baiknyer~ diorg nieh~

Oktober 05, 2010

Daku Berdoa Agar Hatiku Cukup Jernih Dalam Menyediakan Secebis Ikhlas Untuknya dalam Ikatan Sebuah Persahabatan...

Buat Teman2 yang disayang, kutuju luahan rasa ini dengan Tulus dari hati, Daku sayang kamoo seadaanya, begitulah hendaknya kepada kalian juga~~~



Mengukur nilai persahabatan Nampak mudah tetapi hakikatnya ia bukanlah boleh dilakukan sehari dua. Maklumlah hati manusia berubah ubah. Hari ini dia memang kawan kita kerana mungkin sependapat, banyak persamaan , minat pun sama tetapi bila sudah lama kenal baru tersua cacat cela.

Ditakdirkan kawan yang selama ini kita anggap sangat memahami tetapi tiba tiba berubah sikap kerana sikap kita yang kurang menyenangkan hatinya, sanggupkah melerai ikatan persahabatan dek kesilapan yang kadangkala Cuma remeh-temeh?

Adakah kerana menyedari bahawa kawan kita apula punya kekurangan yang kadangkala sukar diterima akal, haruskah kita menjauhkan diri darinya. Adakah persahabatan itu hanya boleh dibina semata mata kerana kita sekepala.

Sebelum menilai sejauh mana kawan yang selama ini di anggap kawankita itu benar-benar jujur dalam persahabatan, tanyalah diri sejauh mana kita ikhlas bersahabat dengan orang lain.Jika kita memang benar2 ikhlas berkawan tetapi kawan kita pula tak tahu menhargai keikhlasan kita, memanglah hati pedih terasa.

Tetapi sekurang kurangnya kita taklah mencemarkan nilai persahabatan dengan menguburkan persahabatan yang dibina sekian lama semata mata silap teman yang mungkin tak sebesar mana.

Ikhlasnya persahabatan tak ternilai dengan benda termahal sekali pun di dunia ini&.dan percayalah erti persahatan yang paling bermakna akan hanya terbina atas keikhlasan yang tak berbelah bagi..

Jangan hanya setakat tahu berkata kata bila berkawan kerana kata kata takkan bermakna jika dibiarkan kata kata itu begitu sahaja..tanya hati dan diri masing masing..adakah kita ikhlas bila berkawan atau kawan hanyalah dipanggil kawan sahaja&

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa, dia juga ada kelemahan dan juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Kita selalu lihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Penat rasanya bila mengungkapkan perihal persahabatan. lumrah manusia tak mungkin lari dari kesilapan. sebagai manusia biasa, apa yang mampu diberi cumalah sekeping hati yang seikhlas mungkin untuk menerima dirinya sebagai sahabat, dengan kerana ALLAH S.W.T.

Amin~~~

Tiada ulasan:

(^0^) ErimO pAda SeOranG Nem0 (^0^)