baiknyer~ diorg nieh~

Januari 12, 2016

tak faham....

knp ye.. bila buka blog jadi mcm ni?


sb dah lama tak buka? siapa tahu?

April 14, 2014

Assalamualaikum....


Wah wah wah~~~  lama benar rasanya blog ini bersawang. Maafkan teman ya... teman kekurangan masa untuk berceloteh di sini... (Silalah tengok cover yang comey itu... hahahaha)

Tapi... Dalam  lama - lama teman bertapa ( bertapalah SANGAT...!!!!) ni, teman ada berita baik untuk kalian... ( Harap - harap baik la... TT^^TT.. kalau tak,teman tak tahu dah lagu mana nak mujuk kome - kome ni...)

Sepeninggalan teman ( chewah~~~~) akhirnya, setelah beberapa kurun.. ( hyperbola tahap langit..) teman bertapa, akhirnya mss EYT telah pun berjaya teman siapkan... ( ha.. tepuk cepat...) dan sudah selamat jugak sampai ke tangan Cik Editor...

Jadi... kalau ada rezeki teman, In shaa ALLAH, ada la hadiah untuk kome - kome yang tak jemu menunggu buah kepala teman tu... ( propa gila.. macam la ada orang nak tunggu...)

Tapi belum ada kelulusan lagi. Maka, teman tak boleh la nak letak EYT kat sini... Kome - kome doa - doakan la agar Si EYT tu diluluskan. Boleh le teman masukkan kat sini sikit sebagai intro hangat - hangat taik kambing pada kome yang rindukan Si Mata Hijau tu ye....


Oktober 26, 2013

Ai marah ni~~~~


Orang lelaki ni... susah nak ckp la... kata-kata depa ni selalu menjadi pencetus pergaduhan. Ai bukan sarkastik atau persimis, tapi mejoriti orang lelaki yang Ai kenal mcm tu... Contohnya, cuba selami dan dalami makna kata-kat aorang lelaki ini dalam sesuatu situasi seperti dibawah :::


Oktober 06, 2013

Nasihat Malam Dari Umi...

Tempat :: kamar ai...

Masa :: plus minus 2300


Pelaku :: Ai dan Umi ai la...


Scene :: Ai tengah sedap - sedap warming up jari jemari sebelum memulakan balik penulisan SiMataHijau.. ( dateline dah dekat weh....) Tiba - tiba Umi ai ketuk pintu... masuk dengan telekung...


September 27, 2013

batak sat...

Sebenarnya baru tahu boleh posting blog guna phone... homaigad... bataknya aku... ni pon daku test2 je dulu...

Published with Blogger-droid v2.0.10

September 25, 2013

Its Final~~~



Its coming soon.... EMERALD final touch draf...

Sekarang ni memang sangat sangat sangat strungle untuk menyiapkan... Tapi, daku janji apabila sudah siap nanti... 30 bab pertama akan daku upload di sini untuk tatapan kalian. Ngeh~~~ Daku suka mendera kalian. Doakan secepat mungkin daku berpuas hati dengan draf kali  ini.. kekekeke~~~

Julai 09, 2013

Aku bukan Malaikat... <== Cik Kaseh... pinjam tagline ko ye...

(gambar ehsan Inche google...)

Mood yang sangat tak bagus untuk permulaan Ramadhan yang mulia ni... Tapi aku sedih.... sedih gila orang yang kenal aku 3 tahun, hadap muka aku 5 hari seminggu, 20 hari sebulan, 240 hari setahun boleh mempercayai orang yang mereka baru kenal dua tiga bulan, bertemu muka 2 3 kali walaupun bercakap phone hari2... Penat buat muka seronok macam takde apa-apa yang berlaku, maka aku kisahkan hal ini pada seorang sahabat.

atas nasihat seorang sahabat kata-kata dan ayat-ayat pedas ni aku pendamkan saja. Tak jadi untukl aku forwardkan terus pada yang seLAYAKnya tu... Tapi... aku nak kongsi kat sini jugak dengan harapan permulaan bulan baik ini aku mulakan dengan hati yang lapang.... dan aku harap aku boleh lupa semuanya esok...

Pada yang seLAYAKnya itu... ni kata-kata dari aku.. ikhlas dan jujur aku luah kat sini... kalau kau terbaca, atau ada yang menyampaikan pada kau, aku harap kau faham aku bukan MALAIKAT....

" Kak, terima kasih atas apa yang dah kau sampaikan pada mereka berdua. Atas penyampaian kau hubungan aku dengan mereka berantakan. Pandai kau kan, ambil point-point penting dan manupulasikan jadi satu cerita baru yang aku sendiri tak tahu terkena batang hidung mereka. Dan sekarang di dahi aku dah terpampang cop orang yang menjaja kisah dalam kain orang dan penyibuk yang dengki. Terima kasih aku ucapkan. Dan sejujurnya jugak kak, aku mengaku aku bodoh mempercayai orang yang baru pertama kali aku jumpa, baru pertama kali berbuqal, baru 2 malam tidur sebilik!! Jujur kak, jujur aku ni BODOH sebab percaya kau. BODOH sebab percaya kau tahu semua kisah mereka, BODOH sebab percaya mereka menceritakan semua pada kau. Sungguh aku BODOH!!! Terima kasih jugak sebab buat aku sedar yang aku ni rupanya memang BODOH. Dan jujur jugak kak, aku halalkan semua apa yang aku beri, aku pinjamkan, aku tuturkan pada kau. Dan aku harap kau pun macam tu jugak. Tapi, JUJUR jugak aku katakan aku tak kan maafkan kau selagi hubungan aku dengan mereka tak pulih seperti dulu, seperti sebelum aku kenal kau. TAK KAN MAAFKAN... memang, bunyinya kejam... sangat kejam. Ditambah pula dengan bulan baik ni sepatutnya kita bermaafan, tapi seperti yang aku katakan, aku bukan malaikat kak.. aku ada hati. Keras-keras aku, kasar-kasar aku, garang-garang aku, hati aku sakit bila hubungan aku dengan orang diporak-perandakan orang lain."

Kepada sahabat, terima kasih atas kesudian telinga kau mendengar masalah aku yang sangat keanak-anakan ni, dan terima kasih atas nasihat walaupun bukan semuanya aku dengar terutama bahagian MAAFKAN DIA. Memang aku tak boleh. Aku hutang kau besar gila.

(^0^) ErimO pAda SeOranG Nem0 (^0^)