Hello semua....
Nemo hanya mahu berkongsi satu pengalaman Nemo berhadapan anak yang TERLEBIH BIJAK sehingga membuatkan Nemo Terkelu... terkedu... tergamam... langsung mahu PITAM....
Alkisahnya begini...
Nemo mempunyai seorang sahabat yang agak-agak baik... yang mana sahabat Nemo ini mempunyai seorang kakak yang tua lebih sepuluh tahun darinya. Si Kakak ini sudahpun berumahtangga dan mempunyai 4 orang anak... 3 lelaki dan 1 perempuan. Nemo xnk bercerita pasal si Kakak ini, tetapi Nemo hendak bercerita pasal anak BONGSU si Kakak ini yang berusia 5 atau 6 tahun itu. Nemo tak pasti sama ada Nemo yang tak pandai melayan kerenah anak=anak seusia itu... atau memang anak si KAKAK ini terlebih BIJAK!!!
Nemo panggil dia Atiq... lupa pula... kawan Nemo ini tinggal bersama Ibunya. Dan Si kakak itu pun turut tinggal bersama dengan Ibu.
Atiq ini BIJAK gila bagi Nemo untuk anak-anak seusia dengannya. Kalau anak-anak lain sibuk bermain tuju tin, tuju selipar, polis entry... dia ini lebih gemar membaca. Dan, bukan komik atau buku cerita seperti Nemo... <=== kadang2 malu sendiri bila anak kecil itu membukak Mastika, Hidayah dan Pedoman sedangkan daku yang kertu ini membuka Detektif Conan, Black Cat, Hunter x Hunter... huhuh...
Satu hari... Nemo melepak rumah kawan Nemo tu... Sebab kebetulan Ibu takde.. Ke rumah saudara. Maka, kawan Nemo meminta Nemo menemaninya. Dan bersama2 anak2 saudaranya yang berempat itu, dan anak sesiapa lagi ntah tak dapat Nemo pastikan. <== sebab rumah itu tiba-tiba menjadi riuh dan dipenuhi kanak-kanak sampai Nemo rasa sedang duduk di rumah kebajikan....
Si kakak pula kerja malam.... si suami si kakak juga kebetulan kerja di luar... maka hari itu Nemo merelakan diri menjadi BIBIK kepada anak sesiapa ntah la...
Malam itu, Nemo duduk sambil membaca komik, huhuhu.... tiba-tiba Atiq datang menghampiri Nemo...
Atiq : Aunty, Atiq nak tanya sikit boleh tak? <== Atiq datang langsung melutut dihadapan Nemo sambil tangannya memegang majalah Mastika.
Nemo : Atiq nak tanya apa?
Atiq : Kenapa perempuan dalam Mastika ni bila dia cerita dia kena rogol dia menangis?
Nemo dah terkebil-kebil, mula nak susun ayat yang paling mudah, paling simple, paling sopan untuk jawapan pada soalan yang Nemo fikir luar alam untuk budak umur macam dia.
Nemo : Dia menangis sebab dia sakit. Atiq kalau kena pukul dengan Mama ke, kena cubit ke, Atiq nangis tak? Sakit tak?
Atiq : Sakit. Mestilah nangis.
Nemo : Ha... sama la macam kena tu. <== Malu daku nak menyebut ROGOL pada budak bawah umur itu.
Atiq : Rogol tu apa Aunty?
Nemo : Er.... Rogol tu macam kena pukul la... <=== dalam hati sudah berbakul-bakul doa supaya budak Atiq ni puas hati dengan jawapan.
Atiq angguk kepala, bukak balik majalah Mastika, menirap sebelah Nemo.
Atiq : Aunty....
Nemo dah tegak badan. Ish.. budak ni, apa lagi nak tanya ni.
Atiq : Aunty, lepas ni, kalau Mama pukul Atiq ke, pukul Along ke, kira Mama rogol diorang la ek? Kena report polis la ek?
Nemo Pening kepala da....
Atiq : Hm... Mama selalu "rogol" Atiq, "rogol" Along.... " rogol" kitorang... Tapi kitorang tak report polis pun. Takpe ke Aunty?
Nemo : Eh... Eh.. bukanlah. Mama Atiq mana pernah rogol Atiq. Tu pukul je la...
Atiq : Tadi Aunty kata rogol tu sama dengan pukul...
Nemo : .....
Atiq : Tak sama ye Aunty?
Nemo memang dah rasa nak balik rumah je masa tu. Tambah2 bila tengook muka Atiq memang menanti jawapan dari Nemo. Serius pening kepala tak tahu nak jawap macam mana. Sudahnya, Nemo terpaksa explain sebiji2 kat dia. Malu tak usah cakap la...
Nemo : Er... Rogol tu bila seseorang pukul Atiq, paksa Atiq buat perkara tak senonoh. Contoh bila orang tu paksa Atiq bukak baju, buka seluar depan dia. Atau orang tu pegang Atiq sana-sini, pegang kat "anu" Atiq.
Atiq : mana boleh pegang anu Atiq. Dosa la Aunty.
Nemo : kenapa dosa?
Atiq : Malu la Aunty. Anu mana boleh tunjuk kat orang. Kita sendiri je boleh tengok.
Hehehe... masa ni Nemo dah senyum. Lega. Nasib baik dia tahu yang itu. Kalau tak, jenuh la aku nak terang....
Nemo : Ha... Sebab tu bila orang memaksa kita untuk buat perkara tak senonoh, itu boleh dianggap rogol la.. Sebab, bila orang tu memalukan kita, dia dah mencalarkan maruah kita. Malu itu maruah, maruah tu kehormatan diri.
Atiq nemo tengok anguk2 kepala. Anggap saja dia faham la...
Atiq : Tapi kan Aunty....
Nemo : apa lagi Atiq?
Atiq : orang yang dalam CD tu tak tahu malu ke? Takde maruah ya?
Nemo : CD?
Atiq : ha'ah... CD... Atiq penah tgk ALong tengok dengan kawan-kawan dia kat bilik.
Nemo dah tepuk dahi.
Nemo : Atiq tak boleh buat macam yang dalam CD tu tau. Berdosa. Tuhan marah. Jangan sesekali buat, jangan sesekali cuba nak buat, jangan sesekali tiru... Lepas ni tengok CD mcm tu pun jangan...
Atiq : Kenapa Aunty?
Nemo : er... er... hah... macam tu la rogol. Rogol ni tak baik. Jahat. Orang yang buat tu orang jahat je. Orang yang buat tu, kena masuk lokap. Tuhan marah. Dosa. Atiq nak masuk lokap? tido lokap?
Cepat-cepat ATiq menggeleng.
Atiq : Taknak.. ATiq nak jadi budak baik. ATiq tak kan buat "rogol" tu... Atiq xnk tido lokap. Atiq taknak tuhan marah.
Nemo : Bagus... bagus...
Atiq : Tapikan... kenapa perempuan yang dalam CD tu nangis pun mcm perempuan yang cerita kat dlm Mastika ni? Dia kena rogol jugak, tapi dia tak nangis pun...
Nemo : .............
ATiq : Habis Mama dengan Ayah macam mana? Kasihan Mama, ayah rogol dia...
Nemo : Ya ampun~~~~
Lastly.. Nemo Angkat tangan surrender... tak tahu nak jawap apa dah. Kalau kau orang la kan.. mcm mana kau orang buat kalau kau orang kat tempat nemo?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan