Qistina Violet memeluk buku erat. Beg ungu yang hampir terlucut itu dibetulkan sandangannya. Kakinya diatur pantas menuju ke dewan. Hari itu hari Isnin. Pagi – pagi lagi sudah menadah telinga menerima input – input yang sama saban minggu. Qistina Violet hanya mendengar dengan penuh khusyuk biarpun butir – butir yang dibicarakan sudah tertanam dalam kotak fikirannya. Selesai perhimpunan pagi, masing – masing menuju ke kelas masing – masing dengan cara sendiri ada yang berlari – lari anak, ada yang berbual bergelak tawa sesama sendiri. Qistina Violet tidak mempedulikan pandangan orang lain, mata hatinya sudah terpahat pada novel di tangannya, berjalan perlahan menuju ke kelas 5S2.
“ Kau ni Qis, tak abis – abis dengan novel kau. Penat la ku tengok kau ke hulu ke hilir dengan novel tu, tak pandang kari kanan. Menonong aje.” Belum pun sempat Qistina Violet meletakkan punggung pada kerusi, Dahlia yang duduk dihadapannya itu menegur. Qistina Violet hanya tersengih. Dahlia menjulingkan mata ke atas. Faham sangat dengan sikap Qistina Violet yang tidak suka menjawap.
“ Qis, kau tau kan hari ni ada budak baru masuk?” Pertanyaan Dahlia hanya di jawap dengan sebuah gelengan lembut dari Qistina Violet. Dahlia membuat reaksi mahu mencekik. Hanya senyum manis yang dilemparkan oleh Qistina Violet.
“ Hish, penat la aku cakap dengan kau ni Qis. Kan dah kecoh dari minggu lepas lagi hari ni ada budak baru masuk. Fivers lah. Agak – agak masuk kelas mana ha?” Pertanyaan Dahlia tidak dipedulikan oleh Qistina Violet. Matanya masih tidak mahu berganjak dari novel di tangannya. Syamsul di sebelah Dahlia menyiku pinggang Dahlia sambil bibirnya menjuih kepada Qistina Violet.
“ Aiyark….” Dahlia membuat aksi terjatuh dari kerusi. Hish budak bertuah ni, penat – penat aku berceloteh, dia bleh buat derk aje? Baru saja Dahlia berkira – kira untuk mengambil novel di tangan Qistina Violet, tindakkannya terhenti dek kerana ada yang lagi pantas darinya.
“ Ria Qistina? Hai… tak sangka aku, nama kau ni komersial jugak ya Qis? Hm…” Suara Maria yang menjelikkan itu hanya di sambut dengan senyuman kecil dari Qistina Violet. Maria menghempas novel Ria Qistina karya Bikash Nur Idris itu di hadapan Qistina Violet, betul – betul mengenai kepalanya. Dahlia yang sedari tadi memerhati mengepal tangan.
“ tapi sekurang – kurangnya, Qistina yang dalam novel tu cantik, secantik namanya. Tak macam kau…” Ucap Maria, sinis dambil berlalu pergi setelah melibas rambutnya yang terlah dibuat rebonding mengenai wajah Qistina Violet dan Dahlia. Dahlia mengetab bibir. Qistina Violet tidak bersuara tetapi mengetab bibir dengan matanya menakung air.
“ Qis, kau ta patut diam aje. Kau patut bagi dia sebijik tadi. Ni tak, macam tunggul, biar aje anak iblis tu buat apa saja kat kau. Geram betul aku.” Bertubi – tubi Dahlia memarahi Qistina Violet. Syamsul di sebelahnya menggeleng kepala.
“ Kau ni Lia, Macam kau tak tahu yang Qis ni lembut. Mana reti nak merah – marah. Tak macam kau. Angin satu badan.” Ujaran Syamsul disusulli dengan tawa besar olehnya tatkal Dahlia menunjukkan penumbuk betul – betul dihadapan hidungnya.
“ Aku tak kira, sekali sekala Qis kena la defend diri sendiri. Ni tak, asyik diam saja. Budak tu dah besar kepala dah. Apa dia ingat dia anak Dato’ dia bleh buat sesuka hati? Kalau macam tu…. Apa?” Dahlia menjegil anak mata apabila kata – katanya di ganggu oleh Syamsul yang asyik mencuit – cuit tangannya.
“ Tu….” Syamsul menunjukkan Qistina yang sedang mengesat air mata. Alahai, ni yang aku lemah ni. Dok menangis pulak. Aku mana reti pujuk anak orang. Dahlia meneguk air liur. Pekat.
“ Qis, aku bukan marah kau. Tak nak nangis. Aku tak reti pujuk.” Dahlia sudah mula cuak melihat Qistina Violet semakin galak mengesat air mata.
“ Betul tu Qis. Lia marah tu pun sebab Lia sayang kau. Tak nak nangis. Nanti cikgu masuk, kata kami buli kau.” Ujar Syamsul pula. Perlahan – lahan Qistina Violet mengangkat muka. Memandang Dahlia dan Syamsul silih berganti sambil mengesat air mata.
“ Kenapa dengan korang ni?” Pertanyaan Qistina Violet membuatkan dahi Dahlia dan Syamsul berkerut seribu.
“ Dah kau nangis. Mahunya kami tak cuak?” Qistina Violet ketawa kecil.
“ Qis baca novel nil ah. Bab dia sedih sangat. Tak sedar. Apa yang korang cakap tadi ha?” Secara tiba – tiba Dahlia terasa sendi temporomandibelnya tercabut dari engselnya. Syamsul menepuk dahi.
“ Qistina Violet Abdul Kadir!!!” Qistina Violet mengangkat kening dengan reaksi nakal apabila Dahlia memanggil nama penuhnya dengan wajah yang merah menahan marah. Syamsul sudah ketawa terbahak – bahak. Itulah Qistina Violet. Seorang yang pendiam tapi nakal.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kelas hari itu berjalan seperti biasa. Qistina Violet menumpukan seluruh perhatinya dalam kelas. Cuma sekali sekala tumpuannya terganggu dengan pertanyaan yang dikemukan oleh teman sebelahnya. Sekali sekala matanya menjeling mencuri pandang pelajar lelaki itu. Mengetahui dirinya sedang diperhatikan, pelajar itu mengangkat muka lalu melemparkan senyuman pada Qistina Violet. Cepat – cepat Qistina Violet mengalih pandangan.
“ Malunya aku. Apa yang aku tengok budak tu? Ish….” Gumam Qistina Violet pada dirinya sendiri. Serta – merta Qistina Violet teringat suasana 3 bulan lepas, saat di mana pelajar baru itu melapor diri. Bagai tayangan filem jelas di kotak fikirannya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Suasana kelas 5s2 yang riuh rendah tiba – tiba menjadi senyap dengan kehadiran Puan Haslina dan Puan Rosmah, guru kelas dan pengetua mereka bersama dengan seorang pelajar lelaki cina. Kelas sudah mula bebisik diantara satu sama lain. Qistina Violet hanya memandang pelajar lelaki itu. Pandangan mata bertaut. Sebuah senyuman ikhlas dilemparkan antara satu sama lain.
“ Kelas, hari ini ada kemasukan pelajar baru. Dia baru pulang dari Jepun, mengikut bapanya bertugas di sana. Mari, kenalkan diri kamu.” Puan Rosmah member ruang untuk pelajar itu memperkenalkan diri.
“ Assalamualaikum, saya Haru Isyraq Kamaruddin. Dilahirkan dan dibesarkan di Tokyo, Jepun. Baru sahaja pulang ke Malaysia minggu lepas mengikuti ayah saya. Sila beri tunjuk ajar.” Ucap Haru Isyraq sambil menundukkan kepala tanda hormat seperti yang sering di lihat dalam cerita – cerita jepun di tv. Qistina Violet tersenyum. Muka dia macam Miura Ranmaru yang tarik keluar dari komik dengan bantuan alat Doraemon la pulak. Qistina Violet tersengih keseorangan.
“ Well, dekat mana saya nak letak kamu Isyraq?” Tatkala itu Maria mengangkat tangan.
“ Cikgu, sebelah saya kosong.” Ucap Maria. Puan Haslina tersenyum. Begitu juga Puan Rosmah.
“ Hm… saya rasa saya nak letak Isyraq di sebelah tingkap. Qistina Violet, Isyrag akan jadi partner kamu. Harap kamu, Dahlia dan Syamsul dapat bagi contoh yang baik pada Isyraq.” Ucap Puan Haslina selepas berbincang dengan Puan Rosmah.
“ Ai ai kepten.” Kata – kata yang keluar serentak dari Dahlia dan Syamsul membuahkan ketawa dari seluruh kelas 5s2. Haru Isyraq tersenyum. Qistina Violet hanya mengangguk kepala.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“ Mana Violet?” Pertanyaan Haru Isyraq disambut dengan senyuman dari Dahlia dan Syamsul. Hari ini cikgu – cikgu ada mensyuarat tergempar. Semestinya Qistina Violet menggunakan masa yang terluang untuk ke perpustakaan daripada duduk berbual dengan mereka.
“ Library, pergi la sana, mesti ada punya.” Ucap Syamsul. Dahlia yang sedari tadi masih menyimpulkan senyum kucing pada Haru Isyraq.
“ Kenapa senyum macam tu?” Pertanyaan Haru Isyraq membuatkan senyum Dahlia semakin lebar. Syamsul turut merasa bahang kepelikannya.
“ Iqqy, Lia nak tanya sket bleh?”
“ Iqqy?” serentak itu Haru Isyraq dan Syamsul bertanya. Mana minah ni rembat nama Iqqy tu? Sesuka hati dia aje panggil orang macam – macam. Gumam Syamsul.
“ Ye la, Nak panggil Isyraq macam susah aje. Terbelit lidah aku. Iqqy tu sedap apa? Comel aje bunyi nye.” Syamsul menepuk dahi. Ya ampun, senang hatinya minah ni. Haru Isyraq tersenyum.
“ Iqqy? Hm… sedap. Boleh lah. Tapi awak berdua saja yang boleh panggil macam tu. Special friend la kiranya.” Dahlia tersengih pada Syamsul, tanda kemenangan. Syamsul menggeleng kepala.
“ Lia nak tanya apa tadi?” Pertanyaan Haru Isyraq menrik Dahlia kembali kea lam nyata dari medan perang yang dia dan Syamsul bina.
“ Lia tanya, Iqqy kena jawap dengan jujur. Boleh?” Haru Isyraq menangguk kepala.
“ Iqqy membesar di Jepun, tapi kenapa Iqqy boleh berbahasa?”
“ Sebab di rumah, umi dengan ayah berbahasa.”
“ Iqqy memang orang melayu? Kenapa Iqqy macam Chinese?”
“ Umi orang Jepun, ayah orang melayu.”
“ I see, Iqqy, Iqqy suka Qis kan?” serentak itu wajah Haru Isyraq berubah. Kemerahan. Syamsul melopong.
“ Weh? Sejak bila? Macam mana kau tahu?” Syamsul memandang tepat pada Dahlia. Dahlia menepuk dahi.
“ Sejak bila kau bodoh? Dah terang lagi bersuluh.”
“ Bila?”
“ Tadi…” Syamsul berkerut dahi. Haru Isyraq sudah menangkat kaki meninggalkan mereka. Dahlia ketawa kecil.
“ Tengok, dah Nampak kan? Lagi pun, kita semua panggil Qis tu Qis. Dia sorang aje panggil Qis Violet. Tak pelik ke?” Syamsul mengangguk kepala tanda faham. Dahlia memandang Syamsul sambil tersenyum. Buat seketika mereka berpandangan sebelum kedua – duanya menyungging senyuman keji.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Haru Isyraq memandang wajah yang khusyuk menatap novel di tangannya. Aik? Novel lain pulak? Suka sangat baca novel. Tak pandang kiri kanan pun. Haru Isyraq tersenyum kecil. Perlahan – lahan dia menghampiri Qistina Violet lalu duduk betul 0 betul dihadapan gadis itu. Masih tiada reaksi.
“ Ehem…” Sengaja Haru Isyraq berdehem dengan kuat. Qistina Violet mengangkat kepala, lalu melemparkan senyuman. Novel di tangan ditutup lalu di letakkan ke tepi. Tengkuknya dipanjangkan bagai tercari – cari sesuatu.
“ Awal lagi la, Lia dengan Syam belum sampau lagi. Belum pukul 7 pun.” Kata – kata Haru Isyraq membuatkan Qistina Violet menadah tangan bagai merasa ada titis – titis hujan.
“ Ramalan cuaca kata hari ni cerah samapi petang.” Kali ini Qistina Violet menekap tapak tangan kanan di dahi Haru Isyraq manakala tapak tangan kiri di dahinya.
“ Saya sihat. Saya tak demam lah.” Gumam Haru Isyraq sambil mencebik bibir. Seraya itu meletus tawa Qistina Violet. Lembut dan menyenangkan. Buat seketika Haru Isyraq terpaku. Wajah yang montel itu di tatap. Ada sesuatu yang menarik pada Qistina Violet. Biarpun pada pandangan orang lain Qistina Violet bukanlah cantik, tapi dia punya sesuatu yang membuatkan orang lain senang berkawan dengannya. Sesuatu yang membuatkan wajah itu tenang untuk ditatap.
“ Itu la yang saya pelik. Selalu awak datang mesti dengan Dahlia dan Syam.kali ni sorang aje. Nak kata hujan, tak pulak. Ingatkan awak demam. Atau ada mimpi apa – apa malam tadi?” Ujar Qistina Violet sambil tersenyum. Suasana perkarangan astaka sekolah masih sunyi. Belum ramai yang datang lagi tambahan pula hari masih gelap.
“ Saya mimpi awak.” Qistina Violet ketawa kecil. Merepek betul la Isyraq ni. Nak mimpi aku yang montel plus tak lawa ni buat apa. Nightmare tu. Baik mimpi bidadari kayangan cam Maria tu. Ada jugak faedahnya. Gumam Qistina Violet
“ Violet, awak suka sangat baca novel. Kenapa?” Qistina Violet mengerut dahi. Namun akhirnya tersenyum.
“ Saya bukan baca novel saja, saya baca komik jugak.” Ucap Qistina Violet sambil tersenyum. Haru Isyraq menepuk dahi.
“ Ok, kenapa awak suka baca buku-buku fiksyen macam tu?”
“ Sebab saya suka berangan.” Kali ini tawa Qistina Violet bertambah kuat. Haru Isyraq menggeleng kepala. Betul la kata – kata Dahlia dan Syamsul, orang yang tidak membuka hati untuk mengenali Qistina Violet pasti tidak menyangka Qistina Violet seorang yang nakal.
“ Betul apa. Tambah – tambah sejak saya jumpa awak. Macam dreams come true.” Ucapan Qistina Violet membuatkan mata Haru Isyraq bersinar.
“ Kenapa?”
“ Sebab muka awak macam Miura Ranmaru yang ditarik keluar dari komik dengan alat doraemon.” Sekali lagi Qistina Violet ketawa. Haru Isyraq menepuk dahi. Kuat. Duhai hati, sabarlah kamu kerana menyukai seorang fiction holic.
“ Isyraq, saya nak tanya sikit boleh?” Haru Isyraq menangguk kepala.
“ Apa maksudnya Haru? Tak kan parents awak fanatic pada komik Rave kot? Komik tu mana terbit lagi masa awak dilahirkan kan?” Kali ini giliran Haru Isyraq ketawa besar. Ya Allah, betulkah pilihan aku ni ya Allah? Betul – betul hard-die-fan pada komik la dia ni.
“ Saya serius la.” Qistina Violet mencebik bibir. Mahu merajuk kononnya.Hah…!!! jangan buat muka macam tu. Karang aku tak tidur malam kang. Haru Isyraq tersenyum.
“ Haru tu bermaksud musim sejuk. Saya dilahirkan masa penghujung musim sejuk. Sebab tu umi dan ayah letak nama Haru Isyraq.” Terang Haru Isyraq. Qistina Violet mengangguk kepala.
“ Umi dan ayah awak betul – betul menantikan kehadiran awak dalam hidup mereka. Hm… nama yang sedap. Haru Isyraq. Isyraq bermaksud pembawa sinar. Hm… musim sejuk yang membawa sinar. Looks intresting.” Ucap Qistina Violet sambil mengurut dagu. Haru Isyraq ketawa kecil.
“ Ada lagi satu yang saya pelik. Kenapa awak panggil saya Violet? Pelik la bila orang panggil saya macam tu.”
“ Awak tak suka saya panggil awak nama tu?” Qistina Violet memandang Haru Isyraq.
“ Eh… takde la tak suka. Tu pun nama saya jugak. Cuma pelik. Sebab awak sorang aje yang panggil saya macam tu.”
“ Sebab saya nak panggil awak dengan nama yang saya seorang saja boleh panggil begitu.” Qistina Violet mengerut dahi.
“ Kenapa?”
“ Nanti, saya nak awak panggil saya Haru. Sebab takde siapa pun panggil saya Haru. Saya bagi mandat pada awak seorang saja.” Ucap Haru Isyraq sambil tersenyum. Senyuman itu bertambah lebar apabila melihat kerutan di dahi Qistina Violet bertambah banyak.
“ Kenapa?” Buat kali kedua Qistina Violet mengulang soalannya.
“ Sebab saya suka pada awak.” Tutur Haru Isyraq sebelum berlalu meninggalkan Qistina Violet termangu – mangu. Owh… sebab dia suka kat aku. Macam tu ke? Hm…. Qistina Violet kembali membuka novelnya. Sementara otaknya masih memproses kejadian yang baru berlaku.
“ Heh? Suka? Eik….?” Pantas Qistin Violet menutup novel dan mengangkat kepala mencari kelibat Haru Isyraq. Tanpa dia sedar, ada dua pasang mata yang sedang melihat kejadian itu dengan senyuman terukir dibibir.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dahlia ketawa terbahak – bahak. Syamsul hanya tersengih. Nak ketawa takut pula sahabatnya itu terasa. Haru Isyraq sudah terkulat – kulat diketawakan oleh Dahlia. Tu la kau. Pergi cerita pada Lia siapa suruh? Ha… Ambil kau. Dapat gelak free. Gumam Haru Isyraq.
“ Lia, dah la tu. Kesian kat Iqqy. Dah terkulat – kulat dia kau gelakkan dia.” Dahlia mengesat air mata yang mengalir dek kerana terlalu banyak ketawa.
“ Yang kau baik hati pergi bagitau dia kau suka dia kenapa? Terang – terang pulak tu. Buat la sikit – sikit.” Ujar Dahlia. Ada ke patut bagitahu pada Qis “ Saya suka kat awak” direct macam tu aje. Ingat novel ke ape? Getus hati Dahlia.
Syamsul tersenyum sumbing. Hari Isyraq menggaru kepalanya yang tiba – tiba terasa gatal bagai menternak suku sakat kutu. Suasana yang riuh rendah dengan tawa Dahlia tiba – tiba menjadi sunyi apabila Qistina Violet meletakkan buku yang dipinjam dari perpustakaan atas meja serentak meletakkan punggung pada kerusi.
Dahlia mengangkat kening double jerk pada Syamsul yang tersengih sumbing. Haru Isyraq mengeluh lantas menyembam muka pada meja. Malu. Terus Dahlia dan Syamsul meledakkan tawa yag ditahan sedari tadi tambahan pula melihat telinga Haru Isyraq yang kemerahan dan wajah bodoh alang yang terpamer pada Qistina Violet.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“ Qis, sampai bila kau nak mengelak dari Iqqy? Nama aje duduk sebelah, tapi tak pernah bersuara. Aku dengan Syam yang duduk depan kau ni pun dah naik meremang bulu roma bila ada aura tak senang hati kat belakang kitorang.” Qistina Violet hanya mendiamkan diri.
“ Iqqy cakap apa pada kau?” Qistina Violet masih tidak berkutik. Diam sambil tangannya memintak hujung baju kurung putih itu. Dahlia mengeluh.
“ Takpe lah. Kalau kau taknak bagitahu aku, aku tak kisah. Tapi jangan diam macam ni. Kesian pada kami. Kesian pada Iqqy. Dah lama kau macam ni.” Ucap Dahlia sambil berlalu meninggalkan Qistina Violet. Dia mengeluh.
Aku tak paham la. Qis tu bengap ke ape? Asyik diam aje. Mana la orang faham kalo tak bagitahu. Sabar la hati. Sekali lagi Dahlia mengeluh. Masakan tidak sudah hampir sebulan Qistina Violet bagai melancarkan perang dingin. Kemana hilangnya Qistina Violet yang nakal tu? Penin kepalanya memikirkan jawapan yang tak pasti.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Qistina Violet memandang jauh ke hadapan. Tapi dia sendiri tidak pasti apa yang menarik perhatiannya di padang sekolah itu. Suasana sekolah sunyi. Hari masih awal. Masih gelp. Selalunya, waktu begini dia akan menumpukan perhatian untuk menghabiskan novelnya. Tapi, entah kenapa kali ini, dia tidak punya minat untuk menghabiskan pembacaannya. Qistina Violet mengeluh berat. Tiba – tiba dia teringat kata – kata yang dituturkan oleh Haru Isyraq dua minggu lepas.
“ Violet, awak benci saya?” Dia hanya mendiamkan diri. Tiada jawapan terluah dari bibir munggil itu.
“ Takpelah. Kalau awak rasa saya ni mengganggu awak, saya tak kan kacau awak lagi. Lepas ni pun saya tak kan usik awak. Awak boleh anggap saya ni tak wujud pun kat sebelah awak tu. Atau, mungkin saya akan pindah tempat duduk supaya awak tak terganggu dengan saya.” Haru Isyraq berlalu meninggalkan Qistina Violet.
Dan sememangnya, mulai detik itu, Haru Isyraq bagai tidak wujud dalam kelas 5s2 itu. Dia sendiri dengan rela hati berpindah tempat duduk bersebelahan dengan Maria. Keadaan itu sememangnya ditunggu Maria yang selama ini menaruh hati pada Haru Isyraq. Keadaan itu berlanjutan. Malah menjadi lebih buruk. Dahlia dan Syamsul bagai tidak mengenali kedua-duanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“ Syam, aku penat la macam ni.kau tak terasa ke?” Ujar Dahlia sambil meneguk coke. Matanya meliar memandang suasana kantin yang meriah di waktu rehat itu.
“ Aku tahu. Aku pun. Tapi aku tak tahu nak buat apa. Kau kan pandai. Biasa benda- benda macam ni, kau yang jadi mastermind.” Ucap Syamsul. Pandangan matanya bertaut dengan Dahlia. Kemudian, mereka sama – sama menyimpul senyuman.
“ Kau fikir taka pa yang aku fikir?” Dahlia sudah tersenyum sambil mengangkat kening ala Ziana Zain.Syamsul sendiri sudah menyeringai.
“ It’s Showtime.” Ujar keduanya sambil ketawa besar.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dahlia memandang Qistina Violet yang melempar pandangan ke tengah padang. Suasana panas terik itu langsung tidak menarik perhatian Dahlia yang bagai mencari – cari apa yang dipandang Qistina Violet. Keadaan sekolah sunyi melainkan dua tiga pelajar sesi petang yang berjalan menuju kelas masing – masing. Dahlia melihat jam ditangan. Sudah pukul 2.30 petang.
“ Apesal tak balik lagi?” Pertanyaan pertama yang terzahir dari bibir Dahlia setelah meletak punggung disebelah Qistina Violet.
“ Lia? Kenapa tak balik lagi?”
“ Eh? Mana belajar soalan berjawap soalan ni?” Gumam Dahlia. Qistina Violet hanya tersenyum. Senyum itu Nampak sangat tidak ikhlas seperti dulu. Kemudian sebuah keluahan berat dilepaskan.
“ Kenapa? Qis ada masalahkan? Kenapa nak sorok dari Lia?” Sekali lagi Qistina Violet mengeluh. Perlahan – lahan dia mula bercerita. Kesemuanya. Tanpa satu pun yang tertinggal. Dahlia hanya mendengar dengan penuh khusyuk.
“ Dah tu, tak kan Qis nak diam macam ni? Kenapa nak sakitkan hati sendiri?” Pertanyaan Dahllia membuatkan Qistina Violet menganggkat kepala.
“ Kenapa Qis nak nafikan perasaan sendiri?” Qistina Violet hanya menggeleng kepala.
“ Ada orang yang lagi layak.” Jawapan itu mendapat sebuah sekehan di kepala sebagai ganjaran menjawap dengan tepat.
“ Soal hati ni subjektif la Qis. Takde siapa pun yang dapat tentukan layak atau tidak.” Gumam Dahlia.Qistina Violet hanya tersenyum.
“ Dan dia dah pilih yang lagi layak untuk berada dekat dengan dia.” Dahlia tersenyum hambar. Qistina Violet itu seorang yang keras hati. Kalau perempuan biasa, pasti sudah menitis air mata. Tapi, Qistina Violet punya hati yang kuat.
“ Qis, kau suka dia?” pertanyaan Dahlia dijawap dengan sebuah senyuman dari bibir mungil itu.
“ Dia bagai Miura Ranmaru Qis yang keluar dari komik, Lia.” Tutur Qistina Violet lembut. Sambil matanya dibuang jauh ke tengah padang.
“ Kalau macam tu, izinkan saya menjadi Miura Ranmaru awak…” Kata – kata itu membuatkan Qistina Violet memaling kepala. Kelihatan Haru Isyraq memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Kelihatan juga Syamsul dan Dahlia tersengih – sengih memandangnya.
“ Pardon…?” Tutur Qistina Violet. Dia bingkas berdiri mengadap Haru Isyraq.
“ Izinkan saya menjadi Miura Ranmaru awak buat sekian kalinya…” Tutur Haru Isyraq perlahan. Kepalanya ditunduk sedikit. Qistina Violet tersenyum.
“ Keizinan diberi….” Tuturnya perlahan. Pantas Haru Isyraq mengangkat kepala. Wajahnya bagai bercahaya – cahaya. Serentak itu kedengaran jeritan perlahan dibelakang. Qistina Violet tersenyum melihat Dahlia dan Syamsul sedang bertepuk tangan antara satu sama lain. Dia memandang Haru Isyraq yang tersipu – sipu malu. Wajah yang cerah itu sedang memerah.
“ Sejak bila awak pandai malu?” Ujar Qistina Violet sambil bersengih. Haru Isyraq mengetab bibir. Serentak itu Qistina Violet melepas tawanya yang lembut. Haru Isyraq hanya memandang wajah yang lembut itu. Qistina Violet tersengih. Memang sebijik macam Miura Ranmaru. Comel.
“ Tak nak balik ke weh?” Qistina Violet berjalan meninggalkan mereka. Serentak itu kedengaran derap kaki berlari mengejarnya. Dia tersenyum.
“ Violet…” Pantas Qistina Violet memusing badan. Secebis kertas dihulur. Tertera deretan nombor pada kertas kecil itu. Qistina Violet mengukir senyuman.
“ Terima ka…” kata – kata termati disitu apabila Haru Isyraq membenamkan bibirnya dengan kucupan singkat. Serentak itu juga, terdengar suara mengaduh akibat disekeh dan diluku serentak oleh Dahlia dan Syamsul.
“ Sini bukan Jepun lah.” Tegas kedua-duanya serentak. Saat itu wajah Haru Isyraq berubah. Cepat – cepat dia meninggalkan mereka. Qistina Violet ketawa kecil. Sambil menggelengkan kepala perlahan, dia berjalan menuju ke pagar sekolah. Alahai, macam mana la agaknya keadaan selepas ni… Qistina Violet tersenyum kecil.
6 ulasan:
heheehe..
best..
uat lg sequel dia..
haha..
ending dier..
best!!hihi
tp haru tu bkn musim sejuk r..tp musim bunga...:)
aiyo~~~ sowry222.....
nemo mesti dh tercompius antara haru dgn aki...
hahhaha
haru tu musim bunge...
aki tu musim luruh..hihi
musim sejuk dlm jepon huyu...hihi
btw, musim panas=natsu
hahaha...nice story..keep it up!
Catat Ulasan