baiknyer~ diorg nieh~

Julai 09, 2013

Aku bukan Malaikat... <== Cik Kaseh... pinjam tagline ko ye...

(gambar ehsan Inche google...)

Mood yang sangat tak bagus untuk permulaan Ramadhan yang mulia ni... Tapi aku sedih.... sedih gila orang yang kenal aku 3 tahun, hadap muka aku 5 hari seminggu, 20 hari sebulan, 240 hari setahun boleh mempercayai orang yang mereka baru kenal dua tiga bulan, bertemu muka 2 3 kali walaupun bercakap phone hari2... Penat buat muka seronok macam takde apa-apa yang berlaku, maka aku kisahkan hal ini pada seorang sahabat.

atas nasihat seorang sahabat kata-kata dan ayat-ayat pedas ni aku pendamkan saja. Tak jadi untukl aku forwardkan terus pada yang seLAYAKnya tu... Tapi... aku nak kongsi kat sini jugak dengan harapan permulaan bulan baik ini aku mulakan dengan hati yang lapang.... dan aku harap aku boleh lupa semuanya esok...

Pada yang seLAYAKnya itu... ni kata-kata dari aku.. ikhlas dan jujur aku luah kat sini... kalau kau terbaca, atau ada yang menyampaikan pada kau, aku harap kau faham aku bukan MALAIKAT....

" Kak, terima kasih atas apa yang dah kau sampaikan pada mereka berdua. Atas penyampaian kau hubungan aku dengan mereka berantakan. Pandai kau kan, ambil point-point penting dan manupulasikan jadi satu cerita baru yang aku sendiri tak tahu terkena batang hidung mereka. Dan sekarang di dahi aku dah terpampang cop orang yang menjaja kisah dalam kain orang dan penyibuk yang dengki. Terima kasih aku ucapkan. Dan sejujurnya jugak kak, aku mengaku aku bodoh mempercayai orang yang baru pertama kali aku jumpa, baru pertama kali berbuqal, baru 2 malam tidur sebilik!! Jujur kak, jujur aku ni BODOH sebab percaya kau. BODOH sebab percaya kau tahu semua kisah mereka, BODOH sebab percaya mereka menceritakan semua pada kau. Sungguh aku BODOH!!! Terima kasih jugak sebab buat aku sedar yang aku ni rupanya memang BODOH. Dan jujur jugak kak, aku halalkan semua apa yang aku beri, aku pinjamkan, aku tuturkan pada kau. Dan aku harap kau pun macam tu jugak. Tapi, JUJUR jugak aku katakan aku tak kan maafkan kau selagi hubungan aku dengan mereka tak pulih seperti dulu, seperti sebelum aku kenal kau. TAK KAN MAAFKAN... memang, bunyinya kejam... sangat kejam. Ditambah pula dengan bulan baik ni sepatutnya kita bermaafan, tapi seperti yang aku katakan, aku bukan malaikat kak.. aku ada hati. Keras-keras aku, kasar-kasar aku, garang-garang aku, hati aku sakit bila hubungan aku dengan orang diporak-perandakan orang lain."

Kepada sahabat, terima kasih atas kesudian telinga kau mendengar masalah aku yang sangat keanak-anakan ni, dan terima kasih atas nasihat walaupun bukan semuanya aku dengar terutama bahagian MAAFKAN DIA. Memang aku tak boleh. Aku hutang kau besar gila.

Tiada ulasan:

(^0^) ErimO pAda SeOranG Nem0 (^0^)