Nemo dengan senang hati dan penuh suka riangnya memberitahu SISA SEBUAH CINTA adalah sebuah novel yang sangat berbaloi untuk dimiliki walaupun harganya hampir setanding ASST?. Novel yang boleh dibaling pada anjing kalau depa menyerang ni tidak meninggalkan kesan me’nipis’kan dompet pada Nemo. Tahniah kepada Cik Ian kerana memberi kepuasan pelanggan kepada pembaca yang cerewet seperti Nemo ni.
P/S:: Sedari dahulu sangat cemburu kepada Cik Ian kerana mampu menekan kekunci untuk gaya bahasa yang “seksi” dan penamaan watak yang hebat. Hihihihhi~~~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan