baiknyer~ diorg nieh~

Mei 19, 2013

Pudina Cinta ::: A.Darwisy ::: Buku Prima





Assalamualaikum Semua…. ( Sambil lambai-lambai tangan dengan muka bajet comel)
~ Tarik nafas dalam-dalam :: Takut pulak, maklumlah, kita tahu kita bersalah. Kita abaikan kau orang. Kita janji kita tak buat dah. Janji!! <-- angkat--="" angkat="" ikrar="" jari="" tanda="" tiga="">

Okey, berbalik kepada tajuk, ( Pi baca balik tajuk entry kat atas kalau tak perasan)  Kita nak buat review novel sebagai pembukaan tahun ini. ( wah wah wah~~~ dah hujung bulan Mei, baru nak buat entry kan. TTATT … Maaf maaf maaf…)

Mei 12, 2013

Tutup telinga.. Ramainya yang Bising....

Setelah difikirkan... setelah ditimbangkan... Kita mengambil keputusan untuk tidak menutup blog yang bersawang ini. Tapi... Tapi blog ini tak kan menyajikan E-novel untuk kalian sehingga diberitahu. Entry e-novel sebelum ini juga sudah kita padamkan.

Apa yang kita akan kongsikan disini cuma REVIEW novel atau apa-apa yang kita nak kongsikan lah... dan cerpen. Insya Allah nopen pun akan dikongsikan di sini. Maaf ya kalian, kita tak sanggup dah nak menyiksa kalian untuk menunggu sambungan kisah Si Mata Hijau dan Edrryanna tu sedangkan mood kita pun tunggang langgang. Doa-doakan saja sampai masa, apabila e-novel tu siap, dia kongsikan di sini.

Ikhlas,
Nemo a.k.a meRerimo

Mei 10, 2013

Sejujurnya.....

Sejujurnya saya sudah tidak berkehendak untuk meneruskan blog ini. Sejujurnya saya sudah tawar hati untuk buat kalian ternanti-nanti. Sejujurnya saya sudah hilang naluri untuk memenuhi kehendak kalian di sini. Dan sejujurnya saya sedang berkira-kira untuk menghapuskan blog picisan ini. Apa - apa pun tindakan saya selepas ini, apa-apa pun tanggapan kalian kepada saya, saya dahulukan AMPUN MAAF untuk semuanya dan TERIMA KASIH yang tidak terhingga.

Ikhlas,
Nemo a.k.a meRerimo

Februari 03, 2013

Erika dan ..... (Satu Sejarah...)

Ini cerpen lama.... Ada kisah disebalik penghasilan cerpen ini... Ada yang mengetahui, maka sematkan saja ingatan itu... Yang tidak mengetahui, semoga cerpen ini memberi satu sisi baru tentang kita kepada kalian... Sesungguhnya, andai Jin Aladin itu wujud, pasti "Hapuskanlah kerinduan ini kepadanya" menjadi permintaan kita....


Pengembaraan Erika dan Tok Pinno – Pertembungan dengan Belalang

            Erika menundukkan kepalanya. Puan Eliza mencekak pinggang, manakala Encik Ehsan hanya mampu menggeleng kepala.
            “ Cuba Eri bagitahu Ibu, kenapa Eri tipu Fahmi?” Suara Puan Eliza keras bertanya kepada anak tunggalnya.
            “ Eri tak tipulah Ibu. Mana ada Eri menipu.”

Disember 31, 2012

Bye Bye 2012... Hallu~~~~ 2013...



Assalamualaikum semua....

Lama tak update blog, sedar2 baru daku perasan hari ni hari terakhir 2012... Apa yang patut diperkatakan? Jawapan ::: Tak tahu.... <== Sesungguhnya blur di siang hari...

Banyak kenangan yang terjadi di tahun ini, tapi semuanya hilang. Yang daku ingat cuma satu tarikh... 10.10.2012... <== sampai bila2 pun akan ingat...

Untuk kalian yang masih sudi menyokong hasil daku yang tak seberapa ini, terima kasih yang tak terhingga... Terima kasih dengan sokongan kalian... Terima kasih dengan kritikan kalian... Terima kasih dengan teguran kalian... Terima kasih dengan pujian kalian... Sesungguhnya tiada apa yang lebih bermakna melainkan doa-doa kalian untuk daku... <== Insya ALLAH, doa kalian akan daku cuba tunaikan....

Akhir sekali, Salam Tahun baru untuk kalian. Semoga dengan kehadiran tahun baru ini akan menjadikan kita sama2 lebih baik dari diri kita yang terdahulu...

Jun 04, 2012

Kerana Dia Lelaki Itu ....



Kerana dia lelaki itu, dia menahan tubuhnya menahan tubuhnya menerima habuan sedari tanpa mengenal erti penat, apabila rotan sebesar jari kelingking kanak-kanak menjamah tubuhnya yang sedia ada kecil tanpa belas kasihan. Bukan tidak sakit, bukan tidak perit, air mata yang laju menuruni pipi dan esak yang tertahan jelas menunjukkan dia juga seperti kanak-kanak lain. 

Mei 26, 2012

REVIEW ::: Erti Cinta ::: Camellia ::: KaryaSeni



Hello~~~ Wah - wah ... Dah lama Nemo tak buat review novel kan? kekeke.... Masih takut-takut mahu review hasil karya orang ternama ni... Yalah, siapalah kita ni. Sekadar pembaca picisan je... <--- er... ada ke pembaca yang picisan?

(^0^) ErimO pAda SeOranG Nem0 (^0^)