“ Kan aku dah kata, aku tak makan la. Suruh aku makan saja. Ingat aku ni perut tong sampah ke apa? Kalau sedap takpe la jugak. Ni tawaq habiaq cam tuh. Kucing pun tak lalu nak telan la.” Melengking suara Tok Aki. Aku terdiam apabila mangkuk yang berisi soto ayam itu di tolak kasar. Memang soto itu sengaja di masak tawar, kurang garamnya, kurang perasanya. Itu semua untuk tidak memburukkan keadaan Tok Aki yang lumpuh separuh badan akibat angin ahmar.
“ Habis tu, tak Tok Aki tak nak makan. Sikit pun jadilah.” Pujuk aku. Seboleh – bolehnya aku menahan sabar. Jika tidak difikirkan permintaan ayah dan umi, dah lama aku membawa diri keluar dari rumah ‘klasik’ ni. Sememangnya Tok Aki, bapa pada ayah kategori orang yang senang. Rumah kampung itu terlalu besar untuk Tok Aki tinggal bersama Maksu Sirah, adik bongsu ayah yang bekerja sebagai guru di sekolah berhampiran.
“ Suka hati Tok Aki lah. Saya dah tak tahu nak pujuk macam mana.” Aku dah surrender apabila berkali-kali tanganku ditepis kuat oleh Tok Aki apabila aku cuba untuk menyuapkan orang tua itu.
“ Bagus la. Aku tak suruh pun kau pujuk aku. Aku pun tak hingin mat salleh celup menyemak depan aku. Pergi kau.” Kasar ucapan Tok Aki. Aku bangun lalu meninggalkan Tok Aki berseorangan di beranda rumah. Sambil tangannya membasuh mangkuk soto ayam yang isinya sudah menghuni tong sampah aku mengeluh berat. Buntu dengan sikap Tok Aki. Atas alasan apa yang membuatkan Tok Aki begitu membenci, jangan tanya aku. Aku tidak mampu menyuarakan sebab musababnya. Yang pasti, Tok Aki begitu benci dengan aku disebabkan ibu, Camiliya, wanita Portugis yang dikahwini ayah dulu sebelum dia pergi menyambut seruan Illahi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sirah memandang anak muda itu dengan nada simpati. Remaja berusia 17tahun itu terpaksa menerima bahana atas sikap konservatif ayahnya. Rasa kasihan membuak-buak dalam dirinya melihat Lukman Hafiz ditengking, diherdik malah dimaki oleh ayahnya sendiri. Perlahan-lahan diam menghampiri Lukman Hafiz yang khusyuk melukis pada sketchbook di pondok dihadapan rumah.
“ Cantik lukisan Hafiz.” Teguran Sirah membuatkan anak muda itu terkejut, pantas mengangkat wajah. Wajah yang putih kemerahan itu bertambah merah. Mungkin malu. Getus hati Sirah.
“ Eh… Maksu. Mana ada cantik. Lukisan Tok Aki lagi cantik.” Ucap Lukman Hafiz membuatkan Sirah terpana. Betapa baiknya budi bicara anak muda itu. Biarpun sering dimaki hamun, namun ternyata rasa hormat dan budaya ketimuran menebal dalam dirinya. Kak Camie, betapa beruntungnya akak punya anak sebaik Hafiz. Gumam Sirah sendirian.
“ Maksu…. Kenapa ni?” tangan digawang-gawangkan dihadapan muka Sirah membuatkan Sirah kembali kea lam nyata lalu tersenyum.
“ Hafiz suka dengan lukisan Tok?” Pertanyaan Sirah dijawap dengan senyuman lebar dari Lukman Hafiz.
“ Suka. Lukisan Tok Aki cantik. Bermaya. Seolah-olah bernyawa.” Ucap Lukman Hafiz dengan wajah yang bersinar-sinar. Sirah tersenyum. Wahai Abah, andai abah tahu cucunya yang seorang ini sangat-sangat menyanjungi dirinya. Tidak seperti cucu-cucu yang lain. Alangkah bagusnya kalau abah tahu.
“ Kalau macam tu, kenapa Hafiz tak belajar dengan Tok? Mana tahu satu hari nanti boleh buka galeri sendiri?” Sengaja Sirah memancing Lukman Hafiz dengan soalan itu. Lukman Hafiz terlalu baik. Tidak pernah sekali pun dia merungut semasa menjaga Tok Aki. Sedangkan, Suria, Maizurah? Cucu-cucu kesayangan Tok Aki jangankan menjaga, menjengah pun sekejap-sekejap saja. Tak sampai 5minit sudah panas punggung.
“ Tak bekesempatan lagi la maksu. Tok Aki kan tak sihat. Tak kan hafiz nak bebankan dia dengan engajar Hafiz pulak.” Ucap Lukman Hafiz sambil ketawa kecil. Biarpun ketawa itu ternyata sumbang bunyinya.
“ Tak sihat, tapi masih mampu nak menengking-nengkin orang? Daripada maki hamun orang baik curah ilmu. Ada juga la faedahnya.” Tutur Sirah sinis.
“ Mana ada maki hamun maksu. Pandai aje maksu ni. Tak baik buruk sangka pada bapa sendiri.” Balas Lukman Hafiz sambil tersenyum. Aduhai abah. Bukalah matamu ini.desis hati sirah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wajah tua yang sedang asyik membaca buku ditangannya itu di tatap dari jauh. Lukman Hafiz menghela nafas berat. Buntu dengan sikap endah tah endah Tok Aki. Setelah sekian lama aku menahan sabar, akhirnya soalan yang bermain dalam kepalanya dijawap oleh Maksu, itupun setelah didesak berkali-kali. Teringat lagi bagaimana rupa maksu yang serba-salah untuk bercerita.
“ Maksu faham perasaan Hafiz. Tapi maksu tak sanggup nak sakitkan hati Hafiz. Kenyataan Hafiz, bukan selalunya menyenangkan. Kadang-kala kenyataan semakin membebankan.” Ucap maksu sambil mengusap kepala anak saudaranya yang seorang ni.
“ Hafiz tahu maksu. Tapi, dari Hafiz berburuk sangka dengan Tok Aki, lebih baik Hafiz tahu kenyataannya biarpun menyakitkan.” Gumamku perlahan. Maksu menghela nafas berat sebelum memulakan ceritannya. Detik itu barulah aku tahu bahawa ibu merupakan punca sikap Tok Aki menjadi seperti itu.
Menurut maksu, Tok Aki marah betul pada ayah apabila ayah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan ibunya sewaktu mereka masih belajar. Bertahun-tahun mereka berkahwin tanpa restu Tok Aki. Ditambah pula apabila ibunya masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk hamil biarpun setelah 3 tahun berkahwin. Tapi, Allah itu maha adil, setelah ibu mengandung sikap Tok Aki mula berubah. Mula menerima keluarga itu.
“ Namun, kita hanya mampu merancang. Semua kebahagiaan itu diragut apabila timbul fitnah kononnya Kak Camie mempunyai hubungan luar dengan kawan baik ayah, Doktor John. Dan Tok Aki salah faham dengan Kak Camie. Masa tu Hafiz baru berusia 5 tahun. Tok Aki marah betul pada Kak Camie masa itu. Selepas Kak Camie meninggal, barulah maksu tahu Kak Camie ada barah. Dan Doktor John tu doctor peribadi Kak Camie.” Kata – kata Sirah membuatkan aku membungkam.
“ Tok Aki tak tahu ke ibu sakit?” Pertanyaanku maksu jawap dengan gelengan lembut.
“ Ayah Hafiz tak bagi maksu bagitahu Tok. Ayah kata, biarlah tok fikir dengan apa yang tok fikir.” Aku mengeluh berat.
“ Takpelah Maksu. Sekarang Hafiz faham kenapa Tok Aki marah betul dengan Hafiz. Padahal, masa kecik dulu Tok Aki okey aje. Walaupun Tok Aki garang.” Ucap Lukman Hafiz sambil ketawa hambar. Hati Sirah tersayat. Wahai anak, tabahnya hatimu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kalender yang tergantung pada peti ais itu aku tenung dengan penuh khusyuk aku rasa. Lusa 2hb. Keputusan SPM keluar. Aku kene balik K.L la kan? Tapi nanti kalo aku balik K.L, siapa yang akan jaga Tok Aki nanti? Kalau dah balik ke K.L, koman-koman mau 2 3 hari jugak. Aku nak la jugak jumpa member-member kan? Adoi la…. Aku memicit pelipis kepalanya yang tiba-tiba pening-pening lalat. Ah… apa salahnya. Buk Jah kan ada? Petang maksu dah balik. Hm…. Aku tersenyum lega sambil berlalu masuk ke dalam bilik tanpa disedari ada mata yang memandang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Petang itu angin bertiup sepoi-sepoi. Suasana rumah papan serperti istana lama itu redup saja. Namun, tida pula menunjukkan tanda-tanda untuk hujan. Di pamkin rumah Lukman Hafiz hanya memandang Tok Aki yang sedang khusyuk membaca. Lalu dia menatang keledek goring bersama kopi untuk minum petang.
“ Minum Tok Aki.” Aku meletakkan dulang yang berisi dengan keledek goreng. Kedengaran Tok Aki berdengus kasar tanda pembacaan diganggu.
“ Tok, saya nak cakap dengan tok ni.” Tok Aki meletak bukunya. Aku dipandang tajam. Tiba-tiba aku terasa air liur berpasir. Aiyo… Tok Aki keluar aura membunuh dah ni…
“ Kau nak cakap apa?” Kasar pertanyaan itu dilempar padaku. Aku selalu pening, bukan ke kita diajar beradap. Tapi bukan ke kita seharusnya menunjukkan teladan yang baik pada generasi muda. Tapi kenapa dalam hal aku ni keadaan bertentangan pulak?
“ Esok result SPM keluar. Saya nak balik K.L sekejap. Boleh?” Aku cakap perlahan. Tak tahu kenapa bulu roma terasa meremang.
“ Balik ajelah. Yang kau sibuk-sibuk tanya aku ni kenapa?” Ya Allah, kuatkan iman aku ya Allah. Kenapa aku di uji sebegini? Kalaula Tok Aki ni baya-baya aku je, kalau la Tok Aki ni Haziq ke, Gen ke, agak-agak boleh dah kut aku ketuk aje. Sabar Luke, sabar. Aku mengurut dada.
“ Takpelah kalau macam tu Tok Aki.” aku berlalu masuk ke dalam rumah. Baik aku kemas barang sikit.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“ Abang, how’s Tok Aki?” Pertanyaan Ayah aku jawap dengan dengus lembut. Tak baik berkasar dengan orang tua. Hehehe….
“ Macam tu aje. Makin sihat.” Aku jawap sejujurnya. Memng Tok Aki tak pulih lagi. Tapi betul kan Tok Aki makin sihat. Orang sakit mana boleh marah – marah, tengkin-tengking orang. Siap maki hamun segala. Mujur takde humban barang lagi. Kalau tak memang lengkap satu pakej tu.
“ Tak, maksud ayah, abang deng Tok. Okey?” Pertanyaan ayah kali ini aku jawap dengan gelak besar. Ayah ni buang tabiat ke? Macam la dia tak kenal abah kesayangan dia yang keras kepala macam kerikil campur dengan konkrit.
“ Kenyataan tetap kenyataan ayah. Tok tetap benci pada abang. Dah tak boleh buat apa dah.” Aku jawap hambar. Memang aku terkilan dengan sikap Tok Aki. Tipu la kalau aku kata aku tak kisah. Sedangkan, aku dengan Tok Aki punya minat yang sama. Kami suka dengan lukisan. Tapi sayangnya, aku bukan saja dibenci, tapi, bilik lukisan Tok Aki diharamkan dari aku menjejaki masuk. Keras sungguh kati orang tua tu.
Aku lihat ayah dah menggeleng kepala. Mungkin pening kepala dengan sikap abah kesayangan dia atau pening kepala dengan pe’el aku yang endah tak endah ni.ape-ape la ayah. Selagi abang kuat, abang tak kan sampai hati nak tinggal Tok Aki macam tu aje. Selagi keadaan mengizinkan.
Yer yer… aku bukan cucu yang baik. Tapi aku tak nak jadi anak derhaka. Aku tahu, niat ayah suruh aku jaga Tok Aki lepas SPM hari tu untuk menjernihkan kembali hubungan kami. Tapi, apakan daya. Selagi kenyataan tak terurai, aku berani potong jari, Tok Aki tak kan berubah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Setelah seminggu berada di Kuala Lumpur, aku pulang kembali ke kampung. Mana la tahu, kut – kut hati Tok Aki berubah. Rindu kat aku ke kan? Heh… angan-angan la kau Luke. Sesampai saja di tangga, belum sempat aku beri salam, suara maksu menjengah telinga.
“ Hah Hafiz… camne result? Ok? Brapa A? ada kantoi tak?” Adoi la maksu aku ni. Tak sabar-sabar. Aku tak sempat bukak mulut lagi.
“ Maksu, cikgu memang macam ni ke? Tanya orang mengalahkan M16. Takde salam, takde mukadimah. Terus terjah aje ke? Tak keje ke hari ni?” hambik ko. Bukan setakat pulang balik, siap peril dengan soalan lagi. Maksu aku tengok dah tersengih-sengih. Hiks, nasib la maksu. Anak sedara maksu ni memang nakal.
“ Sabtu ari tu hari sukan, jadi hari ni cuti la. Cepat la. Apa result?” huhuhu… bernafsu sungguh maksu aku ni.
“ Hm… boleh la. So and so aje.” Ucapku. Aku tengok maksu dah berkerut dahi. Ya ampon maksu. Bowok la buat cam tuh. Adeh la….
“ Teruk bunyinya…” Tutur maksu. Perlahan. Aih… sedih aku tengok maksu aku ni. Nak bagitau pun serba salah. Ye la, dia cikgu. Mesti la nak yang terbaik kan?
“ Takper la maksu. Takde rezeki. Nak buat camne.”
“ Hm… tak kan takde kredit langsung?” maksu ni nak main tarik tali pulak. Aku pun bawa turun beg yang aku sandang, mencari result Spm aku tu. Aku bawa sebab nak isi borang UPU dengan SPA. Aku tengok muka maksu dah curios giler.
“ Nah, maksu tengok aje lah. Hafiz masuk dulu.” Aku meletakkan SPM slip tuh pada tangan maksu. Maksu dah terkebil-kebil bila tengok aku terus saja berlalu masuk bilik. Tiba-tiba aku terasa rumah macam nak roboh dengan jeritan maksu.
“ Lukman Hafiz……….!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Maksu mencekak pinggang depan aku.Aku tersengih.
“ How dare you.??? Maksu mati – mati ingat Hafiz punya result teruk. But… damn… you not human. 17A1? Nak jadi best student Malaysia ke?” tanya maksu buat aku ketawa. Merapu aje makcik ni.
“ Normal la maksu. Ada je yang lagi bagus.” Aku Cuma tersengih saja dengan maksu. Sekarang ni aku tengah pening kepala nak amik kursus ape kat U nanti. Kalau boleh aku tak nak studi kat overseas. Malaysia pun banyak pe U yang bagus-bagus.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Suasana di ruang makan itu sunyi saja. Masing-masing sibuk mengunyah. Sesekali aku lihat maksu menjeling ke arahku. Nak suruh aku bagitau Tok Aki la tu. Eleh, bukan Tok Aki nak dengar pun. Aku buat tak layan aje. Tiba-tiba maksu tending kakiku. Adoi… maksu ni, nama saja dh tua, umur dah dekat 27, tapi pe’el macam budak-budak.
“ Abah, Sirah ada benda nak bagitahu abah ni.” Maksu memulakan bicara. Aku menjegil biji mata. Ala maksu ni, tak payah la bagitahu Tok Aki. Bukan dia ambil kisah pun. Aku menggeleng kepala pada maksu. Tapi maksu Cuma sengih saja.
“ Apa dia?” Tok Aki mengangkat kepala memandang maksu. Maksu tersenyum manja.
“ Abah tau kan, result SPM keluar hari tu.” Tutur maksu perlahan. Aku kira dia mengambil langkah berhati-hati.
“ Abis tu kenapa?” pertanyaan Tok Aki yang kasar itu membuatkan aku rasa tidak sedap hati. Cepat – cepat aku habiskan nasi dalam pinggang dan berlalu ke sinki.
“ Hafiz dapat 17A la abah. Terer kan dia?” Aku Cuma dengar maksu berceloteh. Sambil membasuh pinggang, aku tersenyum.
“ Apa kena mengena dengan aku?” Kali ini aku langsung tidak berkutik dengan kata-kata Tok Aki. Aku memang dah agak dah Tok Aki akan cakap macam tu. Kali ini, kata-kata Tok Aki tidak member kesan lagi padaku. Aku rasa aku dah cukup penat untuk melayan kerenah Tok Aki. Biarlah. Andai benar Tok Aki membenci aku, aku rasa sudah tidak ada apa-apa yang boleh aku buat. Cukuplah lebih 10tahun aku berusaha untuk mendapat kasih Tok Aki.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
7tahun berlalu pantas. Sedar atau tidak, setelah 7tahun, barulah kini aku pulang kembali di bumi Malaysia. Kononnya dulu tak sambung belajar di oversea, alih-alih aku terima jugak tawaran Mara untuk belajar ke Jepun dalam bidang Kejuruteraan.
Kesempatan itu juga, aku sambung hingga ke peringkat Master. Seksa tu memang satu kemesti bila belajar di tempat orang, tapi aku tak pasti apa yang membuatkan aku bersemangat untuk terus berada di bumi matahari terbit ini. Mungkin aku menyarakan rasa tidak puas hati dengan Tok Aki kot. Mungkin.
Tahun ke 3 aku di sana, aku menerima telegram dari ayah, Tok Aki meninggal dunia. Tapi tidak punya kesempatan untuk pulang. Maklumlah, belajar di Negara orang, aku bukannya orang senang. Tambah pula aku tak mahu menyusahkan ayah. Berkali – kali juga ayah dengan umi pujuk aku balik. Tapi aku degil. Akhirnya, aku langsung tak jumpa dengan Tok Aki lagi.
Bohong kalau aku kata aku tak terkilan, aku memang menyesal giler sebab terlalu ikut kata ati aku yang sedikit sebanyak menyambah benci pada Tok Aki. Mungkin sudah terlewat untuk aku menyesal.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“ Bila kamu nak berangkat ke sana Hafiz?” maksu menyuarakan pertanyaan sambil tangannya menolong aku mengangkat barang masuk ke dalam bonet kereta ayah.
“ Kalau ikutkan ada kursus persediaan dulu, 6bulan. Kalau Fiz lulus, insya allah hujung tahun Fiz berangkat la ke sana.” Ucapku.
“ Mesti lama kan kamu kat sana?” Tutur maksu perlahan. Aku pula yang cuak dengan sikap maksuku yang tiba-tiba terlebih emosi itu.
“ ikut kursus mungkin 4 atau 5 tahun, tapi tengok keadaan la maksu.” Bonet kereta aku tutup. Aku lihat ayah sudah bersedia menunggu aku.
“ Tak payah la kau sibuk-sibuk nk bertanya itu ini pada dia Sirah. Bukan bagi manfaat pun kalau dia ada kat rumah ni.” Keras suara Tok Aki. Aku mengeluh. Benci sungguh Tok Aki pada aku. Aku berjalan perlahan pada Tok Aki. tangan tua itu aku capai untuk bersalam. Belum pun sempat aku mencium tangann itu, tanganku ditepis kasar. Apa lagi yang mampu aku lakukan?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Suasana rumah kampung itu masih seperti dulu. Tenang dengan pokok – pokok. Buaian kayu masih terletak ditempat yang sama. Pamkin tempat aku melayan perasaan masih berkeadaan baik. Mesti maksu jaga dengan elok. Aku mengambil tempat di buaian kayu itu. Jika dulu, dari sini aku akan lihat Took Aki yang khusyuk membaca di beranda rumah. Kini, apa yang aku lihat Cuma kosong. Takde lagi suara Tok Aki marah-marah, tiada lagi suara Tok Aki menengking, tiada lagi suara Tok Aki maki hamun. Semuanya sunyi saja.
“ Hafiz?” Suara lembut mengejutkan aku dari lamunan. Kelihatan maksu berjalan laju menghampiri aku. Tangannya aku capai lalu aku cium.
“ Bila balik?” Tanya maksu. Aku lihat sebelah maksu ada seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan 4 tahun aku kira sedang memegang hujung baju maksu.
“ Pagi tadi. Tak balik K.L lagi. Datang sini dulu.” Ucapku. Sambil tangan aku hulur pada anak maksu. Si comel itu asalnya malu-malu menyambut tanganku akhirnya tersenyum sambil mencium tanganku.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku memandang sampul coklat yang maksu beri pada aku. Aku buka isinya. Tiada surat, tiada kata-kata, tiada apa pun melainkan satu anak kunci. Aku buntu. Aku masih teringat perbualan dengan maksu malam tadi semasa kami dulu berkumpul du ruang tamu.
“ Lama kamu bawa diri ke sana Fiz.” Tutur maksu aku jawap dengan senyuman.
“ Takde la maksu. Tak boleh nak balik. Tak mampu. Hafiz tak nak menyusahkan ayah.”
“ Masih marah pada Tok?” pertanyaan maksu aku jawap dengan gelengan lembut. Tak baik marah-marah. Arwah pun dah takde. Melihat aku berdiam diri, maksu berlalu masuk kedalam bilik, kemudian muncul semual dengan sampul coklat di tangan.
“ Arwah tinggalkan ini untuk kamu.” Ucap maksu sambil menghulurkan sampul itu.
“ Dulu, lepas Fiz tinggalkan rumah ni, abah jadi pendiam. Selalu sangat dia berkurung dalam bilik belakang tu. Banyak kali maksu cuba masuk untuk pujuk dia, tapi abah tak bagi langsung maksu masuk bilik tu. Sampai ke hujung hayat dia, bilik tu sentiasa berkunci. Sampai la abah amanahkan paksu kamu untuk simpan kunci bilik tu untuk serah pada kamu. Kalau ikut maksu, maksu memang nak masuk jugak bilik tu, tapi mengenangkan amanah, maksu tunggu kamu balik.” Tutur maksu membuatkan aku terbungkam
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tangan ini bagai tak mahu bekerjasama dengan aku. Entah kenapa dia mogok nak main Parkinson plak bila aku nak bukak pintu bilik ini. Bilik belakang ini bilik kerja Tok Aki. setelah berkali – kali aku menyeka peluh yang tak henti-henti memercik di dahi aku yang licin ni, aku menarik nafaz panjang. Gaya dah macam nak berhentikan bom aje dah. Bila pintu bilik itu aku bukak, serta-merta aku terbersin. Maklumlah, lebih 3 tahun bilik ini tak diendahkan. Memang habuk dimerata-rata.
Melihat keadan bilik itu membuatkan aku menjadi sebak. Berbingkai-bingkai potret aku bersandar pada dinding bilik. Aku buntu. Apa yang Tok Aki cuba sampaikan.
“ Hafiz… kamu….” Kata-kata maksu yang baru nak menegur aku termati. Perlahan-lahan maksu masuk dalam bilik ini. Raut wajah takjub.
“ Abah…” hanya itu yang mampu maksu suarakan. Aku lihat maksu terduduk ditengah-tengah bilik. Bahunya sudah terhinggut-hinggut menahan tangis. Aku biar saja maksu melayan perasaan. Mataku kini hanya melekat pada bingkai lukisan besar masih pada kakinya, ditutup dengan kain putih. Mengeletar tanganku menarik bidang kain putih itu.
Sebaik saja kain itu menggelungsur jatuh ke lantai, aku terjelepuk. Pada lukisan itu suasana di mana saat aku berangkat ke K.L. saat aku dan maksu sibuk memasukkan beg ke dalam bonet kereta. Saat ini, aku mula resa pandanganku kabur. Rasa menyesal mula memenuhi benak. Ditambah pula di hujung lukisan, berdekatan dengan tanda tangan Tok Aki, tertulis “Buat Cucu Kebanggaan, L.Hafiz, Maafkan Tok.” Aku meraba-raba lukisan itu. Sungguh, aku sayang pada Tok Aki. disebabkan ego, aku abaikan dia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lukisan besar itu aku tengok tanpa rasa jemu. Memang, lukisan Tok Aki sangat hebat. Hidup dan penuh perasaan. Dengan penggunaan warna air, tampak berbeza banding lukisan yang lain menggunakan cat minyak dan pastel. Lukisan itu tampak lembut namun memilukan. Mataku bagai digam, melekat pada lukisan Tok Aki sehingga aku dikejutkan dengan tangan kecil yang mencuitku.
“ Hye Daniel…” Anak kecil yang berusia 4 tahun itu tersenyum.
“ Askum la abang…” ucapnya. Pelat. Aku tertawa senang. Baru saja aku hendak memangku anak kecil itu, si kecil berlari terkedek-kedek ke arah meja tulis. Lalu tangannya memegang kotak kayu berukir yang usang. Lalu kotak itu dihulur padaku apabila dia tidak mampu membukanya. Nyatalah, kotak kayu itu berkunci. Aku pastas mencari kunci di segenap bilik namun hampa. Barulah aku teringat, dalam sampul coklat Tok Aki ada terselit anak kunci kecil. Terpinga-pinga si kecil itu apabila aku meninggalkan dia berlalu masuk ke bilik mengambil kunci.
Kotok kecil itu aku buka. Didalamnya terdapat surat yang sudah berwarna kekuningan bersama dengan secebis gigi kecil. Aku buntu. Apa motif Tok Aki simpan gigi yang dah rongak ni? Tiba-tiba baru aku teringat. Insiden itu terjadi semasa usia aku 5 tahun. Aku masih ingat bagaimana cuaknya rupa Tok Aki semasa aku menghulurkan gigiku yang ku cabut sendiri. Aduhai, masih terbayang-bayang wajah Tok Aki yang geli-geliman dengan gigiku itu. Alahai…. Nakalnya aku. Aku tersenyum sendiri.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum Hafiz,
Tok tahu tok dah tak boleh bertahan lama. Tak sempat tok minta maaf padamu. Hafiz, tok sayang padamu. Tapi tok ego. Tok teringat kisah ibumu. Tapi, kenyataan itu lebih menyakitkan. Tok dengar apa yang Sirah beritahu kepada kamu. Sejak itu tok cuba kuatkan diri untuk berbaik. Tapi tok tak mahu. Tok malu pada kamu. Tok tahu, masa surat ini kamu baca, tok mungkin dah takde di dunia ini. Mungkin dah reput dimamah bumi. Mungkin juga sedang terjerat menjawap soalan Mungkar dan Nakir.
Maafkan tok. Semua lukisan tok dalam bilik ini tok serah pada kamu. Terpulanglah pada kamu hendak menerima atau dibuang sahaja. Semasa pemergian kamu, kotak ini sentiasa kan tok. Setiap kali tok tengok kotak ini, tok akan teringatkan kamu. Nakalnya kamu dulu. Jika tidak disebabkan sikap tok, mungkin kamu tak bawa diri ke sana. Maafkan tok sekali lagi. Semua berpunca dari tok.
Tok Aki,
Aku melipat surat Tok Aki. berteleku ditengah-tengah bilik lukisan Tok Aki. mungkin ditakdirkan hubungan aku dan Tok Aki begini. Aku mengeluh.
“ Abang, umi kata tak baik mengeluh…” Ucap Daniel sambil mengusap belakangku. Konon nak bagi aku kekuatan la tu. Aku Cuma tersengih. Anak kecil itu ketawa mengekek apabila aku mencempung dia keluar dari bilik itu. Tok Aki, Hafiz akan simpan semua hadiah tok pada hafiz. Getus hatiku.
nemo dengan dunia nemo... mengenali dunia nemo... dunia yang dikenali nemo...
baiknyer~ diorg nieh~
Mei 28, 2009
Mei 08, 2009
Wafi' & TaufiQ
“ Lea, Wafi’, tunggu la aku.” Bergema suara Taufiq di koridor blok Alfa, SMA itu. Wafi’ menjuling matanya ke atas. Mamat ni lagi. Takde orang lain ke? Adelea tersenyum. Wafi’ mula mengatur langkah meninggalkan Adelean yang setia menunggu Taufiq di koridor itu. Kadang – kadang Wafi’ pelik, kenapa sejak akhir – akhir ini, manusia bernama Taufiq Hakeem itu sering kali menyibukkan diri diantara Wafi’ Audadi dan Adelea Isma. Langkah kaki diatur perlahan menuju ke makmal yang terletak dihujung bangunan.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Wafi’ mengerut dahi menahan sakit apabila bahunya ditepuk kuat. Kepala yang baru saja hendak diletakan di atas meja diangkat rakus. Kelihatan Taufiq tersengih tanpa rasa bersalah. Adelea tersenyum kecil.
“ Sakit la ngok…” Gumam Wafi’ sambil kakinya menyepak kuat kaki Taufiq yang sememangnya berada dekat dengannya. Kali ini giliran Taufiq pula menyeringai kesakitan. Wafi’ tersenyum lebar tanda kemenangan. Adelea hanya menggelengkan kepala melihat tingah laku kedua – dua mereka yang seperti anjing dengan kucing. Seorang suka mengusik, yang seorang lagi pantang di cuit. Bila keduanya bertemu, alamatnya riuh rendah la tingatan 6 Atas 3 itu.
“ Guys, sudah – sudah la tu. Kalau tak bertekak sehari tak boleh ke?” Teguran Adelea menyebabkan kedua mereka yang sedang asyik beradu pandangan mata mengalih wajah sambil berdengus.
“ Menyibuk aje iblis perasan tu. Mana aku pergi mesti kene mencapap muka dia. Naik loya dah tekak.” Dengus Wafi’ biarpun perlahan namun dapat ditangkap oleh Taufiq dan Adelea yang duduk sebaris dengannya.
“ Atleast aku perasan pun aku ada fan club. Kau ada?” Ucap Taufiq sambil tersengih. Adelea tersenyum simpul. Masakan tidak, siapa di SMA tidal mengenali Taufiq? Seorang yang kacak, peramah, dan sangat berkebolehan dalam sukan kriket. Tambah – tambah, saham Taufiq melonjak naik selepas dia dianugerahkan dengan Most Valuable Player (MVP) pada pertandingan peringkat kebangsaan tahun lepas.
“ Huh? Ade aku kesah? Memandangkan Inchi Topec’s kita ni ada fan club, dengan segala hormatnya saya meminta inchi boleh blah pada fan club engkau.” Kata – kata kasar dari Wafi’ hanya disambut dengan ketawa sinis dari Taufiq. Wafi’ menjegilkan matanya. Ya Allah, kuatkan kesabaran aku ya Allah sebelum aku sepak terajang anak orang ni. Doa Wafi’ dalam hati.
“ Kenapa? Kau takut aku kacau Lea?” Wafi’ mengepal tumbukan. Lea yang sebentar tadi hanya mengambil langkah pasif, terus menegakkan kepalanya. Apa yang diajar oleh En. Roslan di hadapan sudah tidak dipeduli lagi apabila dirinya menjadi topic perbalahan.
“ Kau jangan cari pasal dengan aku Taufiq.”
“ Euw…. Takutnya aku pada lelaki tak jadi ni…” Wafi’ mengetab bibir. Adelea menggenggam tangan Wafi’ seakan member kekuatan untuk bersabar.
“ Tak kan kau nak makan sorang aje kan? Lagipun, apa yang mampu kau beri pada Lea sedangkan apa yang dia ada kau pun ada.” Kata – kata Taufiq itu dijawap dengan sebuah tumbukan tepat pada mukanya menyebabkan Taufiq terjatuh dari kerusi. Suasana makmal itu menjadi gamat dengan tiba – tiba disenyapkan dengan jerkahan dari En. Roslan.
“ Taufiq Hakeem, Wafi’ Audadi ke bilik saya sekarang. Awak juga Adelea.” Adelea menghela nafas berat. Ini sudah kali ketiga mereka dihadapkan ke dalam bilik guru disiplin itu atas kesalahan yang sama. Nasib kau la Adelea.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Taufiq membelek pinggir bibirnya yang pecah dan lebam. Adui.. kuat betul minah ni. Lama – lama aku boleh jadi lunyai macam ni. Perangai mengalahkan lelaki. Hah… Padan muka aku. Siapa suruh jolok sarang tebuan. Rasain…. Taufiq tersengih seorang diri.
“ Kau ni sengih sorang – sorang, cakap pun sorang – sorang, kau sihat ke tak ni? Ke Si Wafi’ tu dah hentak kau sampai kau punya skru dah tercicir?” Teguran dari Johan membuatkan Taufiq memaling badannya mengadap pintu bilik.
“ Ntah, aku tak pasti, tapi kau kau nak rasa boleh jugak.” Kata – kata Taufiq yang bersulam dengan sindiran itu membuahkan senyuman kecil dibibir Johan.
“ Fiq, aku tak faham la, kenapa kau suka sangat kacau Wafi’ tu? Bukan dia ada usik kau pun.” Taufiq hanya membungkam. Malas aku nak jawap soalan tu. Aku kan troublemaker, mesti la akku suka kacau orang. Tu pun tak reti nak fikir ke? Belajar aje tinggi – tinggi, otak singkat. Gumam Taufiq perlahan.
“ Hah… aku tau kenapa kau suka kacau Wafi’ tu.” Ucap Johan secara tiba-tiba sambil menjongket kening dengan reaksi nakal. Dahi Taufiq berkerut. Ntah ape –ape ntah mamat ni.
“ Kenapa?”
“ Fiq, kau suka dia kan?” Eik……….??? Tiba – tiba Taufiq terasa sesak nafas.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Adelea memandang Wafi’ yang sedang khusyuk melepas geram pada punching bag dalam gym tempat Wafi’ berlatih tae kwan do. Dari gerak geri Wafi’, Adelea dapat rasakan skala kemarahan kawan baiknya itu mencecah 100 darjah celcius. Tunggu saja masa untuk meletup.
Kalaulah punching bag itu boleh bersuara, nescaya dia akan berkata, “ Aduh tuan hamba, badan hamba ini sudah tidak mampu menanggung beban yang tuan hamba berikan. Pendeklah kiranya riwayat hamba.” Selesai Adelea bergumam sendirian, dia tertawa kecil dek kerana tiba – tiba di terasa skru kepalanya tidak cukup satu.
“ Hah, datang ni nak tengok Wafi’ atau nak ketawakan Wafi’?” Teguran Wafi’ membuatkan sengihan di bibir Adelea tiba – tiba lenyap. Wafi’ mengambil bodot air bersebelahan Adelea lalu diteguk rakus.
“ Kenapa Wafi’ cakap macam tu?” Pertanya Adelea di sambut dengan cebikan di bibir Wafi’. Adelea ketawa. Masakan dia tidak tahu bahawa Wafi’ Audadi seorang yang sangat manja. Mengenali Wafi’ hampir 3 tahun membuatkan dia sangat memahami Wafi’ Seorang yang sangat lutsinar. Perasaannya bagai tertulis dengan terang pada wajahnya. Wajah yang comel itu seakan tidak mahu member kerjasama tatkala tuannya berbohong.
“ Alolo chayang Wafi’… tak merajuk okey? Lea sayang Wafi’. Bila Wafi’ merajuk, Lea tak tahu nak pujuk macam mana.” Ucapa Adelea sambil memeluk bahu Wafi’.
“ Nak gigit…” Tutur Wafi’ tanpa rasa bersalah. Adelea menjegel anak mata.
“ Tak boleh….” Belum pun Adelea habis menuturkan kata – katanya, Wafi’ sudah mengangkat kaki berjalan meninggalkan Adelea. Adelea tersenyum kecil, berlari anka mendapatkan Wafi’ sambil memeluk erkat lengan Wafi’ tanpa memikirkan beberapa mata yang memandang mereka dengan jelek.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Wafi’ memandang tajam pasangan yang tidak jauh dihadapannya itu. Secara tiba- tiba darah panasnya menyirap hingga ke kepala. Nun, tidak jauh di sana, kelihatan Adelea dan Taufiq sedang bergandingan. Mesra.
“ Patutlah sekarang ni buzy nak mati. Sibuk menggatal rupanya.” Gumam Wafi’.Wafi’ menghela nafas berat menahan sabar. Serta merta bibirnya beristighfar panjang.
“ Lah…. Aku patutnya tumpang suka bila Lea dah ada orang yang jaga dia. Atleast, takde la orang lain sibuk-sibuk mengata dia dengan aku.” Gumam Wafi’ untuk menyedapkan hatnya. Bukan dia tak tahu, satu sekolah, sampai ke budak – budak junior dan cikgu – cikgu semua memandang serong hubungan dia dengan Adelea. Sekali lagi Wafi’ menghela nafas. Kaki diatur meninggalkan pemandangan itu.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
“ Kenapa tak bagitahu Wafi’?” Pertanyaan pertama sebelum sempat dia meletakkan beg dalam kelas pagi itu membuatkan Adelea tertanya – tanya.
“ Bagitahu apa?”
“ Tentang Lea dengan Taufiq.” Adelea tersenyum kecil. Bagai tersipu – sipu. Wafi’ tersengih. Adelea yang selamba badak tiba-tiba menjadi pemalu. Hahaha… Wafi’ ketawa dalam hati.
“ Takde benda yang patut dibagitahu pun….” Ucap Adelea perlahan. Wafi’ tersengih lagi. Pantas Adelea ditarik dalam dakapannya bersulam dengan ucapan tahniah.
“ Ops… nak buat aksi bukan dalam kelas ek?” Mereka dikejutkan dengan suara yang tidak asing lagi. Wafi’ berdengus. Pantas kakinya diatur mendapatkan Taufiq.
“ Takde maknenya… Malas aku nak layan kau.” Wafi’ berlalu meninggalkan Taufiq yang telah membuat aksi bersedia dengan tindakan drastic dari Wafi’. Melihat Wafi’ berlalu tanpa berbuat apa – apa menimbulkan tanda tanya dalam kepala Taufiq. Pantas pandangan dibuang pada Adelea yang menjongket bahu.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
“ Fiq, aku rasa apa yang kau buat ni tak kan jadi apa – apa. Kau jugak yang melangut nanti.” Kata – kata Johan mendapat anggukan tanda setuju dari Adelea.
“ Betul tu, Korang ni dah macam berperang. Masing – masing nak berlawan nak kena kan masing – masing. Bila nak abis ni?” Gumam Adelea. Sebenarnya dia sudah penat berada di antara Wafi’ dan Taufiq.
“ Ish… korang ni tak paham lah. Aku tak puas hati. Tak kan aku pulak nak mula dulu. Mencemar duli betul la korang ni. Dah la dia yang pancitkan dua – dua tayar motor aku. Kenapa aku pulak yang kene beralah.” Jawap Taufiq yang betul – betul tidak puas hati apabila Wafi’ mengambil tindakan memancitkan kedua – dua tayar motorsikal Ducati-nya beberapa hari lepas. Sudah la motor berkuasa tinggi. Berat tuh… berkilo –kilo lemak aku terbakar menolak motor tu ke bengkel.
“ Mencemar duli kepala otak hang. Apa yang Wafi’ buat tu kira kecik aje dengan apa yang kau buat kat dia minggu lepas. Itu bukan mencemar duli dah. Dah kira melanggar hak asasi manusia. Dibuatnye dia saman kau? Nasib baik dia backhand kau aje. Kalau tak?” Kata – kata Johan membuatkan Taufiq mencebik bibir.
“ Eleh, backhand pon aku dah patah riuk. Raksas…” kata – kata itu tak semapat Taufiq habiskan apabila kepalanya diluku dan disekeh serenak oleh Johan dan Adelea disebelahnya.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Suasana di Perpustakaan Tun Razak itu sunyi saja. Niat hatinya sekadar untuk menghabiskan masa duduk membaca apa – apa yang patut dalam perpustakaan terbesar Bandar Ipoh itu. Sedang matanya sebuk menyelak buku di tangan, tiba – tiba telinganya menangkap suara yang biasa didengarinya. Matanya melilau mencari punca suara bagi memastikan bahawa dia tidak bermimpi. Nun, tidak jauh dihadapanya, kelihatan Taufiq sedang berbual mesra dengan seorang perempuan.
“ Makaih… Bukan main lagi, bertepuk tampar, berselak – selak rambut. Hah… tengah – tengah orang pun boleh main –main kiss pulak… Melampau la diorang ni.” Wafi’ pantas mengatur langkah mendapatkan pasangan itu. Sesampai dia dibelakang Taufiq, buku berkulit tebal di tangan dihempuk kuat tepat ke kepala Taufiq. Serentak itu suara orang mengaduh kesakitan kedengara. Mujurla suasana tingkat 3 perpustakaan itu lengang sahaja.
“ Apa ni Wafi’. Tak cukup ke nak cari pasal dengan aku kat sekolah, kat sini pun nak bukak medan ke?” Dengus Taufiq sambil mengusap kepalanya yang tiba- tiba menjadi biul sekejap.
“ Cari pasal kau kata? Yang kau buat maksiat tengah – tengah orang ni kenapa? Tak cukup sorang perempuan la kau ni.” Wafi’ sudah menyinga. Kenapa aku boleh lepas Lea untuk mangkuk ayun ni?
“ Suka hati aku la. Aku tak kacau kau pun kan?” Taufiq tak nak mengalah. Masing – masing sudah mengadap bertentangan mata. Dengan ketinggian Wafi’ yang hampir sama dengan Taufiq, biarpun Taufiq mempunyai badan yang tegap, sedikitpun tidak menggentarkan Wafi’ untuk bersaing pandangan mata dengan Taufiq.
“ Kau curang dengan Lea.” Ucapan Wafi’ disambut tawa oleh Taufiq.
“ Apa kene mengena dengan kau?”
“ Lea kawan aku. Kau usik Lea, maknanya kau usik aku.”
“ Lea tak kecoh pun, kau saja yang lebih. Dia faham aku.” Ucapan Taufiq bersulam senyuman yang keji itu menyumbang kemarakan api kemarahan dalam hati Wafi’.
“ Lea tu dah cukup baik terima kau. Tak bersyukur langsung. Aku pun tak faham la apa yang Lea pandang dengan lelaki lembik macam kau ni. Asyik tunjuk lagak dengan perempuan. Padahal, diri tu sifar. Kosong.”
“ Wafi’ kau jangan buat aku naik angin.”
“ Aku pedulik apa dengan angin kau. Ada aku kesah?”
“ Fine, aku memang macam ni. Sekurang – kurangnya Lea faham aku. Tak macam kau. Berperasaan pada kaum sejenis.” Kata – kata Taufiq membuatkan Wafi’ mengetab bibir. Tangan yang dihayun untuk menampar Tuafiq ditahan dengan tangan sasa Taufiq.
“ Sedar diri kau Wafi’. Apa – apa pun kau tetap perempuan.”
“ aku perempuan ke, tak ke, bukan aku usik kau.”
“ Aku ulang Wafi’ jangan cabar aku.” Kata – kata Taufiq membuatkan Wafi’ meronta untuk dilepaskan. Ternyata, biarpun dia mempunyai tali pinggang hitam dalam tae kwan do, namun, tenaga Taufiq jauh lebih kuat.
“ Kau tu pengecut, besar kepala dengan perempuan, dayus, tak reti bersyukur, perasan bagus, tak…” kata – kata Wafi’ terhenti disitu tatkala bibirnya ditutup dengan bibir Taufiq. Wafi’ terkesima. Sejurus kemudian barulah dia mendapat kekuatan untuk mengilas tangan Taufiq lalu dilepaskan tamparan tepat pada wajah itu sebelum berlari keluar. Di pintu itu, dia terlanggar dengan Johan dan Adelea yang memandang mereka dengan reaksi terkejut.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Wafi’ mengesat bibirnya kuat. Terasa seperti mahu dicuci dengan Clorox saja. Dia memandang cermin. Pada biasan wajahnya di cermin itu bagai silih bergani dengan wajah Taufiq tertawa besar.
“ Argh….” Bergema suara jeritan Wafi’ dalam bilik itu. Bodoh punya jantan. Walau aku macam ni, aku ada perasaan lah. Apasal kau bengap sangat? Walau apa yang terjadi pun, walau aku macam mana sekali pun, aku masih perempuan. Dan kau tak patut buat aku macam ni walau kau benci aku. Bodoh.
Wafi’ memeluk lututnya rapat ke dada duduk di penjuru katil bersandar ke dinding sambil matanya meliar dalam biliknya.. Keadaan biliknya sudah seperti tongkang pecah. Bersepah. Namun dia tidak memperdulinya. Sudah seminggu dia berkurung dalam bilik. Sudah seminggu juga dia tidak hadir kesekolah. Sudah seminggu juga Adelea menelefon, dan menghantar mesej, namun tidak dipedulinya. Hatinya berbuku.
Perlahan – lahan jemarinya dibawa kebibir, lalu disentuh. Tak tahu kenapa, kehangatan itu bagai masih terasa. Ntah kenapa, tiba – tiba air matanya mengalir deras. Tak pasti atas alasan apa.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
“ Fiq, Lea rasa Fiq patut minta maaf dengan Wafi’ lah.” Kata – kata Adelea tidak disambut oleh Taufiq. Pandangannya kosong sahaja.
“ Oit pakcik, dengar tak ni?” Tumbukan kuat pada bahu oleh Johan menarik Taufiq dari fantasinya. Dahinya berkerut menahan sakit.
“ Fiq, Aku rasa apa yang kau buat pada Wafi’ tu melampau la.” Kata – kata Johan mendapat helaan nafas berat oleh Taufiq.
“ Lea dah cakap dah dari dulu, Fiq suka pada Wafi’ bagitau terus. Yang sengaja cari pasal tu kenapa? Konon nak buat dia cemburu, hah… ambil la. Padan muka.” Bebelan Adelea membuahkan dengusan dari Taufiq. Keadaan menjadi sepi. Seminit, dua minit, 5 minit, sepuluh minit kemudian menjadi sejam.
“ Aku rasa aku nak pergi rumah dia la.” Akhirnya kata- kata dari bibir Taufiq membuatkan mata Adelea bercahaya.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
“ Didi… Lea nak jumpa ni.” Ketukan bersulamkan suara Puan Hanis membuatkan Wafi’ bingkas bangun dari katilnya. Dia memandang keadaanya pda cermin. Okey lah. Tak serabut sangat. Gumam hatinya. Kemudian mata meliar dalam bilik. Boleh lah. Umi dah kemas semalam. Wafi’ tersengih. Sebolehnya dia tak mahu Adelea melihat keadaanya yang serabut.
“ Didi…”
“Ya umi, kejap.” Panggilan Puan Hanis dijawap laju. Kaki diatur menuju ke pintu. Perlahan pintu dikuak. Serta merta matanya tersembul bagai mahu melompat keluar dari keronsang tengkoraknya. Sendi temporomandibelnya juga bagai tertanggal dari kedudukan. Kelihatan Adelea ditemani dengan Johan dan Taufiq. Cepat – cepat pintu ditutup kembali.
“ Tunggu aku kat bawah.” Ucap Wafi’ kuat. Seraya itu kedengaran ketawa kecil disebalik pintu. Wafi’ menggeleng kepala. Tangannya mencapai sweater dan seluar trek. Malunya aku. Umi patut bagitau ada hamba allah dua ekor tu. Kan aku dah buat aksi pelajar terlampau. Lea pun satu. Wafi’; mengomel sendirian sambil menyarung sweater.
“ Wafi’…” Panggilan pada pintu membuatkan Wafi’ terhenti dari perbuatannya. Suara itu.
“ Wafi’, aku minta maaf. Aku tahu aku salah. Tapi aku buat ni bersebab.” Wafi’ mencebik bibir. Banyak ko punya sebab. Gumamnya seorang diri.
“ Sebab apa?”
“ Aku nak tarik perhatian kau.” Wafi’ menjuling matanya ke atas. Pehal pulak nak tari perhatian aku? Sewel la dah tu.
“ kenapa?”
“ Sebab aku suka kau.” Jawapan itu membuatkan Wafi terjelepuk ke lantai. Umi, tolong Didi. Sendi temporomandibel Didi dah longgar sampai tal boleh nak letak ke tampat asal.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Wafi’ mencebik bibir sementara Adelea ketawa besar. Seronok la tu dapat bodohkan aku. Ei… anak siapa ni? Boleh tak aku nak pijak aje dia ni?
“ Wafi’ jangan cebik macam tu. Wafi’ ni lawak la masa tu. Memang diorang semua tak sangka boleh tengok Wafi’ macam tu.” Wafi’ sudah berura-ura untuk mencekik Adelea. Geramnya aku….
“ So… Sekarang Wafi’ dengan Taufiq macam mana?”
“ Lea dengan Johan macam mana?” Soalan berjawap soalan. Adelea berkerut dahi.
“ Apa kena – mengena Lea dengan Jo?” Wafi’ menjongket kening ala- ala Ziana Zain tak jadi.
“ Okey la, Lea dengan Jo dah lama. Yang Lea dengan Fiq tu, pelan Fiq sebenarnya. Dia nak bagi Wafi’ cemburu kononnya.” Huh? Cemburu taik kucing. Hampeh tol member aku yang sorang ni. Wafi’ mengomel seorang diri. Sedang dia sedap – sedap mengutuk Adelea yang sedag pening – pening lalat dengan sikapnya, telefon bimbit Sony Ericsson C902 itu berbunyi menandakan mesej baru masuk.
Askum… Siapa pulak hamba allah nie?
~wslm… sape nieh?
Taufiq Wafi mengerut dahi. Dia memandang Adelea yang buat muka tak bersalah. Pantas tangannya mencibut peha Adelea.
~ Nak ape?
Marah pada Fiq lagi? Apa kes mamat ni? Ter-emo pulak.
~ Tak kuasa nak layan.
Fiq serius dengan perasaan Fiq Sah, sakit kot.
~ Itu masalah kau
Fiq jujur, dari dulu Fiq suka Wafi’. Tp Wafi’ xpndg Fiq. Hah? Aku rasa skru dia tercabut la. Mata Wafi’ meliar memandang keliling biliknya bagai mencari skru yang tertanggal.
Fiq xpaksa Wafi’. Tp Fiq ikhlas Eh? Dia buat macam aku pulak yang salah. Namun tangannya laju menjawap mesej itu
~Sjk bila?
Sjk kita mula kenal. Lower 6. Lama gak tu. Tapi kenapa aku?pelik la mamat ni.
~owh….
Ok lah. Xnk ggu Wafi’. Just nk bg tau Fiq xmenyesal sker pd Wafi’ bcoz…. Ler… main cakap tergantung pulak. Aku sekeh kang.
~ what?
U r 2 sexy utk lps pd org lain. Hahahah…. Nite baby
“Argh… Wafi’ menjerit kuat sehingga mengejutkan Adelea yang sedari tadi tersengih – sengih memandangnya.
“ Kenapa?” Wafi’ tidak menjawap. Sebaliknya, dia menyerahkan mesej itu pada Adelea untuk dibaca. Serentak itu, tawa Adelea pecah. Masakan tidak, petang itu Wafi Cuma memakai t-shirt sendat tanpa lengan dan seluar pendek pangkal peha. Sememangnya sangat seksi untuk orang yang tomboy sepertinya.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
“ Hah… sengih sorang – sorang ni karang orang ingat Didi sewel.” Pantas tangan Wafi’ mencubit lengan empunya suara menyebabkan empunya suara mengaduh kuat.
“ Jahat, suka usik Didi.” Wafi’ sudah menarik muka. Taufiq tersenyum. Perlahan tangannya mencapai jemari Wafi’ lalu dikucup lembut.
“ Didi ingat apa sampai abang lalu pun tak sedar?” Pertanyaan Taufiq mendapat sebuah sengihan sebagai jawapan.
“ Teringat zaman kebodohan…” Jawapan selamba dari Wafi’ mencetus gelak tawa dari Taufiq.
“ Dalam banyak – banyak kenangan zaman kesengalan tu, Didi ingat yang mana?” Wafi’ hanya tersenyum penuh makna.
“ Abang?” Taufiq menjongket kenin. Timbul reaksi nakal di wajahnya yang kacak itu.
“ Abang paling ingat masa kat library….” Seraya itu dahinya berkerut tatkala lengannya dicubit kuat oleh Wafi’. Wajah Wafi’ sudah kemerah-merahan.
“ Tapi abang paling suka masa abang datang rumah dengan Joe dan Lea…” Sekali lagi lengannya menjadi mangsa. Taufiq ketawa besar.
“ Suka usik Didi. Tak nak dah layan Abang.”
“ Hish… dah nak jadi mak budak pun nak merajuk lagi? Manja betul la baby abang ni.” Wafi’ mencebik bibir sambil membiarkan Taufiq mengusap kandungannya yang baru berusia 3 bulan.
“ Hah…. Buat la bibir macam tu, abang buat macam dalam library macam hari tu nanti….” Kata- kata Taufiq membuatkan Wafi’ mengetab bibir.Taufiq tersenyum bahagia. Wafi’ dipeluk erat. Siapa sangka, lagenda kucing dan anjing SMA membuahkan cinta yang berakhir ke jinjang pelamin. Amin. Semoga hubungan ini berkekalan hendaknya.
Mei 03, 2009
zunnun & ain
22hb. Feb. 1999, Rabu
Suasana kelas 1 Gama riuh rendah tanpa kehadiran Cikgu Rashidah. Aku tengok dikelilingku masing – masing dengan kumpulan masing – masing ber’huha-huha’ dan bergelak ketawa. Ntah apa yang kelakar aku tak pasti. Yang aku tahu, laporan untuk kelab media ni mesti aku siapkan sebelum Kak Farha bising. Aku pun tak faham dengan Kak Farha tu, punya la banyak manusia senior dalam kelab tu, aku yang baru 2 bulan kat sekolah menengah ni jugak yang jadik mangsa. Kes buli junior ke?
Ini semua sebab mulut si jahat yang perasan handsome yang sakit otak tu. Siapa lagi kalau bukan Zunnun Lutfi Abdul Rauf. Disebabkan dia la aku terpaksa pikul tanggungjawap setia usaha pada usia yang setahun jagung ini. Echehchehcheh…. Tapi macam tak logik la kan bila budak Form 1 pegang jawatan besar? Tapi ini hakikat tau tak? Tau tak apa alasan Kak Farha bila aku Tanya kenapa jawatan yang sangat menyiksakan ini diserah pada aku?
“ Ain kena belajar. Nanti tahun depan senang kami nak serah tugas.”
Huh…??? Ingat aku kemaruk dengan jawatan ke? Aku masuk pun sebab keterpaksaan aje lah. Aih… nasib kau la Zunnurain, muda – muda dah kene darah tinggi.
Ha… aku tau apa yang bermain dalam kepala korang semua. Mesti korang tertanya – Tanya kenapa nama aku dekat – dekat nak sama dengan hamba Allah yang sorang tu kan? Ditegaskan kat sini, aku Zunnurain Syifa Mohd Syazwan tiada kena mengena dengan pelesit yang merosakkan dunia aku itu.
Dari tadi aku dok membebel aje kan? Aku tak a sampaii ke tahap benci sampai nak membunuh. Tapi aku cuak dengan Zunnun ni. Atas alasan yang utama, sebab hamba Allah ini terlebih peramah. Aku takut dengan orang yang terlebih baik dengan aku, terutama bila orang itu terlalu kacak sampaikan ada kelab peminat sendiri. Seriau lah….
12hb. Jan 2000, Rabu
“ Ain, kau dah fikir ke kelab nak buat ape tahun ni?” Teguran yang tanpa salam itu betul – betul buat aku rasa nak sekeh aje kepala anak Pak Rauf ni.
“ Wa’alaikumsalam, aku tak fikir lagi.” Sengih pulak sewel ni. Zunnun dah tarik kerusi duduk berdepan dengan aku. Aku dah mula tak senang duduk, aku tak tahu kenapa aku tak boleh lari langsung dari budak sengal ni. Sudah la kelas bersama. Kelab pun bersama. Aku masuk kelab Media, dia pun nak masuk jugak. Aku masuk bulan sabit merah, mamat ni sibuk nak mengendeng jugak. Nasib baik aku tak masuk mana – mana sukan. Tu pun jenuh dia nak seret aku masuk bola tampar. Sengal betul la anak Pak Rauf ni. Tak nampak ke badan yang sikit punya comel ni, tak kan aku nak menyiksa diri.
“ Kenapa kau tak fikir? Kau kan presiden?” Zunnun dah buat muka comel dengan aku. Er… Bleh tak aku nak cepuk dia ni?
“ Siapa ntah yang gatal – gatal mulut pergi canang nama aku jadi presiden? Aku bukan nak pun.” Zunnun tersengih. Aku tak buat lawak la dol. Geram betul aku dengan hamba Allah ni. Tapi, yang peliknya, aku tak boleh nak marah dia la. Dia manderem aku ke? Ha…. Untuk soalan ni aku tak dapat nak jawap.
“ Ain, kau tau kan yang kau tak boleh marah?” Zunnun mengeluarkan kata- kata sambil ketawa. Keji betul bunyinya. Aku dapat rasakan yang mamat ni nak kenakan aku.
“ Eh? Kenapa aku tak bleh marah?” aku tengok Zunnun dengan senyuman kecil. Ei…. Rasa nak bunuh orang. Boleh?
“ Sebab kau comel bila marah.” Heh? Apa punya alasan tu? Tiba-tiba aku Nampak Zunnun depan aku ni jadi kecik aje. Kenapa ek? Tiba – tiba jugak Si Zunnun yang sengal tu gelak besar macam tak cukup nafas.
“ Ain, jangan buat muka macam tu. Karang aku tergoda.” Sah. Mamat ni nak kenakan aku. Eik… geramnya. Dah la. Malas nak layan dia. Baik aku balik.
9hb. Julai 2001, Isnin
“ Ain, tunggu la aku.” Zunnun berlari mengejar aku yang sedang berjalan seperti hendak berlumba jalan kaki menuju ke perpustakaan.
“ Ain…” Kali ini, mahu tau tidak aku terpaksa menghentikan kaki apabila mamat ini tiba – tiba berada depan aku. Apa lagi yang mamat ni nak? Aku tak paham sebenarnya
.
“ Aku rasa kita perlu bercakap.” Zunnun menarik aku masuk dalam perpustakaan. Mujurla tak ramai yang perasan dengan kehadiran kami. Cuma beberapa mata yang mengambil berat pasal Zunnun yang menegak kepala.
“ Duduk.” Aku tak tahu kenap aku patuh pada arahan Zunnun. Tapi aku akui, aku bukanlah benci pada dia. Cuma kurang selesa.
“ Aku tau kau marah pada aku.” Aku tidak berkutik pun pada kata – kata Zunnun. Hakikatnya, aku bukan marah. Aku cuma tak selesa. Aku tak suka diperkatakan. Aku tak suka diberi perhatian. Tambah – tambah denngan orang macam Zunnun. Biar la orang kata aku kera sumbang ke, apa –apa sekali pun, aku tak peduli.
“ Aku mintak maaf…” Zunnun sudah mula memandang aku dengan wajah yang aku rasa sukar untuk seorang remaja berusia 15tahun untuk mentafsirkan. Ah.., jangan pandang aku macam tu Zunnun. Kau buat aku rasa tak senang duduk. Tapi aku hanya mampu menjerit dalam hati.
Zunnun Lutfi. Seorang yang lengkap sebagai pelajar. Sebagai seroang pelajar, sebagai seroang yang berusia 15 tahun, aku betul – betul cemburu pada Zunnun. Siapa yang tak kenal dengan Zunnun. Sedangkan kakak-kakak tingkatan 4 dan 5 malah tingkatan 6 pun sibuk nak mengambil dia sebagai anak ikan, er… maksud aku adik angkat. Disebabkan popularity Zunnun sebagai pemain utama pasukan bola tampar sekolah, pelajar cemerlang dan berkebolehan. Ditambah pula dengan wajah yang kacak.
“ Ain, aku betul – betul minta maaf. Aku tak berniat pun nak permainkan kau, atau pelekehkan kau. Aku ikhlas dengan apa yang aku ucapkan.” Kata – kata Zunnun seraya menarik aku yang hanyut dalam dunia aku. Aku lihat Zunnun mula menekup muka pada meja setelah aku dan dia bertentangan mata buat seketika. Aku dapa lihat dengan jelas telinganya memerah biarpun aku tak pasti riak wajahnya bagaimana.
Ah… Zunnun Lutfi setul – betul seorang yang pelik. Masakan orang yang lengkap berpakej seperti Zunnun Lutfi tiba – tiba mengatakan “ Ain, aku suka kat kau” pada seorang Zunnurain Syifa yang ntah apa – apa ni. Sudah la montel, konservatif dan suka berada dalam dunia sendiri. Serta merta aku teringat perbualan kami yang menyebabkan aku rasa nak lari jauh – jauh Zunnun Lutfi.
Beberapa hari lepas, aku dan Zunnun sibuk di Bilik Kelab Media, menyiapkan pengeditan buletin sekolah.ntah kenapa mulut baik hati bertanya.
“ Zunnun, aku nak tanya sikit.”
“ Apa dia?”
“ Aku pelik la. Kau tak dengar ke orang dok cakap yang kau dengan aku ada affair?”
“Ada, tapi abaikan aje lah.”
“ tapi aku pelik la jugak. Kenapa kau sekelas dengan aku padahal kau budak pandai. Kenapa kau satu kelab dengan aku sedangkan kau bleh masuk kelab lain. Kenapa kau sibuk – sibuk masuk BPC sedangkan kau aktif.”
“ Jawapan yang simple.”
“ Apa?”
“ Sebab aku senang ada dekat dengan kau.”
“ kenapa?”
“ Sebab aku suka kau.”
19hb. Okt 2001, Jumaat.
Aku memandang Zunnun yang tengah seronok berkejaran dengan kawan – kawannya di tengah gelanggang bola tampar. Aku tak tahu virus apa yang menjalar dalam salur otak aku, tapi aku suka tengok Zunnun bila dia bermain. Macam kanak – kanak yang dapat bola. Sesekali terdengar jerit pekik dan gelak tawa mereka bergema dalam gelanggang.
“ Ain, kau tunggu aku?” Makaih… terkujat aku. Mamat ni memang tak reti bagi salam agaknya.
“ Wa’alaikumsalam…. Tak la. Aku dengar bunyi bising sampai ke library, jadi aku turun nak bagi hukuman. Tak reti bahasa ke? Kan orang lain nak study, hormat la sket. Minggu depan kan dah nak start PMR.” Zunnun ketawa besar. Samapi buat aku rasa nak terajang aje budak ni. Nasib baik aku pakai baju kurung.
“ Jom main sekali….” Zunnun dah tarik tangan aku. Selamba badak aje mamat ni. Kawan – kawan dia dah bersiul-siul. Aku cepat – cepat tarik tangan aku balik.
“ Beragak sikit bleh? Aku nak main pakai baju kurung ke?” Zunnun tersengih.
“ Alah, setakat pukul bola, bukan suruh berlari satu padang. Bagi keluar peluh sikit. Takde la terperap dengan bukku aje.” Wa’ala…. Memang selamba tahap tak ingat la dia ni. Memang aku dengan Zunnun dah mula berbaik. Tapi soal hati tolak ke tepi. Aku muda lagi. Tapi aku mengaku, aku betul – betul senang berkawan dengan Zunnun.
“ Tak payah la. Aku sayang lemak aku.” Zunnun dah gelak besar. Macam firaun pun ade.
“ Ha’ah. Nanti kalau kau kurus, kau dah tak comel.” Ei… geramnyer. Aku ingat nak usik dia, akku jugak yang terkena ballik. Benci betul aku.
14.hb Feb. 2002, Khamis.
“ Happy Valentine’s Day.” Pagi – pagi lagi aku dah dikejutkan dengan coklat Cadbury. Macam tau – tau aje tu memang kegemaran aku. Aku sambut aje rezeki depan mata.
“ Bahagian kau dah dapat, bahagian aku mana?” Pertanyaan Zunnun membuatkan aku tersengih. Sambil – sambil itu, tangan aku dah laju dah mengoyak pembalut coklat. Hari masih gelab. Yela, aku antara insan yang sampai awal ke sekolah sebelum matahari terbit.
“ alah… Aku tak payah bagi la. Bahagian kau banyak nanti. Tunggu aje peminat – peminat kau yang dari setiap peringkat umur tu bagi kat kau sat lagi.” Aku tersengih keji sambil mengulum cklat ditangan. Aku lihat wajah Zunnun seakan kecewa. Aku ketawa besar. Comel la pulak mamat ni.
“ Nah…” Aku mematahkan coklat lalu duhulur pada Zunnun. Zunnun tersenyum hambar. Namun, coklat tetap disambut.
“ Ain, aku akan ingat hari ni sampai bila – bila.” Ucapan Zunnun buat aku terpinga – pinga. Sudah la aku ni jenis yang lembab.
“ Kenapa?” Zunnun hanya tersenyum. Kemudian kepala digeleng perlahan. Dia tak pandang aku. Aku tak pasti apa yang dia pandang . tapi pandangan itu terlalu sukar untuk aku yang lampi ini untuk faham.
“ Ain, kau ingat tak hari yang aku cakap yang buat kau marah kat aku?” Mana mungkin aku lupa hari itu. Aku pandang Zunnun. Yang pasti aku meminta kepastian pada persoalan yan dia timbulkan.
“ Aku tak bergurau. Perasaan aku masih sama.” Eik? Mamat ni kenapa? Aku memang tahu hari ini hari untuk ber’kasih’an. Tapi kenapa pula tiba-tiba? Aku baru aje ringan mulut nak bertanya, Zunnun dah bangun, tinggalkan aku termangu-mangu sorang – sorang.
14. Feb. 2009, Sabtu
Aku tutup diari berkulit hitam setebal 700 muka surat itu. Biarpun diari itu sudah menemani aku hampir sepuluh tahun semenjak di tingkatan 1 lagi, belum separuh pun tertulis. Aku Cuma menulis perkara yang penting saja. Sekeping gambar yang terselit dalam helaian diari itu aku tarik. Wajah yang tersenyum itu turut buat aku tersenyum. Macam mana agaknya dia sekarang? Dimana dia sekarang? Zunnun Lutfi. Nama itu kembali meniti di bibir aku.
Sejak Valentine itu, kini, sudah 7 tahun berlalu. Kenangan itu masih kukuh terpahat dalam sanubariku. Dia, kawan aku yang pertama. Dia, sahabat au yang pertama. Helaian diari aku selak lagi. Pembalut coklat Cadbury Hazelnuts itu aku belek. Sudah lunyai. Mungkin kerana sudah 7 tahun dia menemani aku. Mungkin juga saban tahun pada hari ini aku membeleknya.
Aku tahu, perkara yang bak dalam hidup kita tak kan berkekalan. Aku masih terbayang – banyang raut wajah Zunnun pada hari itu. Masih terngiang – ngiang kata – katanya pagi itu.
“ Ain, aku akan ingat hari ni sampai bila – bila.”
“ Kenapa?”
“ Ain, kau ingat tak hari yang aku cakap yang buat kau marah kat aku?”
“ Aku tak bergurau. Perasaan aku masih sama.”
Kesilapan yang paling besar pada masa itu adalah kebodohan aku. Kesilapan aku tak dapat mengagak kemungkinan ini. Kesilapan aku tak perasan perubahan sikapnya. Kesilapan aku sendiri kerana tidak berterus terang dengan dia tentang perasaan aku.
Bila dikenang kembali, biarpun masa berlalu pantas, biar kawan bertali arus, biar teman silih berganti, biar cinta dating dan pergi, kenangan aku dengan Zunnun betul – betul membuatkan air mata seorang Zunnurain Syifa menjadi teramat murah, mengalir laju menuruni pipi jatuh ke bumi.
25bh. April 2009, Sabtu.
“ Syifa, cepat la siap.” Jeritan Mira, roommate aku di kampus ini membuat aku kelam kabut.
“ Sabar la. Bagi la aku ikat rambut kejap.” Ucap aku pantas menocangkan rambutku yang panjang hampir mencecah pinggang. Aku ikat ponytail. Senang, dan ringkas. Kemudian sweater aku capai.
“ Yang pergi ikat rambut tu kenapa? Biar la lepas. Lagi cantik. Yang bantai sweater tu kenapa? T-shirt dah la.” Mira dah start membebel. Suka hati aku la. Aku hanya menjulingkan mata ke atas. Malas nak layan. Sweater pendek Adidas warna putih itu aku sarung tanpa mempedulikan Mira. Mira sudah mencebik bibir.
“ Ha… cebik la bibir tu. Aku cancel tak ikut karang baru tahu.” Aku menggertak Mira. Cepat – cepat Mira senyum. Huh… saje je minah ni. Suka ganggu aku punya cuti. Bagi la ku rehat. Dah la weekday macam nak pecah kepala otak aku, hari yang takde kelas pun nak kacau aku jugak?
“ Ala… Syifa, jangan la macam tuh. Aku nak kenalkan kau dengan pakwe aku. Nanti, takde la kau tersilap tergoda dengan kehenseman pakwe aku tu.” Aku menepuk dahi. Hek’eleh pompuan ni… setakat muka Hakim tu, takdenyer aku nak terpikat. Lagipun aku tak gila lagi nak kacau pakwe member.
“ Kau jangan nak mengada. Aku naik balik sat lagi….” Aku tak berura-ura nak berpatah balik.
“ Jangan la… Diorang dah tunggu kat bawah tu.”
“ Diorang?” Mira tersenyum keji. Aku dah agak dah. Kali ni jantan mana pulak yang diseret untuk jadi mangsa aku.
“ Hm… Hakim dengan Luth. Budak Building Survey.” Aku hanya mengangguk. Tak kuasa nak layan dah. Terima aje la.
Sesampai kami di bawah, kelihat dua orang lelaki sedang menunggu di tempat letak kereta bersandar sambil berbual pada kereta Satria Neo warna hitam yang telah dimodifikasikan. Sesekali terdengar gelak tawa mereka. Ntah kenapa, tawa itu seperti selalu aku dengar. Tapi aku sendiri tak pasti bila.
“ hi Guys….” Panggilan Mira membuatkan kedua mereka berpaling. Wajah itu. Wajah itu muncul kembali depanku. Kali ini di alam nyata. Sekian kalinya air mata ini menjadi murah semurah-murahnya.
26hb. April 2009, Ahad.
Kenangan semalam menjelma kembali di depan mataku. Aku buntu.
Aku lihat Mira menjadi kalut. Begitu juga dengan Hakim. Cuma dia saja yang tenang. Berjalan perlahan menghampiriku, perlahan tubuhku dirangkul erat. Esakanku semakin kuat. Dalam pada itu, aku lihat Mira seakan terpinga – pinga. Begitu juga Hakim.
“ Ain…. Really miss you.” Kata – kata ringkas itu membuatkan air mataku bertambah lebat. Aku menarik nafas panjang. Cuba mengumpul kekuatan. Dia aku tolak kuat. Satu penampar yang aku kira agak kuat aku lepas ke wajahnya.
“ Mana kau pergi selama ni? Kenapa tiba – tiba hilang kemudian muncul balik dalam hidup aku?” Kata – kata yang bersulam tangisan aku lempar kepadanya.
“ Aku tak berani nak hadapi kenyataan. Aku tak sanggup tengok orang yang aku sayang sedih disebabkan aku. Aku mintak maaf.” Kata – kata itu membuatkan aku terkedu.Begitu juga pemerhati kami, Mira dan Hakim.
“ Syifa, aku dah tahu semua. Luth dah cerita pada aku.” Aku hanya memandang Mira tanpa kata. Aku masih tak dapat terima yang selama hampir 3 tahun aku di kampus ini, aku sekampus dengan dia, yang berbeza Cuma fakulti.
“ Syifa, samapi bila kau nak hukum Luth? Aku tahu dia sayang kau. Tak pernah berubah pun sejak dulu.” Mana kau tau dia tak berubah Mira? Tapi kata – kata itu Cuma terbungkam dalam hati.
“ Syifa, aku membesar sama – sama dengan Luth di UK. 7 tahun aku dengan dia. 7 tahun aku berusaha dapatkan dia. Tapi, yang ada dalam hati dia Cuma budak montel itu jugak. Sungguh aku tak tahu itu kau Syifa. Aku Cuma tahu, dia panggil budak tu Ain. Tak kan kau tak faham lagi Syifa?” Kata – kata Mira aku sambut sepi.
Aku memeluk lutut mengadap langit. Suasana di kawasan kolej kediaman ini sepi. Jam menunjukkan angka 10. Masih awal untuk naik ke billik. Telinga aku masih terngiang – ngiang kata – kata Mira, kata – kata Hakim, dan kata – kata Luth a.k.a Zunnun Lutfi. Tiba – tiba telefon bimbit aku berbunyi tanda ada mesej baru masuk.
~xbek termenung mlm2. Nnt mimpi buruk. Aku berkerut dahi. Siapa pula hamba allah yang baik hati bagi aku nasihat free ni?
~did I know u?
~ did u 4get ur 1st luv? Aku terpinga. Zunnun? Mana dapat nombor aku. Ni mesti keje Mira.
~ xkenal. Xmoh layan.~ Pantas aku membalas mesej itu.
~Ain, kau masih seperti dulu. Comel dan manja. Gulp… sah. Memang Zunnun.
~kau ada masalah dengan attitude aku?
~ xde. B’coz that I’m in luv with u. Buat sekian kalinya aku meneguk air liur aku yang tiba- tiba jadi pekat ni.
~ But I hate u
~no syg. U luv me. Just admit it. Sayang? Alamak, kenapa aku rasa muka aku panas? Kene simbah dengan asid? Aku tengok kiri kanan, cari kut – kut la aku boleh Nampak Zunnun menyorok kat mana. Takde la pulak. Aku cepat – cepat angkat kaki naik ke bilik.
~ cepatnya naik? Dh surrender ke? Aku tak nak layan. Jantung dah macam nak pecah. Nak cepat – cepat sampai ke bilik.
~ that’s cute. That’s my Ain. Sah… Zunnun ni nak kenakan aku lagi. Aku dah nazak dah ni. Memang la aku marah pada dia. Tapi dalam marah ada sayang. Hek’eleh…. Tetibe aje Zunnurain Syifa jadi minah jiwang. Aku tersenyum sorang – sorang. Tiba-tiba deringan telefon buat senyum aku yang paling comel itu tadi termati. Alamak. Zunnun calling. Mati aku. Perlahan – lahan aku angkat jugak.
“ Hello….”
“ Hm….” Aku tak leh nak jawap panjang – panjang. Gugup.
“ Dah nak tidur?”
“ Hm….” Lepas tu lama jugak la Zunnun diam. Dia buat aku rasa macam duduk dalam sauna.
“ Ain….” Akhirnya setelah 10 minit, bersuara juga dia.
“ Hm….” Aku masih tak tahu nak jawap macam mana.
“ I love you…” Serentak itu juga talian diputuskan. Aku terpinga sekejap. Perlahan – lahan senyuman tersungging pada bibir. Sekelip mata aku teringat keadaan 8 tahun sudah dalam perpustakaan sekolah. Comelnya apabila Zunnun Lutfi malu. Terutama tellinga yang merah itu. I love you too…. Ucapku. Biarpun Cuma sekadar bergema dalam hati, aku yakin dia memahaminya.

Langgan:
Catatan (Atom)