baiknyer~ diorg nieh~

Mei 19, 2013

Pudina Cinta ::: A.Darwisy ::: Buku Prima





Assalamualaikum Semua…. ( Sambil lambai-lambai tangan dengan muka bajet comel)
~ Tarik nafas dalam-dalam :: Takut pulak, maklumlah, kita tahu kita bersalah. Kita abaikan kau orang. Kita janji kita tak buat dah. Janji!! <-- angkat--="" angkat="" ikrar="" jari="" tanda="" tiga="">

Okey, berbalik kepada tajuk, ( Pi baca balik tajuk entry kat atas kalau tak perasan)  Kita nak buat review novel sebagai pembukaan tahun ini. ( wah wah wah~~~ dah hujung bulan Mei, baru nak buat entry kan. TTATT … Maaf maaf maaf…)


Novel yang menjadi pilihan kali ini novel Pudina Cinta (PC) karya A.Darwisy (AD) keluaran Buku Prima. Okeylah, sebelum kita memulakan pot-pet-pot-pet kita pasal PC, apa kata kita layan Sinopsis novel seperti yang diiklankan oleh pihak Buku Prima, Karangkraf dan peminat kipas-susah-mati si AD ni dulu… 


Yosh~~~~

Rabunah, heroin cerita ini. Eh! Eh! Jangan pandang rendah dengan namanya biarpun tak komersial mana. Dia ini bakal doktor gigi dan kemaruk pula dengan ubat gigi perasa pudina. Aneh-aneh saja bukan? Hendak kata lawa, boleh tahanlah juga. Kalau tidak, mana mungkin empunya diri boleh menambat hati putera idaman yang menjadi rebutan. Tapi... dia berpegang pada satu prinsip. Tak mahu couple sebelum ada ikatan yang sah. Habis, menikah teruslah jawabnya?

Nama pun cinta, perasaan halus itu tetap menjalar dalam diri tetapi tidaklah dia layankan sangat. Apatah lagi dia terpaksa menghadap Natasha Giselle, perempuan berlagak diva keturunan Genghis Khan, yang turut menaruh perasaan terhadap lelaki yang serupa. Sakit jiwa hendak melayan!

Nasib baiklah dia punya kawan-kawan sekepala, iaitu Wawa, Alin dan Azlie yang sengal-sengal ubi otak mereka. Sentiasa ada bersamanya saat gembira mahupun duka. Kawan-kawan yang punya cerita dan masalah mereka sendiri. Dunia persahabatan yang indah tetapi mungkinkah dunia percintaan untuk dirinya lebih indah daripada itu?

“You don’t love a woman because she is beautiful, she is beautiful because you love her. And I really really love you. Awak nak tengok saya buat kerja gila?” – Ally

“Saya tidak ada apa-apa yang istimewa. Awak sebenarnya boleh pilih yang lebih baik, lebih cantik dari saya...” - Rabunah

“Aku simbah asid dekat muka perempuan tu! Kau sendiri tahu bukan, aku boleh buat lebih kejam dari itu!” – Natasha Giselle

Amacam? Baca sinopsis macam best kan? Kita pinjam terma si AD ni, macam “sengal-sengal ubi” je novel ni kan? Na.. na.. na… (goyang-goyang jari telunjuk dengan muka riak...)




Hm… (ketuk-ketuk dagu…) Macam mana kita hendak mulakan review kita ni ye? (lama sangat tak buat review... kan dah cuak... )

Secara keseluruhannya, PC ini boleh dikatakan satu hasil yang memberansangkan. Kenapa dikatakan ia memberansangkan? Kerana elemen yang si AD ni cuba tekankan satu elemen yang bagus. Kita ambil tagline si AD untuk PC ni, “Sebarkan Cinta dan Iman” dan semestinya novel ini menyelitkan tarbiah-tarbiah yang yang sering kita-kita sebagai insan biasa ini terlepas pandang. Secara amnya, novel komedi romantik si AD ni membuatkan kita sebagai pembaca menggunakan kedua-dua sisi otak kita, merangka baik-buruk tindakan kita menggunakan akal yang dipinjamkan-NYA dan bertafakur meneliti kesilapan-kesilapan kecil yang sering dipandang enteng. Ha… kenapa kita mengatakan novel ini bergenre KOMEDI ROMANTIK sedangkan kita ada menekankan perkataan tarbiah-tarbiah yang mana lebih serasi digunakan kepada novel-novel islamik?

Kerana, dari pandangan kita, kita tekankan lagi ya, dari PANDANGAN kita ya… novel ini belum mampu membawa title novel islamik. Bagi kita, novel islamik adalah novel-novel berat, yang menekankan isu-isu keagamaan, percintaan yang zuhud. Sukar rasanya untuk kita menerangkan mengikut kefahaman kita.

 Okeylah, kita ambil contoh yang termudah. Dapatkah kalian membezakan intipati novel Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih karya Habiburrahman El Shirazy atau mungkin Salju Sakinah karya Zaid Akhtar dengan PC ni? Nampak tak perbezaannya? AAC, KCT dan SS merupakan karya yang berat, berat pada pandangan kita apabila kita memerlukan tumpuan 120% pada pembacaan untuk mencernakan bait-bait ayat didalamnya. (okeylah, mengaku la.. kita orangnya otak yang simple, jenis lurus dan mudah dijangka.) Maka, karya-karya seperti ini akan membuatkan kita sakit kepala untuk menghadamkannya. Tapi harus kita mengaku, ACC, KCT dan SS satu karya yang hebat.

Berbeza dengan PC, intipatinyalebih mudah dihadam, lebih mudah difahami dan yang paling penting ianya santai namun masih menyelitkan sedikit kekeliruan dan ketidakstabilan. Gaya bahasa PC jelas menunjukkan siapa si AD ni. (Homai… kita berkata-kata seperti kita mengenali si AD ni… Na na na… tidak tidak tidak… Kita berhujah mengikut kefahaman hati ya…)

Pertama-tama sekali memandang novel PC ni di kedai buku ia tidak menarik perhatian kita.. ( maaf… kita memang tidak tertarik dengan novel yang menggunakan perkataan CINTA sebagai tajuk… Oh… sangat klise kan? Dah novel cinta, tentulah cinta juga dijadikan tajuk. Ape da…) Tapi, itulah… atas saranan seorang teman yang menunjukan page di muka buku menjadikan kita rajin pula ‘stalk’ si AD ni.. (oh.. barangkali ada niat tersembunyi.. ngeh~~~) Dan apabila si AD ni buat promo di page untuk pembelian PC, laju saja tangan ni sibuk nak jugak… hahahah… gen stalker kita sangat hebat kan?

Dan jujurnya, kita mengambil masa yang agak lama untuk memulakan PC kerana tajuknya. Hahahah… nak buat macam mana.. .kita dan ‘CINTA’ memang tidak sebulu… dan bagusnya, kita Berjaya menghabiskan PC dalam masa kurang dari 3 jam.. ( cepat ah tepuk tangan… hebat kan kita?)

Sekarang kita pergi secara detail review untuk PC ya… Ready… GO... !!!! Cheis… Propa je kita ni… takde takde… kita buat kesimpulan mengikut subtopic je…

Gaya Bahasa :::
Tak perlu hendak diulangi banyak kali, semua orang tahu AD seorang penulis yang santai. Gaya bahasa yang santai sememangnya mampu menarik tumpuan pembaca. Ditambah lagi dengan cara si AD ni menarik pembaca sama-sama ber’komunikasi’ dengan si Rabunah tu. Hebat…hebat… tepuk sikit… Cumanya, mungkin kalian tidak perasan, atau mungkin Cuma kita yang berprasangka demikian. Kita merasakan momentum penulisan si AD ni ada pasang surut. Mungkin belum cukup matang, yalah, kita semua manusia biasa. Naluri dan emosi berubah-ubah mengikut persekitaran. Apa yang pasti, AD cukup berkeyakinan apabila sampai ke plot yang kelakar. Sengal ubi katanya… (tak faham apa kaitan ubi dengan sengal… hahaha) namun, apabila tiba bahagian sedih, contohnya apabila Azlie menceritakan tentang keluarganya kepada Rabunah, emosinya seakan tersekat. ( Ya ya.. AD penulis yang hebat. Hasil tangannya juga hebat. Malah mungkin ada yang pernah membaca hasilnya yang lagi hebat dari PC.. kita pun sama…)

Plot cerita :::
Time frame untuk novel ini kita rasa tak lama. Rasanya dalam dua tau tig bulan sahaja jik ditolak dengan  prolog dan epilog cerita. Yalah, kita tahu PC itu kisah si Rabunan dengan Si Ally tu sampai mereka kahwin. Kita tolak la bahagian kahwin tu, semua novel cinta nak kan happy ending kan? Hish.. kau orang ni la… Time-frame PC mmg pendek. Dan hebat sungguh apabila Si AD ni mampu menjadikan PC novel yang bagus untuk time-frame yang singkat. Susun atur plot nampak teratur dan menjadikan graf cerita meningkat naik dengan lancar sehingga ke klimaks. Cuma, suku yang terakhir cerita graf menurun sedikit. Nampak seperti di situ ada sedikit pengurangan momentum pada penulisan si AD menjadikan kita sedikit lemau meneruskan pembacaan. Tapi, si AD ni pandai, saat-saat mutu penulisannya sedikit menurun, di situ diselitkan komedi si Rabunah dengan Si Ally ni… ditambah pula dengan si Kepohchi Syazni tu. Comel je.

Extra :::
Si AD jangan marah tau. Sebab, kita tak nampak keperluan dua nama pada satu watak. Kita keliru la dengan Dr. Ally dan Dzulkarnain tu… Lepas tu Puan Deborah dengan PUan apa-ke-namanya lagi satu yang jadi ibu Dzulkarnain tu… huhuh.. .Otak kita simple je, jadi bila awak guna dua nama untuk satu watak  (walaupun dua-dua tu memang nama watak) kita pening kepala sampai kita ulang baca sebab kita tak faham… Mungkin si AD boleh buat siding media menerangkan kenapa dia menggunakan cara demikian mendera perasaan kita.. huhuh… (TTATT)

NotaKaki :::
Wah… panjang betul review kali ni… Nasiblah kamu si AD… PC novel pertama yang di review untuk tahun ini.. lepas gian ni… kekekek~~~~

Tiada ulasan:

(^0^) ErimO pAda SeOranG Nem0 (^0^)