baiknyer~ diorg nieh~

Disember 14, 2011

Owh... Cantiknya dia.. Punya GIGI... Wah... Kacaknya dia... Punya Siung...!!!

Hahahaha~~~~

Baca tajuk entri ada unsur-unsur mahu baling selipar pada Nemo? Tak pun rasa-rasa mahu sepak laju-laju... Dush!!! Nemo... Kau gila!!!


Bukannya apa... Umur semakin meningkat, bak kata Umi, "Umo ko je banyak, Otak ko singkat juga. Bawak-bawak la bertaubat. Pe'el dok 3 suku tang tu je, mana la ada orang nak buat menantu. Ko tak nak kawen ke?" <== Dush!!! Dush!!! Dush!!!

Holoh~~~ Umi ni la... Berkata-kata tanpa memikirkan perasaan orang la... Sangat KIJAM la my Umi... HukHukHuk... <== but i do love her.. hahahaha

Kadang-kadang kasihan pula pada Umi, jenuh agaknya menjawap soalan-soalan BOCOR yang berkurun sejak daku mula bekerja. Stok-stok makcik-makcik ni memang suka menyibuk la. Ish Ish... Anak sendiri tu tengok la dulu kan? Nyibuk je anak orang.

Tapi... bila difikirkan balik.. Betul jugak la apa yang depa kata... Yelah... My adik boleh silih berganti suka orang ni, suka orang tu, my little bro pun dah ada yang steady, walaupun bila dia dating sibuk mengendeng Sis nya yang tak lawa ni minta elaun lebih. <== untunglah kau sebab kau ada akak yang sporting ni. Lepas ni kau dajal aku, aku report sama daddy. Tahu!!!

Berbalik pada point, mungkin belum terbuka kut pintu hati ni. 

MENIPU la kalau kata tak nak kawen<== HYPE!!! Daku ni manusia biasa tahu. Niat tu mesti ada la. Ish...

MENIPU la kalau kata tak teringin ada pakwe <== Masalahnya, takde pula laki, men, guy kat luar sana yang mampir pada daku dan berkata "Hai awak, saya rasa saya MACaM tersuka pada awak. Kita serius nak?" Xde pun... kesimpulannya TAKDE orang la yang berminat spesis IKAN COMEL macam daku ni kan?

MENIPU la kalau kata tak cemburu bila my adik dok minat boy, men, guy sana sini <== walaupun daku pelik sebenarnya macam mana taste dia. Tapi, daku suka tengok masa tu je, takdelah sampai nak teringat muka laki tu berhari-hari macam my adik. <== Siapa tak suka jamu mata dengan lelaki kacak kan?

dan sangat MENIPU bila kata daku takde nafsu pada laki <== Daku straight tahu? Kalau tak yang dok terliur tengok budak COMEL lelaki KACAK tu apa? Huh!!!

Tapi, buat masa ni, NAFSU daku lebih kepada " Wah... Kacaknya SIUNG  dia...." hahahahaha

Mungkin, belum sampai masa untuk memikirkan hal macam ni kot. My Umi, diharap anda bersabar menunggu masa yang sesuai, orang yang sesuai untuk membuka pintu hati anakmu ini. <== er... Lepas ni Umi tak nak la cakap pasai badan tau. Yela, orang tahu la orang ni GUMUK, TAK LAWA, tak mcam anak dara Umi yang lagi sorang tu, tp sensitip tau bila asyik banding orang dengan dia.


Tiada ulasan:

(^0^) ErimO pAda SeOranG Nem0 (^0^)