baiknyer~ diorg nieh~

Jun 21, 2011

Hadiah Dari Syurga

Bunyi derap kaki berlari anak bergema di koridor wad tingkat 7, sambil bibirnya menguntum senyuman dan menyanyi-nyanyi kecil.

“ Jangan berlari dalam wad.”

“ Ya...” Jawabnya panjang sambil mengangkat tabik pada jururawat beruniform putih yang menegurnya.

“ Jangan menjerit dalam wad.” Kali ini teguran si jururawat disambut dengan senyuman lebar sebelum dia cepat-cepat mengatur langkah meninggalkan si jururawat yang menggeleng kepala.


Pintu wad yang tertera nama ‘Uzair Firdaus Mustaqim’ ditolak pantas dengan senyuman yang melebar sebelum wajahnya terbenam pada tubuh tegap di hadapannya. Pantas kepala diangkat, lalu senyuman manis dihadiahkan.

“ Firdaus... Ah... Assalamualaikum.” Si jejaka betubuh lampai itu tersenyum.

“ Masuklah.” Lalu memberi ruang kepadanya, namun pelik melihat dia memanjangkan leher seakan-akan mencari seseorang.

“ Cepat, cepat. Nah makan ni, sebelum dia datang.”

“ Dia? Siapa?”

“ Dia la. Si pelesit jahat tu.” Sambil tangannya menghulur tat telur kepada si lelaki yang berwajah buntu.

“ Saffa?” Suara dari belakang mengejutkan dia, sepantas kilat kepala ditoleh.

“ Apasal berkumpul diluar ni? Masuk la dalam. Kau pun Hijaz, beri la laluan.” Saffa meneguk air liur. Aku tersalah orang lagi ke?

“ Saffa, pelesit jahat yang kau kata tadi tu...”

“ Alamak... Hijazi....” Suaranya yang melengking tinggi tersekat dek tangan besar Uzair Hijazi melekap penuh pada mulutnya.

“ Sini hospital, bukan stadium.” Pantas tangan lelaki itu mencapai bungkusan tat telur lalu menarik Uzair Firdaus yang terpinga-pinga.

“ Nah, untuk kau. Ni balasan kau panggil aku pelesit jahat.” Tat telur sebesar tapak tangan itu digigit. Saffa mencebik.

“ Kenapa ni?” Uzair Firdaus terpinga-pinga dengan sikap selamba badak Uzair Hijazi yang laju mengunyah tat telur.

“ Sebenarnya...” Mahu atau tidak Saffa menceritakan keadaannya. Bergema suara Uzair Firdaus ketawa dalam wad itu. Mujurlah wad kelas 1 itu hanya didiami olehnya seorang.

“ Kalau macam tu, nah, kau makanlah.” Uzair Firdaus menghulurkan tat telur pada Saffa. Memang jika dibandingkan Uzair Firdaus dan Uzair Hijazi, Uzair Firdaus lebih lembut orangnya.

“ Kenapa kau tak nak makan setiap kali waktu makan? Kau sedar tak yang kau dah makin kurus?”

“ Aku takde selera.” Saffa memandang Uzair Firdaus. Lelaki itu belum pun sampai setahun dikenali. Perkenalan secara tidak sengaja semasa dia dimasukkan ke hospital kerana kemalangan menjadikan dia rapat dengan pasangan kembar itu. Uzair Hijazi yang cuma tua beberapa minit dari Uzair Firdaus itu sangat menjaga adiknya. Walaupun dia kelihatan dingin, namun, bersama dengan Uzair Firdaus menampakkan dia cukup lemah lembut. Malah, dia sentiasa berada di sisi Uzair Firdaus.

“ Hijaz, aku rasa aku nak keluar main la.” Saffa memandang sayu. Lelaki itu sebaya dengannya, baru menginjak 17 tahun, namun, masalah jantung yang dialami semenjak lahir menjadikan dia tetamu tetap dalam Pantai Putri ini. Malah semakin kerap sejak akhir-akhir ini.

“ Kau mana boleh keluar ikut suka hati je.” Tungkas Uzair Hijazi. Uzair Firdaus tersenyum.

“ Aku teringin nak keluar berdua dengan Saffa.” Tegak tubuh Saffa mendengar namanya disebut.

“ Nanti aku cakap pada doktor.”

“ Tak payah. Aku yakin dia tak kan bagi punya.”

“ Dah tu? Kau nak aku tolong kau fly?” Uzair Hijazi tersengih. Saffa sudah tidak keruan apabila dirinya menjadi bahan bualan.

“ Hijaz, kau boleh kan tolong aku? Gantikan aku. Ambil gambar banyak-banyak. Aku dapat tengok gambar pun cukuplah.”

“ Eih.....???” Saffa dan Uzair Hijazi saling berpandangan sesama sendiri.

* * *

Saffa memandang Uzair Hijazi yang sedang asyik mengambil gambar. Penat-penat aku bekejar dari sekolah ke sini, dia boleh buat hal sendiri je. Kalau macam ni, baik tak payah datang.

“ Kau tak rasa pelik ke jumpa kat sini lepas sekolah?” Saffa mengepam mulut apabila tiada jawapan dari Uzair Hijazi.

“ Memang pelik pun bila jumpa kat luar.” Dia menjawab sendiri soalan yang diutarakan.

“ Sama je.” Saffa mengeluh. Keadaan yang sunyi, hanya kedengaran derap kaki dan klik kamera menghiasi sepanjang pertemuan.

“ Hijaz, kenapa kau suka buat muka garang?”

“ Memang muka aku macam ni.” Langsung tiada riak.

“ Owh...” Hijaz, kau bohong. Muka kau tak pernah garang bila bercakap dengan Firdaus.

“ Apa kata kau ambil gambar orang tengah berseronok. Tak kan ambil ikut suka je tempat yang kau pergi.” Klik, bunyi kamera disusuli dengan lampu flash membuat kan Saffa terkejut.

“ Woi... nak ambil gambar aku tu bagitahu la. Nanti muka aku tak cantik dalam gambar.”

“ Ambil macam mana pun, muka kau tu sejak azali hodoh.” Tsk... Saffa mengetab bibir menahan geram.

“ Cukup-cukup la merungut. Aku pun bukannya nak sangat keluar dengan kau.” Saffa mengetab bibir. Bencinya aku dengan mamat ni.

“ Aku tak selesa. Aku pun tahu kau pun rasa macam aku. Tapi, ini kali pertama Fir minta tolong dari aku. Jadi, aku harap kau beri kerjasama walaupun kau tak suka.” Wajah Saffa mengendur. Apa ni? Kenapa kata-kata kau lain dari perbuatan kau? Pantas kakinya meninggalkan Uzair Hijazi.

“ Dah balik? Hm... aku buat seorang la nampak gayanya.” Uzair Hijazi melangkah sambil mengurut leher sebelum langkahnya terhenti dengan huluran ais krim betul-betul dihadapannya.

“ Kau tahu tak Hijaz, kau ni pelik. Tak ramai orang macam kau.” Saffa menunduk kepala sambil menutur kata. Tubir mata mula kabur. Perangai kau memang menyakitkan hati, tapi, yang pasti, kau selalu utamakan adik kau. Kau sanggup buat apa saja untuk dia. Aku tahu kau orang baik.

“ Er... kau tak demam kan?”

“ Huh?” Terkebil-kebil Saffa memandang Uzair Hijazi yang berwajah buntu.

“ Kau cakap macam tu, aku geli.” Ya Allah, aku tarik balik kata-kata aku tadi. Dia ni memang hati beku.

“ Dah la, cepat jom kita tangkap gambar kat sana. Berdua.” Saffa cepat-cepat melangkah pada bangku dibawah pokok.

“ Saffa..”

“ Ya...?”

“ Terima kasih sebab tak tinggalkan aku.” Saffa terkedu. Terkejut. Hijaz, sungguh, ini kali pertama aku terima senyum dari kau.


* * *

Bergema wad kelas satu dengan tawa Uzair Firdaus. Saffa menunduk muka. Malu.

“ Maaflah, aku tak sangka pula korang boleh bergaduh kat luar.” Sisa tawa masih kedengar meniti bibir Uzair Firdaus.

“ Aku tak faham apa yang kau pandang pada perempuan pendek ni Fir. Asyik mengendeng. Rimas betul.” Uzair Firdaus tersenyum.

“ Comel apa...” Terasa darah menyerbu ke muka. Cepat-cepat dia bangun lalu mengangkat kaki.

“ Er... aku balik dulu la. Jumpa esok. Assalamualaikum.”

“ Wa’alaikumsalam.” Serentak si kembar menjawab salam. Saffa cepat-cepat keluar dari bilik wad. Degub jantung terasa kuat menekan dada.

“ Jangan bergaduh dengan dia Hijaz. Nanti kau juga yang makan hati.” Uzair Hijazi hanya memandang tanpa perasaan.

* * *

Saffa memandang Uzair Hijazi yang sedang mengunyah kentang goreng, perlahan dan teratur.

“ Apesal ajak aku keluar ni?”

“ Sebab Fir suruh.” Saffa menyisip minuman. Dalam kepala Uzair Hijazi hanya dipenuhi dengan Uzair Firdaus.

“ Kalau kau tak suka, kau boleh tolak.” Bentak Saffa, geram. Apa? Ingat aku ni barang mainan ke? Senang-senang tolak sana sini?

“ Kau pun. Kalau tak suka yang kau datang kenapa?” Saffa terdiam. Masing-masing menumpukan perhatian pada makanan didepan mata. Tiada bual bicara. Hanya sunyi menyelubungi.

Saffa memandang lelaki dihadapannya. Raut itu tampak berserabut. Bukan seperti selalu. Biarpun Uzair Hijazi seorang yang dingin. Namun, wajahnya sentiasa tampak garang. Namun, wajah itu kelihatan suram.

“ Kau okey?” Langkah kaki diatur menyaingi langkah kaki lelaki itu. Sengaja memilih taman sebagai tempat untuk bergambar, memenuhi permintaan Uzair Firdaus. Namun, lelaki itu masih membisu, hanya tangannya sesekali pantas mengambil gambar.

“ Weh, aku tanya ni.” Bentak Saffa kuat, membuatkan Uzair Hijazi menghentikan langkah.

“ Aku takde mood nak bergaduh dengan kau.” Lalu langkahnya diatur menuju pada sebuah bangku dekat pondok kecil.

“ Kenapa ni?” Tiada jawapan dari bibir lelaki itu. Pandangannya juga kelihatan redup.

“ Maafkan aku...”

“ Maaf?”

“ Kau mesti lebih suka datang tempat yang macam ni dengan orang yang kau suka kan? Tapi, apa yang aku boleh buat. Ini permintaan dia, mengumpul kenangan katanya.” Uzair Hijazi ketawa kecil.

“ Fir keluar hospital petang ni.” Saffa menegakkan badan. Senyuman manis terukir pada bibir.

“ Tapi, aku tak sedap hati. Sebelum tu doktor berbincang lama dengan mama papa. Dan mereka tak cakap apa-apa pun lepas keluar dari bilik tu. Aku tahu, ada perkara yang mereka simpan.” Suara lelaki itu menjadi serak. Serta merta senyuman Saffa mati.

“ Aku tak patut cakap benda ni dengan kau.” Uzair Hijazi bingkas bangun sebelum lengannya ditarik Saffa.

“ Kenapa? Kenapa kau tak luahkan pada aku? Kau tak percaya pada aku?” Tiada jawapan dari anak muda itu. Hanya tubir matanya mula berkaca meniti masa untuk pecah.

“ Aku sayangkan Fir sama macam kau sayangkan dia. Macam mana dia sayangkan kau, macam tu juga aku sayangkan kau.” Uzair Hijazi melutut usai Saffa menghabiskan kata-katanya.

“ Aku tak boleh hilang dia. aku tak nak hilang dia. Hatta membayangkan pun aku tak nak.” Menitis air mata lelaki itu seperti mengalirnya air mata Saffa.

* * *

Sebulan lamanya Uzair Hijazi menghilang dalam hidup Saffa. Ditelefon tidak berangkat, dihantar mesej tidak berbalas. Sudahnya, Saffa hanya menunggu sehingga Uzair Hijazi menelefon mengabarkan pemergian Uzair Firdaus. Suaranya tersekat-sekat memberitahu. Sekian kalinya air mata Saffa menitis atas pemergian seorang sahabat.

Pagi itu Saffa menerima sepucuk surat. Dibelakang sampul tertulis, ‘Harap kau buka surat di kerusi panjang dalam taman belakang hospital’. Surat tanpa pengirim. Berat hati Saffa melangkah masuk ke dalam kawasan hospital. Kerusi panjang itu tempat bergurau senda mereka bertiga. Tubir mata kembali berkaca. Sampul dibuka, sekeping gambarnya bersama Uzair Hijazi dan Uzair Firdaus.

Siapa yang hantar? Hijazkah? Pantas tangannya memusing gambar. Nafas berat dilepaskan.

“ Firdaus rupanya.” Membaca tulisan yang bergetar pada belakang gambar membuatkan air matanya turun laju.

“ Saffa, aku gembira kau hadir dalam hidup aku. Dan terima kasih kerana kasih kau kepada Hijaz.” Saffa terduduk dengan air mata yang berjurai. Dalam kabur matanya, kelihatan satu susuk tubuh menghampirnya.

“ Hijaz...” Wajah lelaki itu suram. Lalu melutut dihadapannya. Sekeping gambar turut berada dalam genggaman Uzair Hijazi. Tertera pada gambar tulisan ‘Hijaz, kau tak perlu sembunyikan perasaan lagi’. Tiada kata-kata menghiasi pertemuan itu. Sekadar titisan air mata menjadi bicara.

“Ya Allah, perkenankanlah permintaan terakhirku sebagai hamba-Mu. Bukakanlah hati mereka, semoga kekal bahagia selamanya. –Uzair Firdaus”

3 ulasan:

zura asyfar addy rifqhiey berkata...

bestla nemo..cerpen ke ni? wat smbungan part 2 boleh tak? :)

btw kite pon terkejut gak aksara keraian dh berkubur..selalu pegi situ bace emerald....huhu

Tanpa Nama berkata...

sukanya!
hadiah dari syurga versi kak nemo sme best dgn original punya..

wlaupown da bce yg komiknye but tetp nak bce kak nemo punye..

*tbe2 nak bce komiknya versi pulak..*

umm.. kak nemo, emerald tu mcm mne? bile nak smbg eh? rindulaaaa... =(

Nemo^0^eriMo berkata...

zura asyfar ...

hihihi... ekceli nieh dr komik... cuma di ubah suai mengikut selera... hahaha... xder kerja punya pasal... hihih....

er.. pasal aksara... no komen lah... yang MATI buat apa disebut2 lagi kan...

Tanpa Nama...

dik non... payah betul mahu membalas kamoo... siapakah yg menggunakan nama TANPA NAMA ini ya... hihihi

well... thanks utk pujian.. hihih.. dah nama pun xder kerja.. .demi merawat hati yang lara... <--- ecehchehcheh.... daku pun men"cerpen"kan komik tuh... hahahaha....

EYT insya - ALLAH dalam masa terdekat ini akan kembali di sini... tapi.. terpaksa mula dari bab 1 la erk.. hihih.. mau mendera kalian.. hahahahaha

(^0^) ErimO pAda SeOranG Nem0 (^0^)