“ Izdihar, saya tak bercakap dengan meja.” Sekali lagi dia hanya memandang gadis itu tanpa berkata apa. Dari segi pemakaian yang menunjukkan karismanya sebagai ketua pelajar hingga ke raut wajah yang tenang kemerahan tanda menahan hati yang membara.
“ I’m sick with you!” Tutur gadis itu sebelum berlalu pergi. Dia hanya memandang tangannya yang tersarung band kulit dan gelang perak serta cincing perak tersarung kemas pada ibu jari dan jari tengahnya sebelum dia tersenyum penuh makna.
* * *
Suasana gelanggang bola keranjang riuh rendah dengan sorakan dari penyokong-penyokong dari kedua-dua sekolah yang bertanding. Biarpun perlawanan berlangsung dengan sengit, matanya masih sempat mencari wajah itu di tempat penyokong. Wajah yang menjengkelkan sehingga mengganggu lenanya.“ Ryu, hebatnya awak tadi.”
“ Ryu, coolnya awak tadi.”
“ Ryu, I love you…” Kedengaran jeritan-jeritan nyaring dari pasukan penyorak amatur yang membingitkan telinga.
“ Ryu, game tadi memang berbaloi.” Dia hanya tersenyum megah sebelum meneguk air dari botol.
“ Tapi aku tengok tadi kau macam tak fokus pun masa main. Mata tu asyik melilau pada penonton. Kau pandang siapa?” Dia yang sedang asyik meneguk air menyembur air yang baru sahaja separuh jalan menuju ke anak tekak. Bergema gelanggang dengan gelak tawa mereka yang lain.
“ Kau jangan bagitahu aku kau cari Jannah?” Ikram hanya ketawa besar apabila dia menjenggelkan matanya.
“ Ryu, kau jangan nak cari pasal dengan Jannah. Dia lain dari perempuan yang ada dalam sekolah ni.” Kata-kata Ikram disambut dengan tawa sinis darinya.
“ Aku tak kan cari pasal dengan dia sebab aku sayang dia.” Masing-masing yang ada bagai mahu tertanggal dagu dari soket sendi temporomandibel sebelum tawa besar bergema dalam gelanggang.
“ Menarik. Aku tertunggu-tunggu keadaan bila ‘naga’ bertemu ‘syurga’.” Tutur Ikram sambil menghabiskan sisa tawanya.
* * *
Aku ni teruk sangat ke? Dia membenamkan kepalanya pada bantal. Kata-kata Ikram bagai terngiang-ngiang dalam telinganya. Jannatul Ilma, sebaik namanya mungkin. Seorang yang pendiam, tenang, sesuai dengan tugasnya sebagai pembantu Ikram yang merupakan Ketua Pengawas. Kadang-kadang rasa pelik menyelubungi diri apabila seorang ketua boleh joint venture dengan penjenayah sekolah sepertinya. Bak kata Ikram, ‘ Seorang budak sekolah tak boleh dikatakan budak sekolah bila otak straight mengalahkan pembaris.’ Dia ketawa kecil mengingatkan pepatah Ikram yang lebih kepada kemerepekkan itu.Dia mengeluh perlahan. Jannatul Ilma seorang yang sukar didekati, hanya pada insan yang bernama Ryu Izdihar. Ya, hanya dengan orang yang bernama Ryu Izdihar, Jannatul Ilma membina benteng tinggi untuk didekati. Dan yang paling menyeronokkan, manusia terpilih itu adalah dirinya. Ryu Izdihar Abdul Latif. Keseronokkan yang langsung tidak menyeronokkan, getus hatinya.
* * *
Loceng berbunyi panjang tanda waktu persekolahan sudahpun bermula. Dia hanya berjalan perlahan menghampiri dewan tempat mereka semua berhimpun setiap pagi Isnin sebelum langkahnya dihalang oleh dua susuk tubuh yang lengkap beruniform pengawas. Here’s come the Head Girl. Gumam hatinya perlahan sambil menyimpul senyuman sinis.“ Ryu Izdihar, berapa lama awak sekolah di sini?” Tiada jawapan. Hanya memandang gadis itu sekilas sebelum beralih pada pengawas yang bernama Amira disisinya yang kelihatan tersipu-sipu membalas pandangannya.
“ Ryu Izdihar, saya bercakap pada awak, bukan pada tunggul yang tak faham bahasa.” Tekan gadis itu.
“ Saya mendengar.”
“ Awak ni memang tak ada kesedaran sivik ke? Atau awak ingat sekolah ni awak yang punya? Dengan rambut yang macam landak tak cukup umur, baju yang selekeh, tangan yang penuh dengan benda-benda bukan hala, awak ingat saya tak ada kerja lain ke selain nak tengok awak tak jadi orang macam ni?” Si gadis itu melempiaskan kemarahnya yang ternyata sekian lama dipendam. Dia hanya tersengih tanpa riak bersalah.
“ Jannah, aku rasa tak perlu la sampai tengking macam tu. Baik kau jangan cari pasal dengan Ryu.” Bisik perlahan gadis yang bernama Amira itu kepada rakannya namun jelas ditangkap oleh pendengarannya.
“ Mungkin betul kata kawan kau tu. Kau tak perlu bazir masa untuk orang seperti aku. Banyak lagi insan yang memerlukan perhatian kau.” Tuturnya sebelum berlalu pergi sempat dia mengenyitkan mata pada Amira.
* * *
Dari jauh dia melihat gadis itu ditenangkan oleh kawan baiknya. Dari raut wajah gadis itu, jelas terpamer riak marah yang ditahan-tahan. Andai kata kesabaran itu senipis kertas, pasti berderai giginya ditumbuk oleh pemegang tali pinggang hitam Taekwan Do itu. Tapi, apa yang diterima hanyalah sebuah penampar bias mendarat pada pipinya yang licin.Dia tahu, kehadirannya secara tiba-tiba tidak disenangi oleh gadis itu. Atas alasan yang nyata, gadis itu menolak kehadirnya dalam hidup mereka. Dan membuat gadis itu marah di sekolah merupakan satu-satunya cara untuk gadis itu bersuara dengannya. Perlahan-lahan ingatan pada penghujung tahun lalu kembali bermain dalam kepalanya.
* * *
Hari itu buat pertama kali dia menjejakkan kaki dibumi Malaysia. Hari itu, pertama kali dia terpaksa membahasakan diri berbahasa melayu, biarpun lancar, namun tuturnya pelat. Hari itu pertama kali dia mendengar ucapan ‘Assalamualaikum’ apabila menjejakkan kaki ke dalam rumah dan bukan ‘Saya dah pulang’ seperti selalu. Hari itu juga pertama kali dia bersalam dengan orang lain dan bukan menundukkan badan seperti selalu apabila menyapa dengan orang yang baru dikenali. Dan yang paling penting, hari itu juga pertama kali dia bertemu dengan gadis itu.Sejak mula lagi gadis itu menggambarkan dirinya sebagai seorang yang sinis, dingin dan tidak berperasaan. Pendiam. Sukar didekati. Dan menyakitkan hati.
“ Jannah, Ryu akan sekolah sama dengan Jannah. Jadi Jannah tolong tengok-tengokkan Ryu di sekolah nanti.” Kata-kata papa hanya disambut dengan kata sinis dari bibir mungil gadis itu.
“ Rasanya Jannah tak nampak pula dia ni orang kurang upaya ke apa.” Tuturnya tajam setajam jelingannya.
* * *
Kakinya di atur pantas ke belakang gelanggang mengambil begnya yang tertinggal semasa latihan pagi tadi. Namun gerak langkahnya yang pantas itu terhenti apabila terdengar suara yang cukup dikenali. Lalu, tubuhnya yang tinggi lampai itu disembunyikan disebalik tiang.“ Jannah, aku tak faham la kenapa kau benci sangat dengan Ryu.” Suara Amira membantutkan tindakan gadis itu yang sedang mengunci pagar belakang yang menjadi rutinnya setiap pagi.
“ Apa yang kau tak faham?”
“ Aku tak faham apa yang Ryu buat pada kau sampai kau anti sangat dengan dia. Ada saja yang kau tak puas hati dengan dia.” Gadis itu hanya menjeling.
“ Aku anti dengan orang yang buat sekolah ni macam sekolah ni dia yang punya.” Amira menjebik bibir.
“ Aku rasa selama ni kau resistan dengan makhluk macam tu sebab dekat sekolah ni berlambak lagi yang hardcore dalam jenayah sekolah ni.” Wajah gadis itu kelihatan seperti mahu terbakar. Merah menyinga menahan amarah.
“ Aku punya alasan aku sendiri.”
“ Kenapa?”
“ Aku rasa kau tak perlu tahu. Takde dalam silibus KBSM.” Kata-kata itu biarpun sayup-sayup ke pendengaran Ryu Izdihar membuatkan dia menyimpul senyuman. Loyar buruk pula Head girl ni.
“ Atau kau nak kata yang kau suka pada dia.” Terus mati senyuman pada bibir Ryu Izdihar.
“ Kau jangan nak buat soalan sarkastik dengan aku.” Gumam gadis itu sebelum berlalu pergi. Ryu Izdihar meneguk air liur. Dia sukakan aku?
* * *
Berhari-hari berlalu dengan tenang. Tiada lagi suara sindiran dari bibir Jannatul Ilma. Tiada teguran sinis, tiada lengkingan suara. Malah, semua warga sekolah seakan memahami apabila si gadis melancarkan perang dingin. Nyatalah, suasana yang tenang itu langsung tidak menyenangkan anak muda itu. Ditambah pula dengan spekulasi-spekulasi rambang yang melanda warga sekolah sedikit sebanyak membuatkan dia tidak senang duduk.“ Ryu, aku dengar Headgirl lancar silent war dengan kau. Kenapa?”
“ Ryu, betul ke Headgirl suka kat kau?”
“ Ryu, kau ada skandal dengan Headgirl?”
Ryu Izdihar menutup telinga, lalu meninggalkan rakan-rakannya terpinga-pinga. Ish… Suka buat gosip sendiri. Perempuan tu memang hati batu la. Langsung tak berkutik bila orang mengata dia. Takde perasaan ke? Gumamnya sendirian. Kaki laju diatur tanpa hala tujuan. Namun, kakinya terhenti apabila terlihat kelibat gadis itu duduk di dalam perpustakaan. Tanpa dia sedar, kakinya melangkah laju menuju ke arah gadis itu.
“ Awak…” Kata-katanya termati apabila ia dipintas oleh gadis itu.
“ Saya tak bertugas hari ini.” Ryu Izdihar mengepam mulut. Beberapa mata memandang mereka dengan berbisik sesame sendiri.
“ Hati awak ni buat dari apa? Batu?”
“ Bukan masalah awak.”
“ Awak langsung tak endah dengan kata-kata orang. Satu sekolah dah kecoh.” Jannatul Ilma mengangkat kepala dari bukunya.
“ Abaikan.” Tuturnya ringkas sebelum kembali kepada pembacaannya. Ryu Izdihar menarik nafas dalam. Memang hati tu buat dari batu ke?
“ Atau awak mengaku yang awak suka pada saya?” Kata-kata Ryu Izdihar membuatkan tubuh Jannatul Ilma tegak. Suasana perpustakaan tiba-tiba menjadi hingar bingar. Bingkas dia bangun meninggalkan Ryu Izdihar yang berlari anak mengejarnya.
“ Awak nak apa lagi?”
“ Kita perlu berbincang.” Tutur Ryu Izdihar mula termengah-mengah mengejar langkah Jannatul Ilma yang laju itu.
“ Takde apa yang perlu dibincangakan.” Tegas gadis yang bertudung itu.
“ Awak ni suka lari dari masalah. Apa masalah awak sebenarnya?” Ryu Izdihar menarik lengan gadis itu dengan tujuan untuk memberhentikan langkahnya yang laju itu.
“ Awak yang bermasalah. Dan saya tak faham kenapa awak muncul dalam hidup saya.” Jannatul Ilma merentap lengannya dari pegangan Ryu Izdihar sebelum kakinya melangkah laju melintasi padang.
“ Saya pun tak faham.” Ryu Izdihar mengejar langkah Jannatul Ilma.
“ Jadi jauhkan diri awak dari saya.”
“ Saya tak nak.” Jannatul Ilma memusing badannya membuatkan Ryu Izdihar terpaku.
“ Kenapa awak nak menyiksa saya?”
“ Sebab saya perlukan awak.” Kata-kata Ryu Izdihar membuatkan Jannatul Ilma terpana.
“Wo…” Kedengaran sorak-sorai sayup-sayup dari insan-insan yang menyaksikan drama mereka.
“ Gila…” Tutur Jannatul Ilma perlahan.
“ Tak, saya tak gila. Saya sa… Auch…” Ryu Izdihar terduduk sambil tangannya mengusap kepala. Serentak itu kedengaran suara dari latar mereka.
“ Auw… Woo…” Berpinar mata Ryu Izdiahar menahan sakit pada keplanya yang dihentam benda keras. Jannatul Ilma yang sebentar tadi menahan rasa jengkel hampir terkeluar matanya apabila melihat bola baseball kecil berwarna putih itu laju menghentam kepala lelaki itu. Keadaan menjadi sunyi sepi seketika.
“ Sakit ke?” Pertanyaan Jannatul Ilma langsung tidak dijawap oleh Ryu Izdihar yang hanya mengusap kepala sesekali mengaduh. Tanya sakit ke tak. Cuba tengok, pengsan ke tak. Masa ni la bola ni nak terbang. Takde masa lain ke? Omel Ryu Izdihar sendirian sebelum omelannya dimatikan sekali lagi. Kali ini dia dikejutkan dengan jemari halus yang mengusap lembut kepalanya. Dia hanya berdiam diri sambil menikmati perasaan kasih disebalik usapan lembut itu.
* * *
Suasana gelanggang bola keranjang yang hingar bingar menjadi sunyi sepi apabila Ryu Izdihar melangkah masuk. Semua seakan terpaku dengan perubahan yang dibuat oleh anak muda itu. Ryu Izdihar tersenyum. Hari ini banyak sangat ke malaikat ikut aku sampai setiap kali aku masuk semua diam ni. Gumam Ryu Izdihar.“ Ryu, kau sihat ke tak ni?” Pertanyaan Ikram dijawap dengan jongketan kening oleh Ryu Izdihar.
“ Takde la, lepas cuti sekolah kau dah jadi orang lain. Kenapa?”
“ Aku rasa sama aje. Mana yang lainnya?”
“ Betul la Ryu, apa jadi dengan rambut kau?” Ryu Izdihar tersenyum sambil meraba rambutnya yang dipotong pendek dan diwarnakan hitam kembali.
“ Tambah mencurigakan bila kau dating sekali dengan Jannah.” Sambung Ikram lagi.
“ Tanya la dia sendiri.”
“ Tak payah suruh aku dah buat dulu. Jannah tu kan pendiam. Dia Cuma senyum, senyum dan senyum je bila aku tanya.” Ryu Izdihar ketawa. Baru saja dia hendak menjawap, kedengaran derap langkah menghampiri mereka. Lantas dia berpaling ke belakang. Jannatul Ilma tersenyum.
“ Dah habis dah?” Sebuah anggukan diterima sebagai jawapan.
“ Kalau macam tu, jom la balik.” Ryu Izdihar bingkas bangun dan mencapai beg sekolahnya.
“ Ryu, mana jawapannya?” Laung Ikram membuatkan Ryu Izdihar ketawa kecil sambil memandang Jannatul Ilma yang sedang menjongketkan kening.
“ Rahsia.” Laungan Ryu Izdihar membuatkan gelanggang bergema dengan keluhan mereka beramai-ramai.
* * *
“ Sakit ke?” Buat sekian kalinya gadis itu bertanya pada Ryu Izdihar sambil tangannya laju menuam benjol dibelakang kepala Ryu Izdihar.“ Tak la. Sedap.” Ryu Izdihar mencebik apabila melihat senyuman terukir di bibir gadis itu.
“ Tadi Izdihar ada cakap sesuatu, tapi tak habis. Apa dia?” Ryu Izdihar membatukan diri.
“ Tak nak bagitahu ke?” Juga tiada jawapan dari anak muda berusia 16 tahun itu.
“ Takpelah kalau macam tu.” Jannatul Ilma bingkas bangun dari kerusi namun langkahnya terhenti apabila tangannya digenggam kuat.
“ Iz sayang akak.” Tutut Ryu Izdihar perlahan. Jannatul Ilma tersenyum.
“ Betul sayang akak?” Angguk perlahan sebagai jawapan.
“ Akak pun sayang Iz…” Katanya termati apabila Ryu Izdihar mengangkat kepala dengan wajah yang berseri-seri.
“ Dengan syarat…” Sambungnya kemudian.
“ Apa?”
“ Lepas ni tolong potong rambut, hitamkan kembali, pakai uniform sekolah dengan betul. Boleh?” Ryu Izdihar tersenyum sebelum mengangguk.
“ Boleh, dengan satu syarat.”
“ Apa?”
“ Lepas ni kena panggil Iz ‘adik’.” Tutur Ryu Izdihar dengan wajah yang sengaja dicomelkan.
“ Yelah…” Jannatul Ilma mengusap kuat kepala adiknya itu.
“ Auw…”
“ Sorry…” Jannatul Ilma tersengih sambil mengusap kembali kepala Ryu Izdihar yang membengkak.
* * *
“ Adik, orang kalau senyum seorang diri ni, otak dia tak center.” Ryu Izdiahar tersengih sambil menghulurkan topi keledar pada Jannatul Ilma.“ Orang mesti tak percaya kan kita ni adik beradik. Lain mak je.” Tutur Ryu Izdihar.
“ Ha’ah, mesti orang tak sangka. Kakak Headgirl yang ice cool, adik pulak playboy criminal.” Tutur Jannatul Ilma selamba sambil memaut bahu adiknya membonceng motosikal.
“ Akak ni…” Ryu Izdihar mencebik bibir.
“ Dah, dah. Tak payah nak buat muka comel dengan akak. Karang akak cancel belanja McD kang.” Ryu Izdihar ketawa kecil. Betul la kata kau Ikram. Mesti susah kan nak membayangkan bila ‘naga’ bertemu ‘syurga’. Tapi, kenyataannya Ryu Izdihar akan sentiasa berada bersama Jannatul Ilma.
2 ulasan:
adik beradik rupanya...hehe...ape2 pun yup satu jalan cerita BAIK!!!
Wah wah wah~~~ terharu dengan "caps" BAIK tuh... hihihi
Catat Ulasan