baiknyer~ diorg nieh~

Januari 10, 2012

Review ::: Angel in The Devil's Suit

Hallo~~~

 Entry ni khas untuk CIK KASEH ESMIRALDA yang sangat-sangat suka pot-pet-pot-pet pada Nemo suh Nemo komen dia punya "anak" ni...<=== Ish... xpaham-paham yang daku ni sibuk mengalahkan PM.





Tapi... Berkat kesabaran dan kekhusyukan Nemo, Akhirnya Nemo berjaya juga menghabiskan novel AITDS ini... <=== Wah... bapak skema ayat  kau Nemo oit... Walaupun lambat bebenor mengabiskannya, walau berbulan jugak la Nemo ambil masa, walau berapa banyak kali dah Nemo terpaksa ulang balik novel ni sebab dah lupa apa yang jadi sebab tinggal lama sangat... hihihih

Okey, lupakan kemerepekkan Nemo, Nemo mulakan REVIEW untuk AITDS ni... Cik Kaseh Esmiralda, buka mata besor-besor eh... Review ini dari kaca mata pembaca semata-mata eh... jangan kau terasa plak. Seligi nanti!!!

Kalau mengikut SINOPS dibelakang buku :::
Dew dan Jeremy adalah orang berlainan tetapi mempunyai wajah yang seiras, nama yang serupa dan suara yang seakan. Namun perwatakan dan keperibadian mereka terlalu berbeza sehinggakan Camie, gadis yang paling rapat dengan mereka menggelarkan mereka dengan gelaran The Angel dan The Devil.

Jeremy, insan yang amat dicintai oleh Camie dan mereka saling menyayangi. Namun, hubungan kasih mereka akhirnya terlerai apabila Jeremy yang selama ini mempunyai penyakit telah meninggal dunia.

Dew pula seorang pelajar yg digelar The Taiko oleh semua pelajar dan guru-guru di sekolahnya dan mengisytiharkan Camie sebagai hambanya. Mereka bergaduh, membuli, bertekak dan apa sahaja bersama-sama. Camie hanya menurut dan rela menjadi hamba Dew kerana wajah, nama dan suaranya yang seiras Jeremy, kekasihnya.

Namun penemuan diari mendiang Jeremy telah membongkarkan identiti sebenar Dew yang selama ini hanya diketahui oleh ayah Dew dan juga ayah Jeremy sendiri. Detik penemuan diari itu telah menyebabkan dirinya pening dan keliru.

Apakah rahsia itu? Bagaimanakah caranya Dew mencari kembali identiti dirinya yang telah dikelirukan oleh diari kepunyaan Jeremy itu? Berjayakah Camie membantu 'tuan'nya menyelesaikan masalah itu?

Itu kalau ikut belakang novel ni la... Tapi, kalau ikut kaca mata seorang Nemo, maka hasilnya :::
1) Serius Nemo suka penyampaian BAB 1 yang Cik Kaseh sampaikan. Walaupun kalau ikut menuskrip asal bak kata Cik Kaseh, Bab 1 sebenarnya pendek je, Tapi Bab 1 dalam novel yang mencapai 15 muka surat tu  kalau tak silap la... disampaikan dengan baik. Poin demi poin disampaikan dan diselitkan dengan sangat bagus,  walaupun agak menyesakan kepala sebab banyak sangat fakta yang perlu diambil perhatian.

2) Tapi, masuk bab ke 5, mula terasa hambar. Penat mahu membacanya, mungkin penulis sudah mula "SELESA" atas kejayaan bab-bab sebelum itu, yang menyampaikan semua fakta penting untuk keseluruhan cerita, menjadikan bahasanya sedikit meleret. <== tak tahu la kena edit ke apa, tapi, serius bab 5 hingga bab 10 adalah titik pemberhentian pembacaan Nemo yang mana Nemo terpaksa mula kembali ke awal cerita, kerana apabila masuk bab 11 Nemo dah lupa apa yang terjadi dalam 10 bab pertama. 

3) Keseluruhan novel ada 3 kisah yang dimasukkan dan diselitkan bertindan-tindan dalam novel ini dengan menggunakan teknik flashback iaitu kisah Jeremy & Milly/Camie, kisah Dew & Camie dan kisah lampau orang tua Dew dan Jeremy yang ntah-pe-kenamanya-ntah. Seharusnya pujian untuk penulis apabila meletakkan masa atau tempat untuk permulaan bab baru memudahkan pembaca yang lembab macam Nemo ni. <== Er... dah mcm stail RAM versi junior pulak.. hihihih

4)  Nemo seorang pembaca yang sukakan gaya bahasa yang santai. Dan penulis berjaya membawa gaya bahasa yang simple itu dengan baik. <=== Tumbs up... yeah~~~ Suka sangat part Dew membuli Camie, cuma pembulian itu menjadi hambar apabila cara pembulian itu sama dan berulang-ulang. Dengan kata lain, kalau Camie tidak dapat membaca fikiran Dew, Nemo pula dapat tangkap dengan jelas apa yang ada dalam kepala "lutut" Dew untuk memperdajalkan Camie <=== Senang cerita, Cik Kaseh, apa yang ada dalam kepala kau, ada juga dalam kepala aku. muahahahah~~~

5) Tapi, part Jeremy yang sakit selepas menyelamatkan Camie, part Jeremy meminta permintaan kepada Camie, part Jeremy hampir menghembuskan nafasnya, semua part-part sedih itu berjaya disampaikan dengan SANGAT BAIK!!! <== Wah~~ double tumbs up untuk penulis. Tiba-tiba keluar dari lab dengan hidung yang merah. Owh.. malu... malu.. Nemo cepat betul touching!!!

6) Bagi yang mengenali penulis, rasanya semua tahu penulis adalah JPOP and JDRAMA FREAK!!!! Dan tak keterlaluan andai dikatakan penulis banyak memasukkan scene dari drama-drama Jepun ke dalam novel AITDS ini... <== memandangkan AITDS ini pernah di online kan oleh penulis, rasanya semua membayangkan Dew dan Jeremy itu sebagai MIURA HARUMA... kan? kan? kan? Tok sah nak geleng-geleng kepala. Nipu ke koje kome ni... ( membayangkan Miura Haruma yang berbadan cekeding, kulit putih berjalan dengan muka langsi depan mata... Sllrruuuupppp~~~ meleleh air liur...) Namun sayangnya, Nemo seorang yang sukar menerima mana-mana novel yang diadaptasikan kepada drama atau movie, mahupun mana-mana scene drama diadaptasikan kepada novel. Dengan kata lain, genre novel seperti AITDS ini bukan  "makanan" Nemo, namun penulis berjaya menarik minat Nemo untuk terus membaca. 

2 ulasan:

Kaseh Esmiralda berkata...

ehem ehem.... cuba ko check balik buku tu... bab 1 aku tulis sampai m/surat 5 je kak...

ye ye.. aku sedang berusaha siapkan BCDW tu... secret2. rasenya tak ramai yg tau BCDW tu lari dari kebiasaan trademark penulisan aku...hehe

HJL = Dew... ko perasan ek... jgn bongkar rahsia aku dowh.kite2 je tau...kuikuikui~~

neway~~ thanx sesangat sebab sudi buat review panjang lebar pasal novel aku... ^^

Nemo^0^eriMo berkata...

eh? 5 ms eh? knp aku rasa panjang? hahahah <--- nyanyuk plus xamik port sbb dok mikirkan yang intro ko agak2 semput aku memabacanya

(^0^) ErimO pAda SeOranG Nem0 (^0^)